7 Cara Ini Boleh Jadikan Malaysia Lebih Baik. Jom Jadi Warganegara Yang Berkualiti.

Rakyat dalam sesebuah negara merupakan duta kecil bagi pelancong luar negara khususnya. Apa yang mereka lihat termasuklah sikap rakyat Malaysia disini pasti menjadi cerminan terhadap negara kita Malaysia. Sudah tentu sebagai warganegara yang sayangkan negaranya, kita ingin meninggalkan kenangan manis buat pelancong yang datang ke sini.

Selain pemandangan negara yang cantik, pembangunan yang mengagumkan, sudah tentu kita juga ingin dikenali sebagai bangsa Malaysia yang mempunyai kelasnya yang tersendiri dalam soal attitude.

Malaysia sebuah negara yang boleh dikatakan memiliki kemudahan kelas pertama. Namun persoalannya adakah rakyat Malaysia juga memiliki mentaliti kelas pertama, seiring dengan kemudahan yang ada? Tidak dinafikan dalam sesetengah keadaan rakyat Malaysia memang bersikap baik, kita dikenali sebagai rakyat yang prihatin, bersopan santun dan berbudi bahasa namun masih ada aspek tertentu yang boleh kita baiki sama-sama.

Baca lagi : 5 Beg Yang Sesuai Untuk Travel

Jom kita lihat apa yang perlu kita lakukan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih baik dan menjadi rakyat Malaysia minda kelas pertama.

#1- JAGA KEBERSIHAN

jadikan Malaysia lebih baik-02

Kredit gambar : Perbadanan pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam

Pelihara kebersihan dalam segenap aspek. Sebagai contoh, jangan buang sampah di merata tempat. Agak menyedihkan apabila kita mendapati sampah bertaburan dalam satu kawasan lebih-lebih lagi kawasan tumpuan pelancong. Ini pasti memberikan imej yang tidak baik untuk negara kita. Jadi kawan-kawan tak nak macam ni ye.

Jadikan diri kita sebagai individu yang bertanggungjawab dengan sampah sendiri. Selepas makan atau minum, buang bekas minuman di tong sampah. Jangan tinggalkan begitu saja, ok? Disiplinkan diri untuk membuang sampah di tempat sepatutnya. Satu lagi, jangan membuang sampah melalui tingkap kenderaan. Sangat-sangat tidak elok bersikap macam tu.

#2- LETAK TROLI DI TEMPAT ASAL

jadikan Malaysia lebih baik-01

Letak kembali troli ditempat troli selepas digunakan. Jangan sepahkan.

Lepas dah selesai guna troli kat pasaraya, kita letakkan kembali troli di tempat simpanan troli. Selalunya dekat je tempat simpanan troli tu dengan parking area.

Cuba bayangkan kalau kita letak troli merata-rata, kadang-kadang sampai masuk ke dalam kawasan parking, ini pasti akan menyusahkan pengguna lain. Menyimpan troli ke tempat troli juga dapat membantu menyenangkan urusan pekerja pasaraya. Jom jadi insan yang memudahkan urusan orang lain.

#3- ETIKA DALAM KENDERAAN AWAM

jadikan Malaysia lebih baik

Sumber gambar : Compare Hero. my

Dalam pengangkutan awam seperti LRT, bas, monorel atau komuter, utamakan golongan yang lebih memerlukan tempat duduk seperti orang tua, ibu mengandung, golongan kelainan upaya ( OKU) dan juga seorang ibu yang mendukung bayi atau anak kecil. Kalau sedang duduk tu, kalau ternampak golongan seperti yang disebutkan terus beri tempat duduk kepada dorang ok? Jom jadi rakyat yang prihatin.

#4- PELIHARA HARTA AWAM

jadikan Malaysia lebih baik-03

Kredit gambar : Amri Haji Yahya

Elakkan vandalisme. Pelihara harta awam. Cuba bayangkan dalam satu tempat tumpuan pelancong, harta awam banyak yang rosak, di conteng dan sebagainya. Sudah tentu ini memberi imej yang sangat tidak baik kepada negara. Jadi, mari kita sama-sama pelihara harta awam dan jangan sesekali rosakkan ok.

#5- ETIKA MEROKOK

jadikan Malaysia lebih baik-04

Jaga etika merokok di tempat awam. Sumber gambar : Google.

Merokok di tempat awam ada etikanya. Jangan merokok di tempat larangan merokok seperti RnR dan di sesetengah tempat di restoran. Common sense perlu ada. Sekiranya ternampak ibu mengandung, ada anak kecil atau bayi, jangan sesekali menghisap rokok di hadapan mereka. Bahaya. Kesian dorang. Atau lebih senang, jangan merokok langsung. Jimat duit, kesihatan pun terjaga. Kan. Penulis cakap sebab penulis concern. Jom jadi rakyat yang lebih sihat tanpa rokok.

#6- ETIKA MAKAN DI RESTORAN

jadikan Malaysia lebih baik-06

Selepas makan, kemaskan meja, jangan tinggalkan meja dalam keadaan bersepah sebegini. Bantu untuk memudahkan urusan orang lain. Ia mencerminkan attitude dan mentaliti kita. Kredit gambar : Encik Shahrul via Facebook

Tinggalkan meja dalam keadaan yang tidak terlalu bersepah. Kalau makan kat restoran makanan segera contohnya, kemaskan sedikit meja. Jangan sampai air tertumpah, sos bertaburan di meja, makanan bertaburan.

Memang betul ada pekerja yang akan mengemaskan kemudian, namun tak salah kita memudahkan urusan pekerja. Bukanlah maksud penulis kemas macam kat rumah, letak kat sinki semua tu, cuma cukuplah meja ditinggalkan dalam keadaan yang baik, kemaskan, lap air kalau ada yang tertumpah dan jangan terlampau bersepah. Bila kita senangkan urusan orang lain, insyaAllah pasti Allah akan permudahkan pula urusan kita nanti.

#7- ETIKA DI MEDIA SOSIAL

jadikan Malaysia lebih baik-07

Sumber gambar : groundviews.org

Kat media sosial pun sikap kena jaga tau. Elakkan kecaman yang keterlaluan sehingga mengeluarkan kata-kata tidak sopan, menghina fizikal orang lain dan sebagainya. Jadikan media sosial sebagai medium yang memberi kesan positif terhadap hidup kita dan bukan sebaliknya.

Lagi satu, jangan terus sebarkan berita yang belum pasti kesahihannya. Besar kesannya kalau berita tidak betul tersebar. Boleh jadi fitnah pula nanti. Jom jadi rakyat yang bijak dalam menggunakan media sosial.

Baca lagi : Leftenan Adnan, Kisah Keberanian Wira Bangsa

Sebagai rakyat yang sayangkan negara, jom jadi warganegara yang berkualiti untuk tanah air kita yang tercinta. Selain kemajuan dari segi material dan infrastruktur, modal insan juga menyumbang terhadap kualiti sesebuah negara. Marilah kita menjadi warganegara yang membanggakan negara.

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE Sekarang. Ingin dapatkan lebih banyak info menarik dan pakej-pakej percutian murah dalam dan luar negara? Daftar secara percuma dibawah. Hanya masukan NAMA & EMEL anda.

 

 

 

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!