Terokai Perlis & Kenali Tempat Menarik Di Perlis- Bahagian I

Jomlah Follow Kami Di Instagram

Negeri Perlis Indera Kayangan merupakan negeri terkecil di Malaysia. Perlis yang terletak di utara semenanjung Malaysia dan bersempadan dengan Satun dan Songkla, Thailand. Perlis diberi jolokan “Negeri Permai Lagi Mempersona” oleh Jabatan Pelancongan Negeri Perlis sesuai dengan keadaan negerinya yang permai dan indah.

Walaupun kecil, namun Perlis mempunyai banyak tempat-tempat menarik yang boleh anda kunjungi. Untuk sesi kali ini kami akan berkongsi lokasi-lokasi menarik di perlis yang boleh anda masukan dalam senarai percutian anda nanti.

Ladang Tebu

Ladang tebu negeri Perlis di Bukit Chuping ini dikatakan diberi nama sempena bukit batu kapur yang di panggil Bukit Chuping. Ladang tebu ini terletak 23 kilometer ke utara Kangar Perlis dan mengambil masa lebih kurang 30 minit perjalanan dari pusat bandar Kangar. Ladang tebu seluas 22,000 hektar ini digunakan untuk pembuatan gula.

Tempat menarik di perlis-Ladang tebu

Padang Besar 

Padang Besar merupakan tempat wajib dikunjungi sekiranya pengunjung datang ke Perlis. Ia antara lokasi perniagaan yang menawarkan pasar terbuka di negara ini dengan pelbagai barangan dijual dengan harga jauh lebih murah dari tempat lain kerana kebanyakan barangan yang dijual disini diimport dari Thailand. Waktu keluar masuk sempadan Padang Besar adalah dari jam 8.00 pagi hingga 10.30 malam (sewaktu artikel ini ditulis)

Tempat menarik di perlis-padang besar perlis

Gua Kelam

Gua yang berukuran 370 meter ini sangat terkenal di utara semenanjung Malaysia dan berhampiran dengan pekan kecil kaki bukit. Gua Kelam  terletak di Kaki Bukit dengan jarak 36 kilometer dari bandar Kangar. Dahulunya Gua ini terkenal dengan lombong bijih yang menghasilkan bijih yang bermutu tinggi. Malah gua ini juga menjadi penghubung antara penduduk Wang Kelian dengan Kaki Bukit.

Tempat menarik di perlis-gua kelam perlis

Mempelam Harum Manis

Ladang mempelam harum manis merupakan salah satu produk pelancongan utama di perlis. Ladang ini terletak di kawasan Bukit Bintang,Sungai Batu pahat, Perlis. Uniknya, ladang mempelam harum manis ini hanya terdapat di negeri Perlis dan hanya boleh dinikmati pada Mac hingga Jun sahaja. Kalau nak tahu macam mana rasanya mempelam harum manis ini, Silalah berkunjung ke Perlis ya.

Tempat menarik di perlis-ladang harum manisr perlis

Hutan Rekreasi Bukit Kubu Kuala Perlis 

Hutan Reakreasi atau Hutan Lipur Bukit Kubu ini bukan sahaja sering dikunjungi pelancong luar, malah penduduk tempatan sendiri gemar datang berehat dan bersantai pada setiap hujung minggu dan menghabiskan masa bersama keluarga di sini. ia terletak di Taman Rekreasi gua batu kapur semulajadi di Wang Pinang Hutan. Di sini juga terdapat sebuah gua dengan bentuk geologi serta landskap yang semulajadi tetapi orang awam tidak dibenarkan masuk ke dalam gua ini melainkan dengan kebenaran Jabatan Perhutanan Perlis.

Tempat menarik di perlis-Hutan Rekreasi Bukit Kubu Kuala Perlis

Taman Negeri 

Taman negeri terletak di sempadan barat Negeri Perlis di mana Semenanjung Malaysia bercantum dengan Thailand. Taman negeri ini betul-betul di atas Banjaran Bukit Kapur yang terpanjang di Malaysia (Banjaran Nakawan). Disini pengunjung dapat melalui lereng bukit yang diliputi hutan tebal, dinding batu yang curam, anak sungai dan gua yang panjang. Taman negeri ini terdiri daripada Hutan Simpan Mata Ayer dengan Hutan Simpan Wang Mu.

Tempat menarik di perlis-taman negeri perlis

Taman Bunga Kertas 

Taman Bunga Kertas Tuanku Lailatul Shahreen merupakan satu lokasi baru yang memperkenalkan Perlis kepada pelancong. Taman ini dibina di laman Cenderawasih di pinggir  bukit dan bersebelahan dengan Taman Budaya Negeri. Nama Taman ini bersempena dengan nama Raja Puan Muda, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah.

Tempat menarik di perlis-taman bunga kertas perlis

Jomlah Follow Kami Di Instagram

Baca lagi Sambungan : Terokai Perlis & Kenali Tempat Menarik Di Perlis- Bahagian II

Lagi : Penerbangan Domestik & Vapor Yang Wajib Kaki Vapor Tahu

Sumber Foto : qiaqAhmad Syazwanwan salmi whgazyny

Add Comment