Ini 5 Idea Lokasi Bulan Madu Dalam Negara Yang Menarik dan Unik.

idea lokasi bulan madu

Musim cuti sekolah akhir tahun sememangnya menjadi pilihan ramai pasangan untuk mendirikan rumahtangga. Selepas majlis pasti ramai pasangan pengantin baru yang mencari lokasi sesuai untuk berbulan madu kan. Ada yang sudah menempah lokasi dan penginapan awal-awal lagi, ada pula yang lebih selesa melakukannya pada saat-saat akhir untuk melihat dulu bajet yang tinggal. Sebenarnya tidak kira bagaimana pun caranya yang penting anda dan pasangan berasa selesa dengan cara masing-masing.

Baca lagi : 5 Kebaikan Bulan Madu

Untuk artikel kali ini jom kita lihat idea lokasi bulan madu. Idea yang di ketengahkan adalah jenis lokasi yang sesuai untuk dijadikan tempat berbulan madu, bukan tempat secara spesifiknya. Ok jom kita lihat.

#1- KAWASAN TANAH TINGGI

idea lokasi bulan madu

Sumber gambar : Trip Advisor

Antara lokasi bulan madu paling popular. Bukit tinggi cuacanya sejuk dan dingin. Memang sesuai sangat untuk lokasi bulan madu. Moodnya yang segar dan romantis membangkitkan aura bulan madunya yang tersendiri. Antara kawasan bukit tinggi yang ada di negara kita ialah Cameron Highland, Bukit Tinggi dan Bukit Fraser.

#2- TAMAN NEGARA

idea lokasi bulan madu-02

Sumber gambar : Lia Group Taman Negara Pahang

Taman negara juga merupakan antara lokasi menarik yang boleh dijadikan lokasi bulan madu, contohnya seperti Taman Negara Pahang. Suasananya sangat menenangkan dan mendamaikan.

Walaupun lokasinya terletak dalam hutan namun bukanlah hutan yang tiada apa-apa sebaliknya terdapat pelbagai aktiviti menarik yang disediakan.

Penginapan yang ada juga sangat-sangat selesa. Berbulan madu di hutan? Ya kenapa tidak. Sangat sesuai untuk pencinta alam. Bonus sekiranya pasangan anda juga gemarkan suasana damai alam semulajadi.

#3- PERCUTIAN BANDAR

idea lokasi bulan madu-03

Sumber gambar : Wikipedia

Berbulan madu sambil bercuti di bandar juga sangat menarik. Sebagai contoh, bercuti di bandaraya di sesebuah negeri, contohnya Melaka.

Sambil berbulan madu di situ anda juga berpeluang untuk berjalan-jalan melihat pelbagai tempat menarik di sekitarnya termasuklah monumen sejarah.

Begitu juga dengan bandar-bandar lain di negeri-negeri lain. Setiap bandar ada keistimewaannya yang tersendiri. Jadi berbulan madu di bandar juga satu idea yang menarik untuk dipertimbangkan.

#4- PENGINAPAN DALAM KEBUN

Kredit gambar : The Orchad

Keindahan berbulan madu ditemani dusun dan ladang dengan alam semulajadi yang mendamaikan.

Konsep bulan madu yang mempunyai penginapan serba lengkap dengan kemudahan kelas pertama, terletak pula dalam kebun yang mempunyai pelbagai jenis pokok buah-buahan yang sangat enak.

Bayangkan keseronokan memetik buah-buahan yang segar terus dari pokok. Ada pulak ladang ternakan rusa dan dapat melihat burung-burung comel depan mata.

Sememangnya wujud penginapan bulan madu sedemikian. Kemudahannya memang tip top, anda tak perlu bersusah payah mencari hiburan di luar kerana segala-galanya ada di sini. Boleh klik di sini untuk melihat gambar keunikan tempat ini, Rasai Percutian Bulan Madu Mendamaikan Di Melaka

#5- PULAU MALAYSIA

idea lokasi bulan madu-05

Pulau Tioman salah satu pulau yang indah di Malaysia yang sangat sesuai dijadikan lokasi berbulan madu. Credit Image : Khor Lord via Tempat Menarik

Malaysia sememangnya kaya dengan pulau yang indah. Pulau- pulau Malaysia menjadi salah satu lokasi yang sangat popular untuk berbulan madu.

Keindahan dan ketenangan pulau memberikan satu perasaan yang sangat mengasyikkan terutama untuk anda yang masih bergelar pengantin baru yang sedang berbulan madu.

Lazimnya pada musim tengkujuh pulau akan ditutup sementara, oleh itu anda boleh merancang bulan madu anda di pulau selepas musim tengkujuh.

Klik Untuk Pertanyaan Pakej Pulau Bulan Madu

Baca lagi : 5 Sebab Kenapa Bulan Madu Kedua Sangat Penting.

Semoga artikel lokasi bulan madu ini memberi anda dan pasangan idea untuk mencari lokasi bulan madu yang bersesuaian dengan citarasa anda dan pasangan. Berbulan madu merupakan sesuatu yang sangat baik untuk pasangan oleh itu sekiranya berkemampuan ajaklah pasangan sah anda untuk berbulan madu, pasti ia memberikan memori indah yang sukar dilupakan oleh anda dan pasangan.

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE Sekarang. Ingin dapatkan lebih banyak info  dan pakej-pakej menarik tentang percutian? Daftar secara percuma dibawah. Hanya masukan NAMA & EMEL anda.

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!