Kemeriahan Bandar Cahaya I-City Shah Alam

Selangor, Malaysia merupakan antara beberapa negeri yang terbesar di Malaysia. Ia terbahagi kepada beberapa daerah dengan pelbagai keunikan yang tersendiri. I-city yang terletak di Shah Alam, Selangor pula adalah satu fenomena baru yang telah member satu impak positif kepada ekonomi negara dan penduduk setempat. I-City yang digelar sebagai Bandar Chaya ini, Pasti menjanjikan satu pengalaman menarik untuk anda yang masih belum sampai lagi ke sini.

Pohon Bercahaya

I-City disinonimkan dengan pohon-pohon kayunya yang berdaunkan cahaya lampu yang menghiasi keseluruhan pohon-pohon yang ada di sini. Lampu yang dijadikan daun pohon ini diwarnakan dengan pelbagai warna yang menarik seperti hijau, merah, kuning, dan biru. Pemandangan pada waktu malam memang sangat cantik dan juga romantis.

i-city shah alam-4

Restoran

Bagi anda yang datang awal atau penat berjalan mengelilingi kawasan i-City ini, pasti tekak menjadi kering dan perut meminta diisi, disini terdapat pelbagai restoran makanan mewah, sederhana, dan segera yang boleh anda nikmati dengan harga yang sangat berpatutan.

Haiwan Bercahaya

Di antara pohon-pohon yang mengelilingi I-City ini, Didalamnya di selitkan dengan hiasan patung-patung haiwan beserta lilitan lampu yang sangat indah. Pasti ia menjadi satu pengalaman baru bagi anda yang pertama kali ke sini.

i-city shah alam-1

 

Snow Walk

I-City diunikan dengan adanya bangunan snow walk di mana di dalam bilik ini anda akan merasai pengalaman bermain salji seperti berada di Iceland. Bilik ini di hiasi pelbagai hiasan patung-patung salji, iglu, istana, kapal dan jambatan gantung berdasarkan ais dengan lilitan lampu untuk menjadikannya lebih menarik pada pandangan mata mahupun di lensa kamera. Anda akan dibekalkan dengan pakaian lengkap untuk bermain salji serta mengelakan anda beku, kerana suasana dan tahap kesejukannya sama seperti anda bermain salji sebenar di musim sejuk seperti gelanggang luncur ais, keretapi, dan beberapa permainan kanak-kanak.

i-city shah alam-3

Taman Tema

Oleh kerana kedatangan pengunjung yang tidak pernah putus ke sini, I-City menambahkan lagi daya tarikannya dengan mewujudkan sebuah laman taman tema untuk golongan kanak-kanak yang datang ke sini. Taman tema ini dipenuhi dengan pelbagai aktiviti permainan yang sesuai untuk pelbagai lapisan umur. Selain dapat menikmati malam dan pemandangan yang indah, and ajuga boleh mengisi waktu malam anda bersama pasangan dengan bersantai sambil melihat anak-anak riang bermain di sini.

i-city shah alam-6

Cenderamata

Bagi anda yang tinggal jauh dari kawasan Shah Alam, Kedatangan pertama kali pastinya ingin dikenang selamanya. I-city telah menyediakan satu kawasan deretan kedai cenderamata bagi anda yang ingin membawa pulang sesuatu sebagai koleksi peribadi atau untuk dijadikan buah tangan kepada yang tersayang atau saudara mara. DIsini terdapat pelbagai cenderamata yang berasaskan cahaya lampu yang pelbagai warna dan sangat cantik untuk anda jadikan hiasan rumah atau kereta.

Bagi anda yang ingin datang ke sini, pastikan anda mencuba semua aktiviti menarik yang telah disediakan di sini. Pasti anda mendapat pengalaman berbaloi kalau anda datang dari jauh.

 

 

Baca Lagi : Percutian Taman Tema Air

 

 

 

 

 

Sumber imej : samurai_100886 , Sterrenformatie Topwww.steventeng.com

Add Comment