Musim-Musim Terbaik Untuk Mengunjungi Korea

Jomlah Follow Kami Di Instagram

Tahun ke tahun semakin ramai yang meminati untuk berkunjung ke Korea. Kemunculan drama Korea, Muzik K-Pop dan yang fenomena Gaangnam Style serta di tambah lagi dengan teknologi yang semakin mendapat sambutan dari pengeluar smart phone terbesar iaitu Samsung telah mencetuskan lagi keinginan untuk kita berkunjung ke Korea.

Kali ini kami kami ingin berkongsi dengan pembaca jomlahcuti mengenai musim yang terdapat di Korea dan artikel akan datang kami akan kongsikan pula dengan anda tempat menarik yang terdapat di Korea.

Seperti mana yang kita tahu Korea terbahagi kepada dua iaitu Korea Selatan dan disebelah atas adalah Korea Utara. Hingga hari ini Korea Utara masih mengamalkan sistem pemerintahan komunis iaitu dasar pintu tertutup yang banyak di pengaruhi oleh cara negara China memerintah 20 tahun dahulu.

Walaubagaimanapun di sebelah Selatan pemerintahan lebih terbuka dan capatalis yang mana mereka lebih terbuka dan jauh lebih maju dari jiran mereka di Utara. Faktor keterbukaan ini mungkin adalah penyebab Korea Selatan jauh lebih pantas membangun standing negara-negara maju. Namun disini bukanlah mengenai pembangunan yang mahu kami sampaikan. Untuk artikel kali  ini kami ingin kongsikan infi mengenai musim yang terdapat di Korea.

#1- Musim Sejuk (Winter)

Musim sejuk di Korea bermula pada bulan December dan akan berakhir pada akhit bulan Febuari setiap tahun. Sekiranya anda berhajat merasai bermain salji, bermain ski atau merasai suasana musim sejuk maka inilah bulan yang patut anda tempah tiket penerbangan. Sepanjang tiga bulan ini kunjungan anda ke Korea haruslah bersama baju sejuk dan kelengkapan musim sejuk yang lain.

Musim Terbaik Untuk Mengunjungi Korea-1

#2-Musim Bunga (Spring)

Waktu sebegini adalah waktu paling ramai yang akan berkunjung ke Korea cuaca yang sederhana dingin dan mungkin boleh juga dikatakan yang enak amat sesuai berkunjung ke Korea. Musim bunga bermula pada March dan akan berakhir pada May Lebih menarik lagi seluruh Korea dan tempat di hiasi dengan pelbagai bunga-bungaan yang cantik. Dikatakan banyak filem Korea membuat pengembaraan sewaktu musim ini dan diantaranya adalah filem paling popular iaitu cinta sonata.

Musim Terbaik Untuk Mengunjungi Korea-3

 

#3- Musim Panas (Summer)

Di Korea juga terdapat musim panas, ia bermula pada June dan akan berakhir pada August untuk setiap tahun. Pada waktu ini ia tidak jauh beza seperti mana suhu di Malaysia. Suhu panas di Korea ini mampu mencecah sehingga 38 darjah celcius lebih.

Musim Terbaik Untuk Mengunjungi Korea-2

#4-Musim Luruh (Autumn)

Musim luruh di Korea bermula pada Setember hingga November setiap tahun. Dikatakan antara musim persekitaran tercantik sewaktu ini di Korea dan menjadi tumpuan ramai pelancong untuk berkunjung ke sini. Cuaca sewaktu ini sejuk kering iaitu suhu sekitar 15 ke 25 darjah celcius.

Musim Terbaik Untuk Mengunjungi Korea-4

Jomlah Follow Kami Di Instagram

Jomlah Baca Lagi : 5 Resort Atas Air Yang Popular Untuk Bulan Madu Di Malaysia

Sumber Foto : IN CHERL KIMAlex BarlowRepublic of Korea남이 섬

Add Comment