5 Tips dan Idea Percutian Bajet

Kadang-kadang kepenatan dan kesibukan mencari duit menyebabkan kita terlupa untuk menggembirakan hati isteri dan anak-anak. Mesti pernah terdetik kan terasa nak bawa anak-anak dan isteri berjalan kan tapi bila dapat je gaji bayar itu ini, komitmen sana sini, bayar hutang sana sini duit yang tinggal tidaklah

sebanyak mana. Pernah tak rasa situasi begini, duit simpanan juga tidak seberapa tapi hati teringin sangat nak bawak famili bercuti. Ye lah dah lama tak bawa famili bercuti kan. idea percutian bajet                       Sumber gambar : Google Penting jugak tu bercuti dalam mengatasi stress dan mengeratkan hubungan kekeluargaan. Kalau asyik bekerja non stop robot pun boleh rosak apatah lagi fizikal dan mental manusia. Kalau anda dalam kalangan yang jarang-jarang dapat bercuti kerana kekangan kewangan namun masih menyimpan hasrat membawa anak-anak dan isteri bercuti, boleh guna 5 idea seperti di bawah.

Baca lagi Tips Keselamatan Ketika Travel.

#1- BUKA TABUNG PERCUTIAN

idea percutian bajet-02 Buka tabung sekurang-kurangnya 5-6 bulan daripada target untuk bercuti. Setiap bulan simpan dalam lingkungan yang anda mampu, contoh RM 100 sebulan. Ketepikan jumlah tersebut dan terus simpan jauh daripada pandangan untuk mengelakkan anda menggunakan sebelum waktunya. Anggap saja RM 100 tidak wujud selepas dimasukkan ke dalam tabung berkenaan.

#2- BAJET MENGIKUT TABUNGAN

Cukup waktu, tengok jumlah tabung berkenaan, contoh ada RM 600 selepas 6 bulan menyimpan. Ok selepas tu, cari tempat yang sesuai dengan bajet yang ada. Ingat, bercuti tak semestinya tempat yang jauh dan mahal. Sebagai contoh, anda boleh merancang percutian singkat di sebuah pantai yang berhampiran dengan tempat tinggal anda.

#3- PENGINAPAN BAJET

Sesetengah hotel bajet masih lagi kategori selesa, siap dengan aircond, kemudahan air panas dan katil yang selesa. Tidak perlu berhabis banyak untuk penginapan sekiranya kita dalam situasi bajet sebab untuk percutian yang lebih banyak berjalan-jalan, kita akanjarang berada di hotel. Selalunya balik hanya selepas penat. Dan kemudian tidur. Cukuplah setakat selesa dan bersih.

#4- CARI AKTIVITI YANG SESUAI

idea percutian bajet-03 Credit image/sumber gambar : Bacpacking Malaysia Cari aktiviti yang sesuai dengan bajet yang ada di tangan. Ada tempat yang menawarkan lawatan percuma atau bayaran yang minima saja di sekitarnya. Contohnya muzium, tempat-tempat monumen bersejarah, seperti A Famosa contohnya, pantai-pantai terbuka, berkelah di taman tasik dan sebagainya.

#5- TEMPAT YANG DEKAT

idea percutian bajet-05 Seperti yang ditekankan tadi untuk bercuti tidak semestinya kawasan yang jauh. Untuk percutian bajet tempat yang dekat adalah percutian yang sesuai kerana tidak melibatkan penggunaan minyak kereta yang banyak, dan juga perbelanjaan lain yang keterlaluan dalam konteks percutian bajet. Kadang-kadang bercuti di tempat juga boleh meninggalkan kenangan yang manis dan kesan yang mendalam untuk isteri dan anak-anak. Adakalanya yang penting momen bersama keluarga dapat dicipta melalui percutian walaupun sekadar percutian bajet yang mungkin kelihatan serba kekurangan tapi kebahagiaannya tetap dirasai.

Baca lagi : Tips Percutian Solo

Kesimpulannya, percutian bajet atau bercuti dalam keadaan poket nipis juga mampu memberikan kebahagiaan jika kena pada caranya. Bercuti tidak semestinya mahal-mahal. Rancanglah percutian anda mengikut bajet yang anda ada.

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE Sekarang. Ingin dapatkan lebih banyak info menarik dan pakej-pakej percutian murah dalam dan luar negara? Daftar secara percuma dibawah. Hanya masukan NAMA & EMEL anda.                    

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!