6 Pulau Cantik Di Terengganu Yang Semakin Popular Di Mata Dunia

Jomlah Follow Kami Di Instagram

Bila sebut saja destinasi percutian di Terengganu pasti secara automatik kita akan terfikir dengan beberapa Pulau cantik yang terdapat di sekitar Terangganu. Kali ini kami ingin berkongsi dengan anda 6 pulau cantik yang boleh anda kunjungi sebagai salah satu destinasi pilihan dalam negara.

 

#1- Pulau Redang

Antara pulau paling banyak menerima tetamu dan antara salah satu pulau yang terdapat di Malaysia yang paling popular bukan sahaja dari kalangan rakyat Malaysia tetapi juga di mata dunia. Pulau ini terbahagi kepada empat bahagian  iaitu Teluk Kalong, Teluk Bakau, Pasir Panjang dan Teluk Dalam. Setiap teluk ini mempunyai keunikan tersendiri namun kawasan paling menjadi tumpuan dan ‘Happening’  adalah di bahagian pasir panjang. Jika dilihat bahagian pasir panjang adalah bahagian paling strategik dan oleh sebab itu juga terdapat banyak resort dan chalet yang dibangunkan disini. Waktu paling cantik untuk berkunjung ke Redang bermula pada May hingga Ogos. Dikatakan waktu ini persisiran pantai di Pulau Redang menjadi golden sand iaitu pasir pasir pantai cantik berwarna keemasan.

Pulau Malaysia-Pulau Redang-2

Ada banyak resort yang terdapat disini. Ini bermaksud anda juga mempunyai pelbagai pilihan mengikut bajet kemampuan diri. Saranan kami ambil terus pakej yang resort/chalet tawarkan yang termasuk makan dan siap semua. Kerana anda tidak perlu lagi fikir mengenainya dan datang kesini fokus dengan bercuti tanpa perlu fikir hal-hal lain.

Kebanyakan resort dan chalet menggunakan Jeti Merang untuk sampai ke sini dan ada segelintir operator chalet menggunakan Jeti Shah Bandar di Kuala Terengganu.

Pulau Malaysia-Pulau Redang-1

#2- Pulau Perhentian

Tidak Jauh dari Pulau Redang hanya memerlukan satu jam untuk sampai ke Pulau Perhentian sekiranya menggunakan speed boat. Ada juga pihak yang menyediakan pakej Island Hoping untuk kedua-dua Pulau ini.

Pulau Perentian pula terbahagi kepada dua bahagian iaitu Perhentian Besar dan Perhentian kecil. Setiap pulau mempunyai keistimewaan masing-masing. Long Beach atau Pasir Panjang di perhentian kecil menjadi tumpuan ‘backpackers dari segenap pelusuk dunia. Setakat ini lebih dari 30 resort/chalet yang beroperasi di kedua-dua bahagian Pulau Perhentian ini dan ini juga bermakna anda mempunyai pelbagai pilihan dan bajet yang sesuai. Sekiranya anda sudah sampai ke Redang maka anda juga haru jejaki Pulau Perhentian.

Pulau Malaysia-Pulau Perhentian-1

 

#3-Pulau Kapas

Pulau ini adalah antara Pulau yang terdapat di Terangganu yang paling hampir dengan tanah besar. Pulau ini terletak di daerah Marang dan hanya 18km dari Kuala Terengganu dan 6km saha dari Jeti Marang. Walaubagaimanapun panorama dan keindahan pantai Pulau Kapas di kurang hebatnya dari pulau-pulau yang lain. Pulau ini masih mendapat tempat di hati pengunjung dari dalam dan luar negara.

Sekiranya anda kekurangan bajet maka ada pihak boat yang menyediakan day trip yang mana anda boleh pergi dan balik ke Pulau Kapas hanya satu hari. Ini bermakna anda pergi mandi-manda di Pulau ini dan selepas itu pulang semula ke Jeti dalam masa satu hari.

Pulau Malaysia-Pulau Kapas-1

#4-Pulau Gemia

Berjiran dengan Pulau Kapas namun pulau ini tidak mendapat tempat di hati pengunjung tempatan walaubagaimanapun Pulau Gemia masih mendapat tempat di hati pelancong asing. Suasananya yang sunyi dan tenang amat sesuai bagi mereka yang inginkan privacy tersendiri. Di sini hanya ada satu saja resort yang beroperasi maka anda tidak ada pilihan di tempat lain. Pulau Gemia tidak seperti pulau-pulau lain kerana pulau ini terpapat batu-batuan di sebahagian kawsan pantai.

Pulau Malaysia-Pulau Gemia-1

#5- Pulau Lang Tengah

Terletak diantara Pulau Redang dan Pulau Perhentian. Disini hanya terdapat beberapa chalet dan resort yang beroperasi maka anda juga tidak mempunyai banyak pilihan. Sama seperti Pulau Gemia yang mana pulau ini juga berbatu-batuan di persisiran pantainya dan di beberapa bahagian langsung tidak mempunyai pantai. Namun pulau ini menjadi salah satu tumpuan untuk geng scuba diving dari dalam dan luar negara.  Untuk sampai ke sini kebiasaanya operator resort dan chalet menggunakan speed boat melalui jeti Merang.

Pulau Malaysia-Pulau Lang Tengah-1

#6- Pulau Tenggol

Bagi mereka yang menceburkan diri dalam bidang scuba diving pasti tahu Pulau Tenggol. Pulau ini dikatakan mempunyai tarikan dasar lautnya yang cantik serta unik.  Pulau ini terletak di daerah Dungun yang mana mengambil masa lebih kurang 45 minit menggunkan speed bat melalui Jeti Dungun untuk sampai kesini. Sama seperti Gemia dan Lang Tengah pulau ini berbatu dan kurang pantai jadi chalet dan resort juga kurang disini.

Pulau Malaysia-Pulau Tenggol-1

 

Jomlah Follow Kami Di Instagram

Jomlah Baca Lagi : Panorama Indah Pulau Rawa

 

 

 

 

 

 

Sumber Foto : Swit ZyCarlos Nizamen shahdicrazy-lexHuzaiba Baharuddinwww.zahidmansor.comdazstudiosOlivier Falcoz

Add Comment