7 Gunung Tertinggi Dari 7 Benua Di Dunia

Jomlah Follow Kami Di Instagram

Sehingga kini hanya terdapat kurang dari 300 orang yang berjaya menakluk 7 gunung tertinggi di dunia dari tjuh benua. Dick Bass merupakan orang pertama yang berjaya menakluk ke semua gunung tersebut pada tahun 1985. Berikut 7 gunung tertinggi dari tujuh benua.

#1- Gunung Everest –Asia

Terletak di banjaran Himalaya, sempadan Nepal dan Tibet dengan ketinggian 8850 meter merupakan gunung yang tertinggi di dunia. Suhu di puncak Everest sentiasa dibawah paras beku boleh mencapai sehingga -60 celcius. Sir Edmud Hillary adalah orang pertama yang menjejakan kaki di puncak Everest pada tahun 1953.

7 Gunung Tertinggi Dari 7 Benua Di Dunia- Gunung Everest

#2- Gunung Aconcagua- Afrika Selatan

Terletak di banjaran Andes, Argentina dengan ketinggian 6962 meter. Dikatakan bahawa laluan ke puncak Aconcagua agak mudah kerana orang yang paling muda sampai ke puncak ialah Matthew Moniz berusia 11 tahun dan yang paling tua sampai ke puncak ialah Scott Lewis berusia 87 tahun.

7 Gunung Tertinggi Dari 7 Benua Di Dunia- Gunung Aconcagua

#3-Gunung McKinley- Amerika Utara

Terletak di Alaska, united States dengan ketinggian 6198 meter. Puak Koyukon Athabaskan yang tinggal di gunung memanggil McKinley sebagai Denali bermaksud yang paling tinggi. Mckinley pernah mencatatkan suhu lebih sejuk dari Everest iaitu -83.4 Celcius pada tahun 2003. Orang pertama yang sampai ke puncak Mckinley ialah Hudsin Stuck pada tahun 1913.

7 Gunung Tertinggi Dari 7 Benua Di Dunia- Gunung mckinley

#4- Gunung Kilimanjaro- Afrika

Terletak di Tanzania, timur Afrika dengan ketinggian 5895 meter. Asal nama Kilimanjaro tidak diketahui tetapi dikatakan berasal dari dua perkataan, Kilima bermaksud gunung dan Njaro yang bermaksud keputihan. Ia adalah  gunung yang paling mudah didaki kerana pendaki hampir tidak perlu mempersiapkan diri dengan teknik mendaki. Bahkan ramai yang mati bukan kerana jatuh tetapi kerana cuaca dan altitude yang tinggi.

7 Gunung Tertinggi Dari 7 Benua Di Dunia- Gunung kilimanjaro

#5-Gunung Elbrus- Eropah

Terletak di Caucasus, Rusia dengan ketinggian 5642 meter. Ianya  adalah bekas gunung berapi yang pernah meletop ada awal seratus tahun sebelum masihi mengikut bukti dari aliran lava terdapat di gunung Elbrus.

7 Gunung Tertinggi Dari 7 Benua Di Dunia- Gunung elbrus

#6-Gunung Vinson- Antartika

Terletak di Antartika dengan ketinggian 4897 meter. DInamakan Vinson sempena nama seorang ahli kongres Amerika, Carl G Vinson yang mencadangkan ekspedisi Antartika ini. Mula dijumpai pada tahun 1957 dan didaki hingga ke puncak oleh Nicholas B Clinch pada tahun 1966.

7 Gunung Tertinggi Dari 7 Benua Di Dunia- Gunung vinson

#7- Gunung Kosciuszko- Australia

Terletak di Selatan Wales, Australia dengan ketinggian 2228 meter. Dinamakan Kosciuszko oleh seorang pengembara Polish sempena heronya, Jeneral Tadeusz Kosciuszko. Salji hanya menutupi puncak Kosciuszko pada bulan Jun hingga Okctober dan hanya gunung ini sahaja kawasan untuk bermain ski di Australia.

7 Gunung Tertinggi Dari 7 Benua Di Dunia- Gunung Kosciuszko

 

Sertai White Water Rafting + Caving Challenge Sungai Kampar!

Jomlah Follow Kami Di Instagram

 

Sumber Foto : Juan Cristóbal Hurtadoduardo Fonseca ArraesAndreas KoeberlJames ForsythMikhail BilenkomikechiosGav Owen

Add Comment