Menyingkap Kota Lama. Tempat Menarik Yang Boleh Anda Lawati Di Cambodia

Kemboja atau dalam bahasa Inggeris di eja dengan Cambodia adalah salah satu destinasi menarik dan setakat ini telah berjaya menarik ramai pelancong dari semarata dunia. Walau negara ini masih mundur dari infrastruktur pembangunan & pengankutan namun ia bukan halangan untuk terus menambat hati banyak pelacong datang ke sini. Pembukaan laluan syarikat penerbangan tambang murah Airasia beberapa tahun lalu ke dua laluan bandar utama iaitu Phnom Penh & Siem Reap juga telah adalah pencetus penambahan pelancong ke negara tersebut. Post artikel kali ini kami ingin kongsikan beberapa lokasi tempat bersejarah dan tampat yang menarik yang wajib anda lawati sewaktu berkunjung ke kemboja.

#1- Angkor  Wat

Jika ditanya kenapa anda perlu datang ke Cambodia maka inilah jawapan pertama bagi persoalan tersebut.  Dijumpai pada tahun 1929 oleh kerajaan cina. Kota lama ini telah dibina pada abad ke 13 masihi dan telah ditinggalkan  oleh pemerintahan oleh kerana banyak berlakunya peperangan saudara yang terjadi di dalam Cambodia sendiri. Angkor Wat pernah dikategorikan sebagai 9 wonder of the world dan sentiasa tersenarai dalam top ten.

tempat menarik yang boleh dilawati di cambodia-1

#2- Touel Sleng Museum

Sebenarnya ia adalah sebuah sekolah di tengah Bandar Phnome Penh. Walaubagaimanapun telah dijadikan sebuah penjara oleh rejim pemerintahan Pol Pot. Penjara ini digunakan untuk menempatkan rakyat yang cuba menentangnya .

Disini juga ada ditunjukan cara kekejaman mereka membunuh banduan. Perkara yang amat kejam diperlakukan diantaranya kaki tangan banduan di rantai dan akan dibiarkan mati kebuluran dan antara lain banduan akan dicabut kuku satu persatu dan akan diletakan garam. Tempat ini telah meninggalkan banyak sejarah hitam dan paling tragis di Cambodia.

tempat menarik yang boleh dilawati di cambodia-2

#3-Killing Field

Disinilah lokasi Pol pot dan askarnya menyerang orang kampung dan melakukan pembunuhan beramai-ramai. Pembunuhan dilakukan kepada mereka yang tidak berdosa tanpa mengira faktor umur, jantina, mahupun agama. Apa yang menyedihkan lagi anak-anak juga adalah mangsa pembunuhan kejam ini. Terdapat 83 lubang yang dibuat oleh rejim askar Pol Pot untuk menimbuskan mayat yang telah dibunuh.

Setiap lubang diasingkan mengikut pembunuhan yang dilakukan. Sebagai contoh kanak-kanak di hempas ke pokok  hingga mati dan selepas itu di campak di dalam lobang yang telah dikorek.  Anda sebagai pelancong akan disiarkan  sebuah video dokumentari sewaktu berkunjung ke sini. Selepas peperangan pihak kerajaan telah memerintahkan untuk mengumpul semula rangka dan tengkorak mangsa pembunuhan dan ada ditempatkan di sebuah menara. (menara tersebut seperti di dalam gambar)

tempat menarik yang boleh dilawati di cambodia-3

#4-Tonle Sap

Jika di Medan mempunyai Lake Toba di Cambodia mempunyai Tonle Sap iaitu dengan rekod paling besar di Asia Tenggara. Danau ini menjadi sumber utama air,perikanan dan juga telah berjaya menarik ramai pelancong luar dan dalam negara ke sini. Jadi kami crew jomlahcuti kategorikan tempat ini sabagai salah satu tempat wajib untuk anda lawati jika datang ke Cambodia. Anda akan lihat sebuah tasik semulajadi seolah-olah tiada sempadan seperti lautan luas terbentang.

tempat menarik yang boleh dilawati di cambodia-4

#5-Night Market (Siem Reap)

Walaupun negara ini tidaklah sekaya mana namun ia telah berjaya menarik ramai pelancong dari sarata dunia. Bila anda kesini akan kelihatan ramai pengunjung dari benua Eropah & America. Lambakan pelancong asing yang melawat Cambodia telah menyumbangkan dan menggerakan sector ekonomi mereka disini.

Malah kini Night Market di Siem Reap semakin hari semakin mendapat tempat di hati pengunjung. Disini terdapat pelbagai jenis kraf tangan orang tempatan.

tempat menarik yang boleh dilawati di cambodia-5

 

JomlahBaca Lagi : Khazanah Laut Terindah Di Maldives

 

 

 

Sumber Foto : Stefano GambassiMike StewartAndrew SeeneyDave SmithAndy Teach

Add Comment