6 Tasik Yang Menyajikan Panorama Alam Semulajadi Terbaik Di Malaysia

Jomlah Follow Kami Di Instagram

Selain percutian jenis pulau, percutian peranginan tinggi atau percutian rimba. Sebenarnya kita juga boleh mencuba percutian jenis lebih cool dengan aktiviti paling ringan dan ringkas. Iaitu percutian ke tasik. Untungnya kita sebagai rakyat Malaysia mempunyai pelbagai destinasi menarik termasuklah pelbagai destinasi bagi yang ingin berkunjung ke tasik. Sama ada tasik  buatan mahupun tasik semula jadi aritikel kali ini crew jomlahcuti ingin berkongsi dengan anda 6 Destinasi Tasik yang boleh anda lawati di Malaysia dengan panorama landskap semulajadi.

#1- Tasik Kenyir (Terengganu)

Tasik Kenyir merupakan tasik ciptaan yang sangat popular di Malaysia bagi penggemar alam semulajadi dan kaki pancing. Tasik kenyir dipenuhi lebih 8,000 spesis bunga, 2,500 jenis tumbuhan ,370 spesis burung, 300 jenis ikan menambahkan lagi kekaguman kepada pengunjung yang berkunjung ke sini. Tasik Kenyir merangkumi 14 kawasan air terjun termasuklah Air Terjun Lasir, Air Terjun Saok dan Air Terjun Tembat yang sangat cantik.

Juga terdapat Gunung Batu Kapur dan gua yang penuh misteri untuk diterokai. Walaupun Tasik Kenyir adalah tasik buatan namun pengunjung dijanjikan sebuah percutian yang menghiburkan, menenangkan dan penuh dengan pelbagai aktiviti. Ini termasuklah memancing ikan, mengelilingi tasik dengan bot, mengembara, bermain golf, berkayak dan juga berkhemah.

Bagi yang meminati tumbuhan herba, Taman Herba adalah lokasi pilihan untuk dikunjungi. Pelbagai rahsia tanaman, nama dan khasiat dari lebih 200 spesis tumbuhan herba tradisional ditanam di Taman Herba ini. Bagi pengunjung yang inginkan percutian yang lebih mencabar dan penuh kelainan pula, pengunjung disarankan menyewa bot rumah (House Boat) yang dilengkapi peralatan lengkap sebuah rumah dan dapat mengembara ke seluruh tasik tanpa henti selama sehari. Tasik Kenyir merupakan tempat percutian, istirehat dan juga taman dunia indah yang wajib dikunjungi.

6 Tasik Yang Menyajikan Panorama Alam Semulajadi Terbaik Di Malaysia- tasik kenyir

#2-Tasik Bera (Pahang)

Tasik Bera merupakan tasik air tawar terbesar di Malaysia yang juga unik dan terpencil. Tasik ini dikelilingi hutan paya gambut  yang dipenuhi pelbagai jenis kehidupan liar dan tumbuhan eksotik hutan hujan tropika, Selain mejadi tempat tinggal orang asli Suku Semelai.

Waktu terbaik untuk melawat Tasik Bera adalah pada musim hujan kerana tasik ini akan menjadi lubuk pancing terbaik selepas hujan lebat. Tasik ini dizahirkan dengan pelbagai tumbuhan hutan yang mengeliling terusan sempit menghala ke tasik dan berdozen periuk  kera serta rotan berduri berlingkar di lantai hutan, mewujudkan suasana semulajadi yang sangat indah.

Bagi pengunjung yang ingin lari dari hiruk pikuk Bandar, pasti tertarik dengan ketenangan semulajadi yang wujud di Tasik Bera. Tasik ini menjadi tempat perlindungan lebih 200 spesis burung, 50 spesis mamalia dan 90 spesis ikan. Kawasan tanah rendah memudahkan aktiviti jungle tracking dilakukan sambil menikmati alam semulajadi hutan . Selain daripada itu aktviti seperti meredah hutan, memerhati burung, menyusur tasik dengan perahu jalur, melawat taman herba dan melawat pertempatan dan kebudayaan orang asli turut disediakan.

6 Tasik Yang Menyajikan Panorama Alam Semulajadi Terbaik Di Malaysia- tasik bera

 

#3- Tasik Chini (Pahang)

Tasik Chini merupakan tasik kedua terbesar di Pahang selepas Tasik Bera. Tasik Chini merupakan sebuah tasik yang kaya dengan khazanah alam semulajadi asia. Tasik ini menyimpan lebih 138 spesis flora wilayah, 300 spesis vetebrata bukan akuatik, dan 144 spesis ikan air tawar. Ribuan teratai air putih dan merah jambu akan muncul di tasik ini dari Ogos hingga September menjadikan tasik ini ke taman bewarna warni terapung.

Pengunjung boleh menaiki bot lawatan yang disediakan untuk mencari 12 tasik yang berbeza dan pergi ke penempatan orang asli di Puput Village. Kawasan di sekitar Tasik Chini juga menwarkan laluan yang menarik untuk merentas hutan dan rupa bumi yang sesuai untuk pacutan empat roda. Pengunjung kaki pancing pula boleh menyewa bot atau kanu untuk mencari ikan gergasi, Ibu Ular atau Toman.

Bagi pengunjung yang gemar mendaki, Gunung Chini adalah jawapannya yang memerlukan masa sehari untuk sampai ke puncak. Tasik Chini adalah tinggalan sejarah yang tak ternilai dengan khazanah indah terkandung di dalamnya.

6 Tasik Yang Menyajikan Panorama Alam Semulajadi Terbaik Di Malaysia- tasik chini

 

#4-Tasik Dayang Bunting (Kedah)

Tasik Dayang Bunting adalah sebuah tasik yang unik, terletak di Pulau Dayang Bunting berdekatan Pulau Langkawi, kedah. Tasik Dayang Bunting mendapat namanya dari kisah gergasi hamil yang berbentuk sebuah pulau menyerupai  keadaan wanita hamil sedang berbaring dalam bentuk kepala, dada dan perut yang sedang bunting.

Tasik ini berkeluasan tiga padang bola sepak dan terletak di tepi pantai kira-kira 500 meter dari tepi laut. Jadi airnya tidak bercampur dengan air laut yang masin. Sebuah jeti telah dibina di gigi pantai dengan tangga-tangga dibina bagi memudahkan pengunjung datang ke tasik ini. Di tepi tasik pula dibina pelantar terapung daripada getah dan plastic, dilengkapi dengan gerai jualan cenderamata, bot kayuh kaki, kayak, jeket keselamatan dan pelbagai lagi. Air tasik ini sangat hijau dan jernih, menambahkan lagi panorama indah di sekitar tasik.

Pengunjung juga boleh bermain dengan ikan-ikan keli di dalam kolam ternakan, yang merupakan salah satu terapi untuk mereka yang kebas dan lenguh-lenguh kaki. Pengunjung juga disarankan mandi di tasik ini dengan menggunakan jaket keselamatan kerana kedalaman tasik ini kira-kira 10 meter. Oleh itu pengunjung tidak digalakan untuk terjun sebaranan tanpa pengawasan kakitangan bertanggunjawab.

6 Tasik Yang Menyajikan Panorama Alam Semulajadi Terbaik Di Malaysia- tasik dayang bunting

#5-Tasik Beris (kedah)

Tasik Beris adalah tasik buatan yang terletak di Utara Malaysia. Tasik Beris telah disinonimkan dengan kemanisan anggurnya, kebiruan tasiknya dan keunikan pondok tarzannya. Tasik Beris adalah hasil dari pembinaan empangan Beris pada Ogos 2010. Kawasannya berbukit, pemandangan yang cantik dan udara yang segar mewujudkan suasana tenang dan klasik.

Untuk mengeliling sekitar tasik, bot sewa memang disediakan kepada pengunjung. Bagi kaki pancing, tasik ini juga boleh dijadikan tempat melepaskan gian kerana terdapat beberapa kehidupan air tawar seperti lampam, baung dan talapia.

Tasik Beris terkenal bukan sekadar tasiknya yang jernih dan cantik tetapi kerana terdapat sebuah ladang anggur pertama di Malaysia. Pengunjung juga berkesempatan melihat sendiri kebun anggur di depan mata dan boleh merasa pengalaman memetik anggur sendiri. Selain daripada itu, Tasik beris juga menyediakan tempat istirehat yang berbentuk rumah tarzan dengan beralaskan atap nipah sebagai bumbung. Memang betul-betul unik. Pengunjung yang ingikan suasana santai dan berbeza seperti berada di luar negara sambil menikmati anggur segar, Tasik Beris ini wajib dikunjungi.

6 Tasik Yang Menyajikan Panorama Alam Semulajadi Terbaik Di Malaysia- tasik beris

#6-Tasik Melati (Perlis)

Tasik Melati yang mempunyai lebih kurang 150 pulau-pulau kecil, terletak di tanah rendah becak  lebih kurang 8 kilometer di utara Kangar, Perlis. Air jernih Kristal yang memenuhi tasik ini membolehkan seseorang untuk melihat hingga ke dasar tasik. Pengujung yang ingin bersantai sambil menghirup udara segar boleh menaiki perahu yang disediakan dan ia adalah aktiviti yang paling digemari sekali di sini.

Pengunjung boleh menaiki sampan dari satu pulau kecik ke satu pulau kecil. Satu rangkaian lorong pejalan kaki tinggi yang diperbuat seperti jambatan di atas permukaan memberikan pemandangan yang berguna kepada pengunjung.  Malah bagi pengunjung yang kurang upaya juga masih mampu menikmati keindahan yang dimiliki oleh tasik ini.

Antara yang menjadi tarikan dikalangan kaum keluarga, ibu bapa dan kanak-kanak adalah satu tapak permainan dengan lorong-lorong pejalan kaki yang dilukis dengan pelbagai watak-watak Disney yang comel dan menarik menjanjikan masa yang menyeronokan untuk kanak-kanak.

6 Tasik Yang Menyajikan Panorama Alam Semulajadi Terbaik Di Malaysia- tasik melati

 

Jomlah Baca Lagi : 10 Gua Popular Yang Boleh Di Terokasi Di Malaysia 

Jomlah Follow Kami Di Instagram

Sumber Foto : Brij DograHisham AhmadsensaosadzliyanaJordan Lye,

Add Comment