Istana Budaya Jadi Tarikan Kepada Penggemar Seni

Istana Budaya merupakan salah satu binaan yang berkonsepkan seni yang menjadi tarikan pelancong sama ada dalam dan luar negara untuk menyaksikan pelbagai teater dan juga persembahan kebudayaan eksklusif di negara kita. Istana Budaya juga merupakan antara 10 teater yang tercanggih di dunia dan merupakan bangunan teater pertama di Asia yang dilengkapi dengan peralatan pentas yang canggih setanding dengan Royal Albert Hall di London. Wow, bukan calang-calang tau.

Baca lagi : Kenali Pulau Rawa

Istana Budaya ditubuhkan pada tahun 1999 dan sudah banyak teater bertaraf antarabangsa di pentaskan di sini. Antaranya ialah The Merry Widow, Teater Muzikal Puteri Gunung Ledang dan P. Ramlee The Musical serta banyak lagi. Selain teater terdapat juga konsert-konsert eksklusif oleh penghibur dalam dan luar negara yang mempunyai nama besar pada peringkat tempatan dan global.

Istana Budaya-02

Seni binanya unik, berbentuk sirih junjung. Sumber gambar/Kredit: Muhammad Kamar Ya’akub via Flickr

Kalau tengok seni binanya pun dah nampak keunikan dan keistimewaan bangunan ni. Bangunan utamanya berbentuk sirih junjung iaitu susunan sireh secara tradisional oleh masyarakat Melayu ketika majlis perkahwinan dan menyambut tetamu. Menarik kan.

Istana Budaya-Panggung Sari

Suasana dalam Panggung Sari, Istana Budaya yang kelihatan mewah dan eksklusif. Sumber gambar/kredit : Portal rasmi Istana Budaya

Panggung Sari merupakan ruang persembahan dengan suasannya yang kelihatan mewah dan eksklusif. Ruang ini mampu menempatkan seramai 1413 orang dalam satu-satu masa iaitu 785 orang ( termasuk 98 kerusi di pentas okestra ) di Balai Sari Penghadapan (Stall) yang terletak di tingkat, 325 orang di Balai Sari Utama (Grand Circle) di tingkat 2, serta 303 orang di Balai Sari Peninjau (Upper Circle) di tingkat 3.

Lokasi Istana Budaya terletak di Jalan Tun Razak, iaitu bersebelahan dengan Institut Jantung Negara serta berdekatan dengan Taman Tasik Titiwangsa. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Istana Budaya ini, termasuklah pementasannya yang terkini boleh klik di sini, Portal Rasmi Istana Budaya.

Menarik kan Istana Budaya ni. Ternyata negara kita menawarkan pelbagai jenis pelancongan menarik termasuklah pelancongan berasaskan kesenian. Memang ada yang sanggup melancong ke negara tertentu kerana tertarik dengan keseniannya tau.

Baca lagi : Beza Pasport Merah dan ‘Pasport Biru’

Ok, sebelum penulis mengakhiri penulisan untuk artikel ringkas ni, penulis nak tanya ada yang pernah menyaksikan teater atau persembahan di sini? Boleh kongsikan dengan kami pengalamna anda. Pasti best kan. Yang belum berkesempatan menyaksikan sebarang persembahan di sini, kalau berkesempatan bolehlah ajak kawan, keluarga atau pasangan ke sini ye.

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE Sekarang. Ingin dapatkan lebih banyak info menarik dan pakej-pakej percutian murah dalam dan luar negara? Daftar secara percuma dibawah. Hanya masukan NAMA & EMEL anda.

 

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!