Kenali Jurang Mariana, Lokasi Misteri Dan Titik Paling Dalam Di Muka Bumi.

Jurang Mariana-01

Pernah terfikir tentang titik paling dalam yang wujud di planet bumi? Ia terletak di dalam satu lautan yang luas dan jurang dalam ini sering menjadi misteri dalam kalangan saintis dan pengkaji. Titik yang paling dalam di muka bumi yang dimaksudkan ini ialah Jurang Mariana (Mariana Trench) yang terletak di dasar Lautan Pasifik di bahagian Timur dan Selatan Kepulauan Mariana, Timur Mindano Filipina.

Untuk artikel kali ini mari kita berkenalan dengan Jurang Mariana, iaitu sebuah kawasan paling dalam di planet bumi, malah kedalamannya jauh lebih tinggi daripada gunung Everest. Maksudnya, Gunung Everest pun boleh tenggelam tau kalau dimasukkan disitu. Hebat sungguh ciptaan Allah SWT. Jom teruskan bacaan untuk ketahui tentang info menarik tentang Jurang Mariana.

Baca lagi : 5 Syurga Dunia di Kashmir

Jurang ini membentuk sempadan antara dua plat elektronik antara Plat Pasifik dan Plat Filipina. Dalam Jurang Mariana ini terdapat bahagian yang dinamakan The Challenger Deep yang merupakan titik yang paling dalam di lautan sekaligus di muka bumi dan disinilah ia lebih dalam dari ketinggian Gunung Everest dari aras laut. Bayangkan betapa dalamnya jurang ini. Mungkin juga kita tak mampu terbayang oleh akal fikiran.

Jurang Mariana-02

Kajian oleh kapal British, HMS Challenger iaitu kajian pertama yang dijalankan untuk mengukur kedalaman Jurang Mariana telah mencatatkan kedalaman sewaktu itu sebanyak 8,184 meter bersamaan 26850 kaki.

Selepas itu ada beberapa siri untuk mengukur kembali kedalaman jurang berkenaan dan antara yang terbaru ialah pada tahun 2010 yang dilakukan oleh Pusat Pemetaan Coastal and Ocean Amerika Syarikat yang telah mencatatkan kedalaman sehingga 10,994 meter. Aduduh, dalam sungguh. Ada hidupan ke kat dalam tu?

Ok, bagi yang tertanya-tanya, ada hidupan tak hidup dalam tu, jawapannya ialah ada. Hidupan apa yang wujud di sebuah tempat yang terlalu dalam macam tu? Gelap, sunyi, tekanan terlampau tinggi.

Dengan kekuasaan Allah SWT tiada yang mustahil. Sudah pasti ciptaanNYA bersesuaian dengan lokasi yang diduduki. Beberapa haiwan laut dalam telah dirakam wujud di Jurang Mariana ini. Mari kita saksikan gambar di bawah, antara haiwan yang hidup disini.

 

hidupan di Jurang Mariana-01

Seram pulak tengok lama-lama. Ok dah, jangan tengok lama sangat. Hehe. Angler Fish namanya.

 

hidupan di Jurang Mariana-02

Goblin Shark. Macam sejenis haiwan prasejarah pun ada, mungkin dah wujud sejak sekian lama. Mungkin? Ye, segalanya mungkin.

 

hidupan di Jurang Mariana-03

Macam sotong kan? Mungkin ianya betul ini sejenis sotong laut dalam.

 

hidupan di Jurang Mariana-04

Comel pulak. Warna ungu. Macam lintah bulan sekali tengok bentuknya. Hehe.

 

hidupan di Jurang Mariana-04

Cantik jugak warna ikan ni. Macam rupa berudu pun ye.

Ok lepas dah tengok antara hidupan yang wujud kat Jurang Mariana ni,  jom kita saksikan pula video ringkas dari National Geographic ni. Video ni adalah kerjasama daripada pihak Institusi Saintifik National Geographic dengan pengarah filem terkenal, James Cameron. Dalam video ni juga ada grafik untuk menunjukkan kedalaman Jurang Mariana. Grafiknya jelas dan tersusun jadi kita mudah faham. Ok, jom kita saksikan. Fokus pada The Challenger Deep iaitu titik paling dalam di planet Bumi! Selamat menonton.

Ternyata dunia ini banyak misteri yang masih belum terungkai sepenuhnya. Segala kecantikan, keindahan dan misteri alam adalah bukti kehebatan dan kekuasaan Allah SWT dalam mencipta segala-galanya.

Baca lagi : Kenali Tempat Paling Sejuk di Dunia

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE Sekarang. Ingin dapatkan lebih banyak info menarik dan pakej-pakej percutian murah dalam dan luar negara? Daftar secara percuma dibawah. Hanya masukan NAMA & EMEL anda.

 

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!