Kenali Pulau Komodo, Habitat Biawak Gergasi Terbesar Di Dunia

pulau komodo -01

Credit Picture : vovworld.vn

Sebut sahaja Pulau Komodo pasti ada yang membayangkan tentang biawak yang sangat besar saiznya. Biawak Komodo dikategorikan sebagai haiwan purba yang masih wujud sehingga sekarang. Pulau Komodo terletak di hujung Barat Nusa Tenggara Timur, Kabupaten Manggarai Barat iaitu antara Pulau Sumbawa dan Pulau Flores dan terletak di bawah Taman Nasional Komodo. Pulau ini juga terletak di antara garisan Wallace iaitu di mana terletaknya pertembungan antara flora dan fauna Asia Tenggara dan Australia.

Secara anggaran purata, biawak dewasa Komodo boleh mencapai berat sehingga 70 kilogram dengan panjangnya sekitar 2 sehingga 3 meter. Wow!

Baca lagi : 5 Syurga Dunia di Kashmir

Di pulau ini dianggarkan terdapat 2500 ekor Komodo yang hidup secara bebas. Kalau korang datang ke pulau ni, korang berpeluang untuk tengok bagaimana kehidupan sebenar “cicak besar” ini hidup. Dah namanya pun Pulau Komodo jadi sudah tentu banyak biawak Komodo kat sini kan. Hehe. Selalunya biawak ni banyak berada di sekitar pantai atau pinggir jalan. Jadi berhati-hati, elakkan berjalan sendirian ye. Dapatkan pertolongan pembantu disana kalau teringin nak tengok biawak ini secara dekat ok?

Lagi satu yang menariknya berkaitan Pulau Komodo ni, selain biawak Komodo ialah terdapat pantai yang berwarna merah jambu. Ia dikatakan terhasil daripada pigmen terumbu karang. Cuba tengok gambar tu, cantik sungguh.

pulau komodo-02

Sumber gambar : askbeach.com

Berbalik kepada biawak gergasi tadi, biawak Komodo ni dikategorikan sebagai haiwan predator, jadi perilaku dorang agak ganas dan makanan dorang ialah babi hutan, kuda, rusa dan jangan terkejut kerbau yang besar pun boleh menjadi mangsa biawak ni. Jadi kepada pelancong dinasihatkan agar mematuhi arahan daripada pemandu pelancong atau penjaga di sana bagi mengelakkan sebarang perkara buruk daripada berlaku.

Jom kita layan video kat bawah ni. Cuba tengok saiz biawak ni besar mana. Besar sungguh! Ada sesiapa yang nak tengok secara live, boleh lah merancang percutian di sini.

Baca lagi : 5 Negara Destinasi Bunga Asia

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE Sekarang. Ingin dapatkan lebih banyak info menarik dan pakej-pakej percutian murah dalam dan luar negara? Daftar secara percuma dibawah. Hanya masukan NAMA & EMEL anda.

 

 

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!