Cara Terbaru Kad ATM Anda Digodam

Jomlah Follow Kami Di Instagram :

Pelbagai cara dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk masuk mencerobohi kad ATM bank kita. Ada yang mencuri secara terus dan ada juga yang “hack” melalui sistem perbankan.  Terkini satu lagi kes  yang dilaporkan. Ikuti kisah ringkas bagaimana kejadian berlaku  & Tips yang perlu diambil bila mana kad anda dicerobohi. Kisah ini telah diceritakan semula oleh CIK PUAN NOR LIANA. Kejadian ini baru saja berlaku pada 27 Jan 2016.

Kes Kejadian Beliau

————————–

Tengah Malam tadi satu transaksi kad debit oleh pihak ketiga berjumlah 9*.** telah dibuat tanpa kebenaran saya. Untuk makluman, kad debit ada bersama saya ketika itu.

Saya menerima mesej transaksi yang telah berjaya melalui mesej telefon. Tidak lama selepas itu muncul lagi mesej transaksi yang kedua berjumlah 2,***.** yang cuba dilakukan tetapi tidak berjaya dan kad debit serta akses C*** C***** saya telah dihalang penggunaannya 100%.

Saya telah buat laporan kepada khidmat pelanggan bank C*** pada jam 2 pagi dan pihak polis pada jam 9 pagi. Saya telah dimaklumkan oleh pegawai khidmat pelanggan bahawa kes ini adalah yang terbaru walaubagaimanapun tiada nombor kes telah diberikan sebagai nombor rujukan saya.

—————————-

tips & langkah yang perlu diambil bila mana kad atm diceroboh

Laporan Polis Yang Telah Dibuat

Tips & Langkah Yang Perlu dilakukan apabila KAD ATM diceroboh ;-

1) Telefon nombor Khidmat pelanggan Bank berkaitan dan dapatkan Nombor kes.
2) Jangan akses mana-mana sistem perbankan melalui telefon mahupun komputer
3) Buat laporan polis dengan bayaran proses RM2 dalam masa 24 jam.
4) Pergi ke cawangan bank berkaitan untuk membuat, mengaktifkan kad atm baru
dengan kata kekunci baru serta mengisi borang ‘refund’ duit. (Digalakan juga untuk menukar kata kekunci sistem
perbankan ‘Online’)
5) Tunggu panggilan telefon daripada pihak polis dan HQ untuk kes siasatan

 

Baca Lagi : 5 homestay unik & indah untuk percutian keluarga

Add Comment