Fenomena Alam Yang Membawa Anda Seolah-olah Seperti Di Pergunungan Salji

Jomlah Follow Kami Di INSTAGRAM & FACEBOOK

Melihat pada gambar yang air yang kebiruan dan pandangan yang serba putih seperti salji pasti anda menyangka kawasan ini terletak di kawasan pergunungan salji atau kawasan yang beriklim sejuk. Namun sebenarnya ini bukan di Amerika, Eropah, Austalia mahupun di New Zealand. Lokasi tempat ini hanya di negara jiran kita iaitu Indonesia.

Baru-baru ini masyarakat Kepulauan Bangka (sebuah tempat di Indonsia) telah digemparkan dengan penemuan baru kawasan pelancongan yang unik yang mana dikatakan terjadi dengan fenomena alam. Lokasi yang dimaksudkan adalah di Tasik Air Bera iaitu terletak di Kabupaten Bangka Selatan iaitu sebuah lokasi yang pernah menjadi tapak carian kaolin. Tasik yang dikelilingi bukit mencapai ketinggian 30 meter ini dikatakan mempunyai keunikan kerana airnya berubah menjadi kebiruan.

Tempat ini masih tidak ramai pengunjung jadi bagi siapa yang datang berkunjung dengan senang hati anda boleh menikamati keindahan yang dikatakan “Danau Salji” ini tanpa ganguan. Sebetulnya tempat ini belum dianggap sebagai tempat pelancongan oleh pihak sepatutnya ini kerana papan tanda larangan di kawasan-kawasan bahaya belum lagi diletakan. Ada kawasan yang amat bahaya terutamanya sekali  di tebing tinggi yang mana tebingnya mudah runtuh kerana kebanyakannya dinding tebing ini adalah jenis pasir yang mudah jatuh bila mana dipijak.

Jom Kita Layan Gambar dibawah :-

Fenomena Alam- Desa Air Bangka Indonesia-6

Fenomena Alam- Desa Air Bangka Indonesia-1

Wah.. Cantikan..

Fenomena Alam- Desa Air Bangka Indonesia-2

Fenomena Alam- Desa Air Bangka Indonesia-3

Pandangan Dari Sudut Berbeza

Fenomena Alam- Desa Air Bangka Indonesia-4

Birunya air dia..

Fenomena Alam- Desa Air Bangka Indonesia-7

Ini pasir halus dan bukan salji

Fenomena Alam- Desa Air Bangka Indonesia-5

 

Jomlah Baca Lagi : Misteri Danau Kaco Yang Sangat Indah

Jomlah Follow Kami Di INSTAGRAM & FACEBOOK

Sumber Imej : Prima H.Suntiyono

 

Add Comment