Khazanah Laut Terindah Di Maldives

Antara kepulauan yang menjadi tumpuan antarabangsa kini adalah Pulau Maldives yang terletak di sebuah kepulauan di tengah lautan Hindi. Pulau Maldives lebih dikenali sebagai pulau terumbu karang oleh peminat hidupan laut dunia. Di sini terdapat lebih 26 terumbu karang yang ditawarkan sebagai wilayah dengan 1,192 kepulauan kecil didalamnya. Tetapi hanya 200 pulau sahaja yang di diami manusia.

Kahzanah Laut Terindah di Maldives-1

Berkunjung ke Pulau Maldives merupakan destinasi idaman setiap pelancong di seluruh dunia. Rata-rata pengunjung yang pernah datang ke Pulau Maldives ini menyifatkan pulau ini antara syurga dunia yang wajib dikunjungi. Maldives sering dikaitkan dengan destinasi kegemaran selebriti ternama termasuklah Tom Cruise dan pasangannya Katie Holmes, memandangkan kos dan kemudahan yang disediakannya bertaraf 5 bintang. Pulau Maldives juga dikatakan menjadi lokasi pilihan pasangan untuk berbulan madu kerana pulaunya yang sangat indah dan mendamaikan, sesuai bagi pasangan yang ingin memadu kasih dan mengabadikan masa bersama sepanjang percutian.

Kahzanah Laut Terindah di Maldives-2

Selain pulaunya yang terkenal cantik, antara lokasi yang gemar dikunjungi pelancong adalah masjid Al Sultan Mohamed Thakurufaanu Al A’zam iaitu sebuah pusat Islam yang terkenal di Maldives kerana ukiran mewahnya dan berkubah emas. Selain masjid ini juga mampu memuatkan jemaah seramai 5,000 orang dalam satu masa, selain sebuah lagi masjid tertua di Maldives iaitu Masjid Huskuru Miskiiy.

Kahzanah Laut Terindah di Maldives-3

Terumbu karang di Maldives juga ternyata menjadi kegilaan peminat-peminat scuba yang terkenal dengan keunikan dan kecantikannya yang tersendiri.

Bagi kaki pancing pula, anda patut cuba untuk memancing di pulau yang terkenal dengan aktiviti nelayan ini. Penduduk tempatan pastinya menyarankan agar anda memancing pada waktu malam bertemankan cahaya bulan hanya dengan pemandu pelancong yang berpengalaman supaya anda dapat memancing di lubuk rahsia. Malah anda juga boleh melakukan aktiviti berbekiu dalam kapal persiaran yang boleh di sewa khusus.

Kahzanah Laut Terindah di Maldives-4

Bagi anda yang gemarkan percutian penuh pengembaraan pula, anda boleh menyewa bit untuk mengunjungi setiap pulau yang ada satu persatu hanya dengan saranan penduduk tempatan dan pemandu pelancong yang mahir. Bagi anda yang tidak gemarkan aktiviti menyelam pula, tetapi ingin melihat ke dasar laut Maldives, anda boleh menaiki sebuah kapal selam di Whale Submarine Mali yang boleh mejunam sehingga 150 meter ke dasar laut serta boleh memuatkan 50 penumpang dalam satu-satu masa. Ia juga dapat menjadi satu pengalaman baru buat anda dengan menaiki kapal selam sebenar.

Kahzanah Laut Terindah di Maldives-5

Selain lokasi-lokasi tumpuan yang dinyatakan tadi, masih terdapat banyak lagi lokasi pilihan yang boleh anda kunjungi saat datang ke Pulau Maldives ini antaranya Muzium National Maldives, Istana Mulee Aage, Galeri seni Esjehi, Pasar ikan Male, perkampungan Fuamulaku yang terkenal dengan kesuburan tanahnya dan buah-buahan segar serta banyak lagi.

Kahzanah Laut Terindah di Maldives-6

 

 

 

 

Sumber Imej : m@t. , ginaParvis Brahim,

Add Comment