Keunikan Gold Coast, Australia Yang Perlu Anda Tahu

Gold Coast merupakan bandar keenam terbesar di Australia dan bandaraya Queensland kedua terbesar. Selain pantai keemasan yang seolah-olah tiada penghujung, Gold Coast juga menawarkan pelbagai tempat-tempat menarik yang pasti akan membuatkan anda terpukau untuk berkunjung kesana. Antara lokasi terbaik di Gold Coast adalah taman tema antarabangsa, butik berjenama terkenal, pusat spa mewah, padang golf bertaraf dunia, restoran pemenang anugerah, bar berkelas tinggi dan kelab malam yang meriah.

Keunikan Gold Coast, Australia Yang Perlu Anda Tahu-2

Suffers Paradise merupakan pantai yang terkenal di Gold Coast selain lokasi kelab-kelab malam yang menghuni di sekitarnya. Gold Coast juga menjadi tarikan semulajadi utama di Queensland. Ada boleh menyaksikan ikan paus, budaya orang asli yang tinggal di sekitar pulaunya, kawasan biologi paling pelbagai di Australia, kawasan pendalaman yang diselubungi hutan rimbun di taman negaranya seperti di tapak warisan dunia iaitu Lamington, Border Ranges dan Nightcap.

Salah satu tempat menarik yang terkenal di Gold Coast adalah Movie World. Tempat ini bertemakan fantasi watak-watak animasi seperti Superman Escape, Green Latern Coaster dan Batwing Spaceshot.

Keunikan Gold Coast, Australia Yang Perlu Anda Tahu-3

Permainan yang ditawarkan di sini lebih kepada permainan ekstrem. Bagi anda  yang gemarkan aktiviti lasak dan penuh debaran, permainan coaster di sini wajib anda cuba. Tak rugi anda beratur anjang membeli tiket masuk.

Selain itu, terdapat juga beberapa lokasi menarik lain seperti Star Pavilion yang menawarkan persembahan terbaik untuk anda tonton. Begitu juga di Ice Age Dawn Of The Dinasaour. Begitu juga dengan permainan Hollywood Stunt Driver dimana anda akan disajikan dengan pertunjukan kejar mengejar antara polis dengan perompak dalam keadaan penuh aksi yang yang menerujakan.

Keunikan Gold Coast, Australia Yang Perlu Anda Tahu-5

Gold Coast juga terkenal dnegan aktiviti meluncur di kalangan pemminat sukan ini. Antara lokasi meluncur terbaik setakat ini dan menjadi tumpuan adalah  di The Spit, Main Beach, Narrowneck, Palm Beach dan Mermaid Beach. Keadaan angin dan ombak yang kuat di kawasan ini boleh menghasilkan ombak setinggi satu hingga dua kaki dan ia amat sesuai dengan aktiviti meluncur. Dengan ini juga tidak hairanlah Gold Coast menjadi tuan rumah bagi bandaraya yang dipanggil syurga Peluncur Air.

Bercuti ke luar negara memang menyeronokan, apatah lagi sekiranya negara yang dikunjungi itu sangat berbeza budaya dan suasananya berbanding negara sendiri. Perbezaan ini memberikan sebuah pengalaman yang baru dan lebih menarik.

Keunikan Gold Coast, Australia Yang Perlu Anda Tahu-1

 

Keunikan Gold Coast, Australia Yang Perlu Anda Tahu-4

Baca Lagi : Wah.. IndahNya Bromo, Antara destinasi wajib pergi. 

 

 

Sumber imej : Michael DawesEdd72catnthehatBert LubbersTim Jordan

Add Comment