5 Air Terjun Yang Semakin Mendapat Tempat Di Hati Pengunjung Malaysia

Di Malaysia pelbagai tempat yang menarik yang dikelilingi keindahan flora dan fauna yang jauh dari hiruk pikuk kesibukan hutan konkrit, kepada pembaca kami yang ingin menghilangkan tekanan kerja disini kami senaraikan 5 air terjun yang boleh dijadikan tempat melepaskan tekanan kerja seharian anda. Boleh jadi antara 5 senarai ini berdekatan dengan anda jadi apa tunggu lagi ajak kawan-kawan dan ahli keluarga bersama.

#1- Air Terjun Stong, Kelantan

Semakin susah usaha kita untuk mendapatkan sesuatu, semakin berbaloi usaha kita apabila kita mendapatkannya. Berikut adalah gambaran kami untuk air terjun yang tersenarai di tempat pertama. Air terjun stong jga dikenali sebagai air terjun jelawang, memerlukan pendakian selama 2 jam untuk ke puncak air terjun yang berketinggian 305 meter, air terjun ini mengalir  dari tebing batu tinggi dan mempunyai 7 tingkat, kemudahan seperti chalet, surau dan tapak perkhemahan  turut disediakan untuk pengunjung yang ingin merasakan kelainan bermalam di sini ditemani bunyi ungags dan cengkerik.

5 Air Terjun Yang Semakin Mendapat Tempat Di Hati Pengunjung Malaysia-1

#2- Air Terjun Lata Kinjang, Perak

Air terjun ini berada 18 kilometer dari pintu keluar Tapah dan boleh dilihat dari lebuhraya Utara Selatan exit Tapah. Airnya sejuk yang sejuk,Berada di tepi gunung ,berketinggian 850 meter dan bertingkat – tingkat. Itulah kelebihan air terjun yang tersenarai di tempat kedua kami. Dikelilingi perkampungan penduduk tempatan  yang masih dikekalkan flora dan faunanya , suasana yang memang kita tidak akan dapat di tempat lain.disini penduduk tempatan terutamanya orang asli ada menjual pelbagai barang barang kraftangan yang dihasilkan mereka .

5 Air Terjun Yang Semakin Mendapat Tempat Di Hati Pengunjung Malaysia-2

#3-Air Terjun Chiling, Selangor 

Ditempat ketiga kami ialah air terjun  yang terletak 21 kilometer dari pekan kuala kubu bharu dan boleh dikategorikan sebagai yang tercantik di negeri Selangor. Memerlukan kita untuk berjalan kaki selama hampir 1 jam dengan melalui trek yang agak mencabar sepanjang sungai  dan ‘ditemani’ 5 jeram yang tidak melebihi paras peha dengan arus yang perlahan. Segala penat lelah kita itu akan terbalas dengan keindahan panorama yang sukar digambarkan. Disini juga kita boleh melihat kejinakan spesis ikan kelah yang bermain arus di celahan batu.

5 Air Terjun Yang Semakin Mendapat Tempat Di Hati Pengunjung Malaysia-3

#4-Air Terjun Jeram Toi, Negeri Sembilan

Dikatakan nama air terjun ini diambil sempena nama To’ Batin Toi yang pernah mengetuai orang asli yang menghuni hutan ini suatu ketika dahulu. Kedudukan air terjun ini terletak di kawasan Hutan Lipur  Kuala Klawang daerah Jelebu. Air terjun ini mempunyai 7 tingkat dan dikelilingi alam rimba yang sungguh indah. Selain berkelah kita juga boleh menyusuri  sepanjang jeram untuk menikmati keindahan flora dan fauna.

5 Air Terjun Yang Semakin Mendapat Tempat Di Hati Pengunjung Malaysia-4

#5- Air Terjun Lata Tembakah, Terengganu

Air terjun  7 tingkat yang mempunyai kolam kolam takungan ini sering menjadi tarikan penduduk setempat dan pengunjung luar untuk berkunjung kesini. Kolam takungan di tingkat 1 dan 2 sangat sesuai untuk pengujung yang membawa keluarga atau anak anak kecil kerana mempunyai kawasan yang luas dan tidak perlu berjalan jauh. Kepada yang sukakan cabaran dan mempunyai stamina tinggi boleh mendaki sehingga tingkat yang paling atas.

5 Air Terjun Yang Semakin Mendapat Tempat Di Hati Pengunjung Malaysia-5

Dimasa akan datang kami akan menerjuni perasaan anda dengan aktiviti aktiviti mencabar yang ada di sungai sungai di sekitar Malaysia yang tidak pernah kita fikirkan. Didalam keseronokan kita menikmati keindahan alam semulajdi di Malaysia ini, suka kami mengingatkan kepada pembaca kami untuk sentiasa menjaga keselamatan diri, keluarga dan rakan rakan.

Jomlah Follow Kami Di Instagram

Baca Lagi : Keindahan Alam Semulajadi Di Sungai Sedim

Lebih Lagi : Keindahan Tasik Bawah Tanah Yang Menerujakan Bagi Siapa Saja Yang Melihat

Klik Sini Jika anda Meminati Aktiviti Outdoor –> Klik Sini <–

 

 

 

 

 

Sumber foto : AsyrafIsmahalil IshakKamrul ArifinShah Rulzsasyraf farhan

Add Comment