Panorama Indah & Unik. Pulau Sipadan Sebagai Destinasi Percutian Terbaik

Jomlah Follow Kami Di Instagram

Pulau Sipadan telah diistiharkan sebagai kawasan lindungan marin pada tahun 1993 bagi menjaga kecantikan dan keaslian pulau tersebut. Pulau ini adalah satu-satunya yang terdiri daripada batu kapur dengan ketinggian 600 meter dari aras laut.

Bagi yang hendak melawat Pulau Sipadan, anda dikehendaki memohon permit iaitu terhad kepada 100 kunjungan orang pada  setiap hari. Harga permit adalah RM120/seorang/sehari (sewaktu artikel ini ditulis) dan ada antara resort yang mengenakan caj permit hingga RM400 ke RM800/seorang/sehari.

Snorkeling adalah aktiviti wajib  yang dilakukan oleh pelancong apabila mereka memilih Pulau Sipadan sebagai destinasi pelancongan mereka. Pemandangan di dalam lautan itu bagaikan sesuatu yang sering memukau pandangan pelancong kerana airnya sangat jernih dan penuh dengan kehidupan marin seperti Barracuda, Penyu dan pelbagai jenis ikan yang rare.

Pulau Sipadan Pulau Malaysia Terbaik-6

Jika Ada Peluang Anda Akan Dapat Lihat Si Penyu Berenang Di Depan Anda

Warna-warni yang banyak dan bertukar ganti, birai, celah batu rungkupan, gua besar dan cerembong yang menegak di bawah air dibentuk oleh pelbagai karang untuk disaksikan oleh para penyelam yang ingin menikmati tempat selam yang menyeronokan.

Sudah pasti anda akan merasa teruja berenang bersama-sama spesis penyu, kawanan baru dan ikan selar yang berenang secara berkumpulan  atau ikan yu kepala tukul yang mengelilingi anda.

Jika anda mengambil masa untuk melihat ke dasar laut , anda akan melihat kekayaan kehidupan marin dan spesis ikan yang tidak boleh ditemui di lautan lain. Ini memberikan anda pilihan yang menggabungkan aktiviti-aktiviti menyelam dan “buaian masa” dalam persekitaran yang mesra dan santai.

Pemandangan di dasar laut boleh membuatkan kita leka seketika dengan keindahan dan keghairahan spesis ikan yang pelbagai berenang di sekitar kita. Oleh demikian sekiranya anda mempunyai kesempatan untuk berkunjung ke sini maka jangan dilepaskan peluang tersebut. Kerana kami yakin pulau ini adalah antara pulau terbaik dan setaraf dengan pulau-pulau terindah di dunia untuk dikunjung.

 

Pulau Sipadan Pulau Malaysia Terbaik-1

 

Langit Biru & Air Laut Yang Menghijau Memang Menyasyikan

Pulau Sipadan Pulau Malaysia Terbaik-2

 

Penginapan Di Pulau Sipadan

Pulau Sipadan Pulau Malaysia Terbaik-3

 

Penginapan Di Pulau Sipadan dari sudut berbeza

Pulau Sipadan Pulau Malaysia Terbaik-4

 

Lagi Antara Resort Yang Terdapat Di Pulau Sipadan

Pulau Sipadan Pulau Malaysia Terbaik-5

Pengalaman Yang Terbaik Bila Diving Di Pulau Sipadan

Pulau Sipadan Pulau Malaysia Terbaik-7

Lagi Gambar Panorama Terumbu Karang Di Pulau Sipadan

Pulau Sipadan Pulau Malaysia Terbaik-8

Panorama Di Sisir Pantai Pulau Sipadan

Pulau Sipadan Pulau Malaysia Terbaik-9

Lagi Panorama Di Persisiran Pantai Pulau Sipadan

Jomlah Follow Kami Di Instagram

Baca Lagi : 7 Pulau Yang Menarik Tapi Tidak Popular Yang Terdapat Di Sabah

Sumber Foto : EunJae ImgillyboozeAzmanJumatmanorrohd al amin yahayaBas BakemaFaizal OmarFredww

Add Comment