5 Kebaikan Bercuti Bersama Keluarga. Yang Ke-5 Tu Bahagia Betul Rasanya.

Pada zaman yang serba mencabar ini, pasti dalam kalangan kita ramai yang bekerja keras untuk memberikan yang terbaik untuk keluarga masing-masing. Namun dalam kesibukan bekerja untuk mengukuhkan ekonomi keluarga, adakalanya kita perlu menarik brek sekejap. Berehat sekejap dari dunia kerja yang adakalanya agak melelahkan. Pandang muka anak-anak yang sedang membesar yang memerlukan perhatian kita. Pasangan kita pun sama. Perlu lakukan sesuatu untuk menyuburkan hubungan kekeluargaan.

Salah satu caranya melakukan percutian bersama keluarga. Kalau mampu berjalan jauh, pergilah sekali sekala berjalan jauh-jauh. Kalau belum mampu berjalan jauh, boleh jalan dekat-dekat pun ok. Tak apa, yang penting matlamat untuk meluangkan masa dengan keluarga di tempat percutian tercapai.

Jom kita tengok kebaikan-kebaikan bercuti bersama dengan keluarga ni.

Baca lagi : 6 Tips Travel Bersama Anak Kecil

#1- MERAPATKAN HUBUNGAN KEKELUARGAAN

kebaikan bercuti bersama keluarga-03

Credit Image : Mona Ahmad/MStar

Salah satu kebaikan bercuti bersama kelaurga ialah merapatkan hubungan kekeluargaan. Nak lagi best, kita bawak sekali mak ayah kita selain anak isteri. Mesti seronok berkumpul ramai-ramai. Boleh lakukan percutian di rumah homestay sebab lebih sesuai untuk percutian keluarga beramai-ramai.

Bayangkan berkumpul ramai-ramai, bersembang-sembang, bergurau senda alangkah indahnya. Mala-malam pula memasak sama-sama , BBQ ke. Wow best. Pasti bertambah erat hubungan keluarga. Kalau tak nak bercuti di homestay boleh pergi berkelah ramai-ramai di tepi pantai. Best jugak tu.

#2- KURANGKAN TEKANAN

Bercuti bersama keluarga juga ibarat ubat untuk melegakan tekanan-tekanan kerja dan hidup yang dialami seseorang individu. Apabila bercuti bersama bermaksud kita menghabiskan masa bersama.

Segala aktiviti juga dilakukan bersama-sama. Sebagai contoh, berjalan di pantai dengan anak-anak, bergurau senda dengan pasangan dan pelbagai aktiviti lain yang dilakukan bersama keluarga ibarat satu terapi yang sangat menenangkan. Selepas percutian berkenaan korang pasti rasa lebih bersemangat untuk bekerja semula. Cubalah.

#3- ANAK DAPAT BELAJAR PERKARA BARU

Percutian bersama keluarga juga memberi peluang kepada anak-anak terutamanya yang masih kecil untuk belajar sesuatu perkara yang baru. Sebagai contoh dalam percutian berkenaan kita menyelitkan aktiviti ke tempat-tempat menarik yang sesuai dengan keluarga seperti zoo.

Anak-anak boleh belajar dan melihat bintanag-binatang yang sebelum ini hanya dapat dilihat di buku dan televisyen secara depan mata. Sambil tambah pengetahuan tabung emosi anak juga akan terisi, pasti seronok anak-anak tu. Sambil-sambil tu bolehlah kenalkan anak tentang binatang-binatang berkenaan. Macam lawatan sambil belajar jugak tu kan.

#4- MENGERATKAN HUBUNGAN SUAMI ISTERI

Sebenarnya ini mungkin lebih kepada bulan madu, bukan percutian bersama keluarga tetapi mungkin ada sesetengah suami isteri agak berat meninggalkan anak-anak kepada orang lain untuk dijaga jadi apa salahnya dibawa sekali dan jadikan ini sebagai satu percutian keluarga yang menyeronokkan.

Walaupun bawa anak-anak bersama tapi sebagai suami isteri ambil peluang ini sebagai cara mengeratkan kembali hubungan suami isteri. Berseronoklah melihat anak masing-masing yang membesar dan berasa bahagia dengan percutian berkenaan. Secara tak langsung hubungan suami isteri lebih erat.

Mungkin selama ini masing-masing sibuk dengan pekerjaan masing-masing jadi inilah kesempatan terbaik untuk mengeratkan kembali hubungan agar bertambah baik dari semasa ke semasa.

#5- MENCIPTA MEMORI YANG INDAH UNTUK ANAK-ANAK

kebaikan bercuti bersama keluarga-02

Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Family Holiday Association di United Kingdom, mereka telah mendapati 49% daripada hasil kajian tersebut telah mendapati bahawa memori paling indah dalam hidup mereka ialah memori percutian bersama keluarga.

Hal ini menunjukkan bercuti bersama keluarga memberi satu emosi yang baik untuk anak-anak. Sama juga seperti kita kan, ingat lagi tak percutian paling seronok mak ayah pernah bawa dulu? Mesti ingat kan.

Penulis pun masih ingat sampai sekarang. Jadi apa kata, kita cipta satu kenangan indah untuk memori anak-anak kita melalui percutian beramai-ramai bersama keluarga. Percayalah, itu semua pasti membuatkan hati anak-anak bahagia.Mereka bahagia, kita sebagai ibu ayah apatah lagi. Kebahagian anak-anak kan merupakan kebahagian ibu ayah. Setuju ke setuju?

Baca lagi : Tips Berbaloi, Lipat Baju Cara Jimat Ruang Beg

Ini adalah antara kebaikan bercuti bersama keluarga. Kalau korang tengah rasa down, tertekan ke sekarang ni, mungkin sudah tiba masanya korang berhenti sekejap, dan ambillah percutian dan bawalah keluarga sekali bersama-sama. Duit boleh dicari, namun masa-masa dengan keluarga tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Ciptalah momen yang boleh dikenang oleh anak-anak tersayang sampai bila-bila.

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE Sekarang. Ingin dapatkan lebih banyak info menarik dan pakej-pakej percutian murah dalam dan luar negara? Daftar secara percuma dibawah. Hanya masukan NAMA & EMEL anda.

 

 

 

 

 

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!