Keindahan Alam Semulajadi Di Sungai Sedim

Jomlah Follow Kami Di Instagram

Sungai sedim atau lebih dikenali sebagai Tree Top Walk Sungai Sedim merupakan lokasi ekopelancongan yang terletak di Hutan Simpan Gunung Inas Kulim, Kedah. Walaupun Kulim Kedah lebih dikenali dengan pembangunan kilang elektronik bertaraf antarabangsa, namun kulim juga menyimpan pelbagai lokasi percutian menarik yang melibatkan alam semulajadi yang indah dan tidak diketahui ramai. Antaranya Hutan Lipur Sungai Sedim. Bagi anda yang belum berkunjung ke sini terdapat beberapa tarikan utama yang kami sediakan sebagai sebab mengapa anda mesti datang ke sini.

Sertai White Water Rafting Challenge Sungai Kampar Sekarang

Sungai Sedim sebenarnya telah lama terkenal di kalangan peminat-peminat aktiviti sukan lasak dan pengemar alam semulajadi. Malahan Sungai Sedim sering dijadikan lokasi kem motivasi, perkhemahan dan percutian keluarga. Pada tahun 2005, titi gantung sepanjang 1.5 kilometer telah siap dibina dan dibuka kepada pengunjung pada pertengahan tahun 2006 menjadikan Sungai Sedim lebih dikenali ramai.

Keindahan Alam Semulajadi Di Sungai Sedim-2

Lokasi Sebenar Sungai Sedim

Sungai Sedim terletak di Kampung Sedim di mana jarak dari Bandar Kulim kira-kira 33 kolometer. Sungai Sedim ini dipagari Gunung Inas dan Gunung Bintang di sebelah timurnya, Manakala disebelah selatan pula Sungai Sedim menjadi pembahagi sempadan diantara daerah Kulim dengan daerah Baling.

Kemudahan Penginapan

Sesuai dengan percutian bertemakan alam semulajad, Sungai Sedim turut menyediakan kemudahan penginapan bagi pengunjung jauh yang ingin bermalam di sana. Terdapat beberapa chalet dengan semua keperluan telah disediakan  oleh pengurus-pengurus chalet. Antaranya Sedim Vista Homestay & Resort, Homestay Sedim, Adam Chalet & Resort, Sedim Reinforest Resort dan Homestay De Teruna Resort. Semua tempat-tempat penginapan ini memberikan anda pilihan yang pelbagai dan terbaik sesuai dengan bajet anda. Sekiranya anda memilih untuk menginap di sekitar pekan Kulim maka hotel-hotel ini adalah pilihan yang tepat dan paling hampir dengan Sungai Sedim.

Sertai White Water Rafting Challenge Sungai Kampar Sekarang

Ada diantara chalet-chalet ini menyediakan kemudahan surau, dewan, tapak perkhemahan dan campfire, kedai makan, tempat karaoke, berdekatan sungai dan kemudahan pelbagai aktiviti menarik seperti paintball dan flying fox.

Kemudahan Pengangkutan Dan Makanan

Hutan Lipur Sungai Sedim tidak menyediakan sebarang pengangkutan khusus untuk pengunjung datang ke sini., namun kemudahan jalan raya yang diturap dengan baik memudahkan perjalanan pengunjung yang menaiki kenderaan sendiri atau yang datang dengan rombongan bas. Malah kenderaan yang dibawa boleh diletakan berdekatan dengan lokasi penginapan pengunjung.

Gerai-gerai makan sepanjang laluan ke Sungai Sedim telah sedia ada oleh penduduk tempatan sebagai sumber pendapatan mereka dan kemudahan kepada pengunjung yang ingin merasai makanan tempatan di sini. Selain itu, sekiranya anda berkunjung pada musim buah-buahan, anda akan dapati gerai-gerai menjual buah-buahan seperti rambutan, durian, manggis dan mangga akan dijual sepanjang laluan anda menuju ke Sungai Sedim. Kedai uncit juga boleh didapati di sini untuk anda membeli barang keperluan peribadi.

 

Keindahan Alam Semulajadi Di Sungai Sedim-3

Aktiviti Mandi Manda Di Sungai Sedim  Yang Menyeronokan

Keindahan Alam Semulajadi Di Sungai Sedim-4

Panorama Alam Di Sungai Sedim

 

Baca Lagi : Pengalaman Bermain Dengan Kelah Di Sungai Chiling

Sertai White Water Rafting Challenge Sungai Kampar Sekarang

Jomlah Follow Kami Di Instagram

 

Sumber Imej : Mohd Zaidi Desa, saifulSir Mart

 

Add Comment