Terokai Perlis & Kenali Tempat Menarik Di Perlis – Bahagian II

Jomlah Follow Kami Di Instagram

Saya Nak Baca Siri Pertama 

Dalam artikel lepas kami telah kongsikan lokasi-lokasi menarik yang patut anda lawati sekiranya anda berkunjung ke Perlis. Kali ini crew jomlahcuti akan sambung lagi, sedikit informasi mengenai lokasi-lokasi menarik di Perlis yang tidak patut anda abaikan.

Tasik Melati

Merupakan tasik semulajadi yang menyediakan kemudahan riadah, lorong laluan untuk berjalan, dan sampan yang boleh disewa bagi pengunjung yang ingin berkayuh. Jika anda berkunjung ke sini, sebaiknya datang pada awal pagi atau lewat petang kerana panoramanya sangat indah pada waktu-waktu ini apabila kabus menyelebungi keseluruh tasik.

Tempat menarik di perlis-tasik melati

Hutan Lipur Bukit Ayer

Terletak di Sungai Batu Pahat Perlis dan hanya 12 kilometer dari Bandar Kangar. Ia dipenuhi kesegaran persekitaran, tumbuhan hijau dan dilengkapi kedinginan air terjun yang cantik. Bukit Ayer lengkap untuk sesiapa sahaja yang cintakan suasana alam semulajadi.

Tempat menarik di perlis- hutan lipur bukit ayer

Taman Ular & Reptilia

Taman Ular dan Reptilia Perlis merupakan satu-satunya taman  ular seumpamanya di Malaysia. Di sini anda dapat saksikan pelbagai spesis ular yang boleh dilihat di pameran terbuka dan juga tertutup kerana pihak berkaitan ingin memberi peluang kepada pengunjung untuk lebih mendekati haiwan eksotik ini. Terdapat kira-kira 150 ekor ular dari 34 spesis yang ada di taman ini.

Tempat menarik di perlis-taman ular reptilia perlis

Taman Rimba Herba

Terletak beberapa kilometer dari Taman Ular dan bersebelahan dengan Hutan Lipur Bukit Ayer. Taman ini berfungsi sebagai “muzium etnobotani” dan juga sebagai takungan gen bagi kebanyakan sumber tumbuhan di negara ini. Kebanyakan Perlis yang berdekatan dengan Thailand menyebabkan terdapatnya spesis tumbuhan-tumbuhan dari Thailand dan Myanmar turut tumbuh di negeri ini. Di sini anda akan saksikan pelbagai tumbuhan herba yang unik yang tidak ada di negeri-negeri lain di Malaysia.

Tempat menarik di perlis-taman rimba herba

Muzium Arkeologi Kota Kayang

Muzium ini terletak di antara Bukit Kayang, Bukit Lambong Panah, Bukit Jagat Hutang, Bukit Wai dan Bukit Menara dalam Mukim Kayang yang berhampiran terusan manusia tertua di semenanjung. Di muzium ini ia mempamerkan kronologi pembinaan Kota Kayang, peralatan harian golongan bangsawan di Perlis, galeri arkeologi yang mempamerkan hasil penyelidikan harian golongan bangsawan di Perlis, galeri arkeologi yang mempamerkan hasil penyelidikan Kota Kayang dan sekitar negeri Perlis serta galeri Kedah/Perlis yang mempamerkan salasilah diraja negeri Perlis , seperti replica bunga emas, kesan pendudukan penjajah serta koleksi sejarah yang menarik.

Tempat menarik di perlis-Muzium Arkeologi Kota Kayang

Pasar Wang Kelian

Merupakan salah satu pasar membeli belah yang terkenal di negeri ini selepas Padang Besar. Terletak bersempadan dengan Wang Prachan, Thailand. Ia sememangnya terkenal dengan gerai-gerai jualan murah. Pasar ini dibuka setiap hari namun keistimewaan pada hari ahad adalah pengunjung tempatan tidak perlu membawa sebarang dokumen perjalanan untuk datang ke sini.

Tempat menarik di perlis-pasar wang kelian

 

Bandar Diraja Dan Istana Arau

Istana Arau terletak ditengah-tengah Bandar Diraja Arau. Istana yang tersergam indah ini melambangkan pemerintahan beraja negeri Perlis iaitu satu-satunya negeri di Malaysia yang menggunakan istilah “raja”  bagi pemerintah negeri. Di istana ini pengunjung dapat lihat adanya pelbagai ruang khas dengan fungsi-fungsi tertentu.

 

Walaupun Perlis merupakan sebuah negeri paling kecil di Malaysia, namun keunikan yang terdapat di dalamnya tidak dapat dinafikan mempunyai tarikannya yang tersendiri. Pelbagai keindahan semulajadi menjadi kebanggaan penduduk tempatan negeri ini harus kita contohi.

 

Jomlah Follow Kami Di Instagram

Saya Nak Baca Siri Pertama

 

 

 

Sumber Foto : yamin, lovelyshafaMuhammad Ezzat

Add Comment