5 Homestay Unik Untuk Percutian Bersama Keluarga Atau Rakan-Rakan

Makin hari ahli keluarga makin bertambah. Makin hari juga kos percutian semakin meningkat. Kadang-kadang juga kita bukan mahu bercuti jauh-jauh pun sekadar mahu cuti di sekitar di negeri-negeri berdekatan menghabiskan cuti long weekend atau cuti pendek sehari dua. Mungkin anda mencari konsep idea baru bercuti bersama kawan untuk group reunion atau cuti santai bersama keluarga.  Oleh itu kami paparkan semula 5 Homestay unik dan indah yang viral di internet untuk anda pilih sebagai homestay pilihan anda.

#1-Homestay Regalia Studio, KL

Bagi mereka yang ingin merasai mandi kolam di atas bangunan ala-ala Marina Bay di Singapure maka anda dan keluarga bolehlah berkunjung di Homestay Regalia Studio ini. Harga satu malam sekitar RM180-RM200 bergantung tarikh yang anda pilih. Untuk tempahan boleh terus hubungi No. Tel Ini 019-234 2658.

Homestay Regalia Studio, KL

Homestay Regalia Studio, KL-3

Homestay Regalia Studio, KL-4

#2- Kampungstay Desa Murni, Pahang

Terletak di Temerloh, Pahang mempunyai pelbagai jenis bilik moden dan traditional. Harga juga sangat berpatutan iaitu bermula serendah RM90 hingga RM180 semalam. Anda boleh terus hubungi pejabat mereka atau person incharge di talian ini +609-284 7949 atau 019-985 9070.

Kampungstay Desa Murni,Pahang

Kampungstay Desa Murni,Pahang-2

Kampungstay Desa Murni,Pahang-4

#3- Villa Rimbun Desa Homestay

Terletak di Sungai Buloh, Selangor. Sesuai bagi keluarga mahupun untuk mereka yang nak buat reunion. Melihat keluasan dan servis bagi kami harga RM300/semalam ini masih lagi berpatutan. Untuk tempahan owner anda perlu inbox mereka di facebook DISINI.

Villa Rimbun Desa Sg Buloh

Villa Rimbun Desa Sg Buloh-2

Villa Rimbun Desa Sg Buloh-3

Villa Rimbun Desa Sg Buloh-4

#4- CabinzeCottage, Seremban

Satu lagi homestay dengan pelbagai pakej penginapan. Harga disini sedikit premium namun kami rasakan ia masih berbaloi bagi percutian sama ada bersama keluarga mahupun bersama kawan-kawan. Harga bilik yang bermula dengan RM450 semalam untuk kategori Ruby hingga RM880 semalam untuk kategori diamond. Kami pasti lokasi homestay ini sangat tenang untuk anda ingin bercuti. Sebarang tempahan boleh hubungi No. Tel Ini +6016-279 5059.

Cabbinzecottage, Seremban

Cabbinzecottage, Seremban-2

Cabbinzecottage, Seremban-3

Cabbinzecottage, Seremban-4

#5- Limastiga Homestay, Melaka

Terletak di Umbai Melaka. Homestay ini sangat sesuai untuk mereka yang berkapasiti 20 orang ke atas. Homestay ini juga memang mensasarkan pada mereka yang berkapasiti besar. Pakej homestay juga tersedia untuk 24 pax dan keatas yang mana harga bermula RM2,400. Untuk tempahan boleh terus hubungi pengurusan homestay ini di talian +6012-623 7687

Limastiga, Melaka

Limastiga, Melaka-2

Limastiga, Melaka-3

Limastiga, Melaka-4

 

Cadangan kami jika anda hendak menempah adalah lebih baik menempah 3 bulan lebih awal. Ini kerana mengikut pengalaman kami homestay unik begini selalunya Fully Booked untuk percutian peak season atau public holiday. Rancang percutian anda lebih awal dan tempahlah lebih awal.

Add Comment