Goncangan Kuat Atas Pesawat? Jangan Panik, Itu Turbulence. Baca 9 Fakta Tentang Turbulence.

apa itu turbulence

Sumber gambar : ABC News

Semasa di atas kapal terbang adakalanya akan berlaku goncangan dan gegaran kuat ketika pesawat melawan awan tebal. Keadaan ketika itu akan dirasakan seolah-olah kapal terbang akan terhempas. Ada yang pernah alaminya?

Sebenarnya goncangan udara ini dipanggil turbulence. Lazimnya juruterbang akan membuat pengumuman supaya penumpang memakai tali pinggang keselamatan bagi mengelakkan sebarang kecederaan daripada berlaku.

Mungkin ada yang panik apabila berhadapan dengan situasi ini apatah lagi bagi yang kali pertama mengalaminya.

Ok jom kita lihat 9 fakta tentang turbulence yang patut anda tahu, lebih-lebih lagi bagi anda yang gemar melancong dan mengembara ke seluruh dunia.

Baca lagi : Ini Adalah 5 Sebab Anda Perlu Switch Off Peranti Elektronik Sewaktu Menaiki Pesawat

#1- CEDERA BOLEH BERLAKU TAPI SANGAT JARANG

Kecederaan boleh berlaku namun sangat jarang. Federal Aviation Administration menyatakan bahawa hanya sekitar 58 penumpang pesawat boleh mengalami luka akibat turbulence sepanjang tahun. 2/3 jumlah adalah daripada penumpang dan pramugari yang tidak memakai tali pinggang apabila turbulence berlaku. jadi jangan terlalu risau ye, namun dalam masa yang sama tetap kena berjaga-jaga.

#2- TURBULENCE TAK BAHAYA

Secara umumnya turbulence boleh dikategorikan sebagai tidak berbahaya. Turbulence boleh berlaku atas pelbagai faktor. Di langit ada arus yang naik turun dan juga faktor kecepatan dan arah angin yang berubah dengan cepat.

#3- JURUTERBANG TAHU LEBIH AWAL

Lazimnya dalam kebanyakan kes juruterbang sudah dapat mengagak turbulence akan berlaku lebih-lebih lagi bagi juruterbang yang berpengalaman luas. Oleh sebab itu dalam kebanyakan kes juruterbang akan melakukan pengumuman agar memakai tali pinggang keselamatan sebagai persediaan awal.

#4- FENOMENA CLEAR AIR TURBULENCE

Ada satu fenomena di atas udara yang dipanggil fenomena Air Clear Turbulence (CAT) atau fenomena udara cerah. Fenomena ini adalah fenomena turbulence yang paling berbahaya. Hal ini kerana fenomena ini akan berlaku pada saat tiada awan dan ketika segala pemandangan kelihatan sempurna. CAT juga tiada tanda-tanda jadi agak sukar mengagak kehadirannya. Kebanyakan kecederaan adalah disebabkan CAT jenis ini.

#5- FREKUENSI CAT MENINGKAT

Frekuensi udara cerah (CAT) semakin meningkat disebabkan pemanasan global yang semakin berlaku. Malah ada pakar yang mengatakan bahawa keadaan dunia masa sekarang boleh meningkatkan risiko berlakunya CAT dua kali ganda daripada sebelumnya.

#6- JURUTERBANG SUDAH DILATIH

Sudah tentu sebagai juruterbang mereka telah dilatih untuk menghadapi CAT. Jadi jangan terlalu panik dan risau, juruterbang pasti tahu mengendalikan situasi dengan baik.

#7- TIDAK SEBABKAN PESAWAT TERHEMPAS

Satu perkara yang perlu difahami ialah turbulence ini tidak akan mengakibatkan pesawat jatuh terhempas. Goncangan kuat akan berlaku mungkin boleh menyebabkan panik namun ia tidak akan sampai menyebabkan pesawat terhempas.

#8- PEMAKAIAN TALI PINGGANG

Jangan ambil remeh dengan pemakaian tali pinggang lebih-lebih lagi apabila terdapat pengumuman daripada juruterbang. Pastikan anda mengikut arahan untuk mengelakkan situasi kecederaan berlaku.

#9- TEKNOLOGI MENGHINDARI TURBULENCE

Ada beberapa kapal terbang yang sedang menguji teknologi canggih yang dapat membantu pesawat menghindari turbulence dengan menggunakan kaedah laser ultraviolet dengan menguji getaran udara yang berada di hadapan pesawat.

Baca lagi : Ini 7 Tips Elakkan Sakit Telinga Ketika Menaiki Kapal Terbang

Oleh itu jangan panik dan bimbang apabila berlakunya turbulence. Kawal diri dan yang paling penting pakai tali pinggang keselamatan dan ikuti arahan juruterbang bagi mengelakkan sebarang kecederaan daripada berlaku.

Kredit kepada sumber asal : Remaja

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE Sekarang. Ingin dapatkan lebih banyak info  dan pakej-pakej menarik tentang percutian? Daftar secara percuma dibawah. Hanya masukan NAMA & EMEL anda.

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!