5 Kebaikan Bulan Madu Bagi Pasangan Suami Isteri

Sumber gambar : Google

Bulan madu merupakan satu percutian suami isteri secara berdua-duan. Lazimnya bulan madu dilakukan pada awal perkahwinan, namun tidak salah berbulan madu walaupun selepas lama berkahwin, malah itu lebih bagus sebenarnya untuk mengukuhkan lagi ikatan perkahwinan yang di bina selama ini.

Sama ada baru berkahwin atau sudah lama berkahwin, bulan madu memberi sensasinya yang tersendiri untuk suami isteri. Jom kita lihat 7 kebaikan bulan madu untuk suami isteri.

Baca lagi : Rasai Percutian Bulan Madu Mendamaikan Di Melaka

#1- SALING MENGENALI

kebaikan bulan madu-01

Khas untuk pengantin baru, tempoh bulan madu merupakan antara tempoh untuk mengenali pasangan secara asasnya.

Mungkin ada dalam kalangan pengantin baru yang tidak berkesempatan mengenali pasangannya betul-betul ketika berkawan, contohnya pilihan keluarga, atau kalau bercinta dan bertunang pun jenis jarang berjumpa. Jadi sewaktu bulan madu inilah antara kesempatan terbaik untuk lebih mengenali.

Pada waktu ini memang sesuai untuk bertanya tentang apa yang disukai suami/isteri, apa yang tidak disukainya, ceritakan sesuatu yang menarik bersama pasangan, dan bergurau senda dengan pasangan. Ini adalah antara momen yang manis untuk dikenang suatu masa nanti.

#2- FOKUS HANYA PADA PASANGAN

kebaikan bulan madu-02

Sumber gambar : hitchec.co

Kalau hari-hari biasa kita sibuk dengan kerja harian yang tidak pernah habis sehingga boleh membuatkan pasangan kita terasa hati, jadi sewaktu bulan madu ini kita hanya fokus terhadap pasangan seorang.

Makan bersama, berjalan sambil berpegangan tangan, buat kelakar gelak sama-sama. Bayangkan. Sooo sweet kan.

#3- MENENANGKAN FIKIRAN

Sumber gambar : Google

Bulan madu juga membantu menenangkan fikiran. Kehadiran individu yang kita sayangi dan hanya berdua dengannya juga memberikan satu perasaan yang mendamaikan. Best kan.

#4- MENGERATKAN HUBUNGAN

kebaikan bulan madu-04

Sumber gambar : newzealand.com

Bulan madu juga mampu membantu mengeratkan lagi hubungan suami isteri. Mungkin sebelum berbulan madu ada konflik yang belum diselesaikan, jadi ambil peluang untuk selesaikan di sini melalui perbincangan dari hati ke hati.

Lazimnya mood bulan madu adalah mood yang tenang dan romantis, jadi lebih mudah untuk pasangan menerima perbincangan dengan baik. Penyelesaian yang baik akan mengeratkan lagi hubungan suami isteri.

#5- DAPAT LAKUKAN AKTIVITI BERSAMA-SAMA

Kalau anda pasangan yang sibuk dengan kerja masing-masing atau sebelum ini sering sibuk uruskan anak-anak, jadi sewaktu bulan madu inilah anda dapat lakukan aktiviti dengan pasangan anda.

Cuba bayangkan melakukan aktiviti seperti bersantai di pantai dengan suami/isteri sambil berpegangan tangan, makan malam bertemankan lilin, suap menyuap, romantik kan. Bertambah sayang antara suami dan isteri nanti.

Baca lagi : 10 Tips Bulan Madu

Tidak dinafikan berbulan madu memang menyeronokkan dan banyak kebaikannya. Sama ada ingin berbulan madu di dalam atau luar negara, jauh atau dekat, yang penting bulan madu tersebut meninggalkan kenangan manis yang tidak mungkin dilupakan sampai bila-bila oleh anda dan pasangan.

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE Sekarang. Ingin dapatkan lebih banyak info dan pakej-pakej menarik tentang percutian? Daftar secara percuma dibawah. Hanya masukan NAMA & EMEL anda

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!