Harga Terkini Pasport Malaysia 2018 dan Cara Permohonan Kali Pertama

Harga Terkini Pasport Malaysia 2018

Sumber gambar : Save.More.Tips.com

Pasport Malaysia adalah merupakan satu dokumen perjalanan yang sah yang dikeluarkan kepada warganegara Malaysia bagi maksud perjalanan keluar negara.

Baru-baru ni pasport Malaysia telah mendapat pengiktirafan daripada Global Passport Power Rank 2018 sebagai pasport yang mempunyai ciri keselamatan yang penting sekali gus menduduki kedudukan ke-5 paling berkuasa di dunia. Untuk berita lebih lanjut tentang Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) ini boleh klik di sini, Pasport Malaysia Duduki Ranking Ke -5.

Baca lagi : Beza Pasport Merah dan Buku Biru.

Jabatan Imigresen Malaysia juga telah mengumumkan kadar baru Pasport Malaysia Antarabangsa telah berkurang daripada RM 300 kepada hanya RM 200 untuk tempoh sah 5 tahun. Kadar ini menunjukkan penurunan sebanyak RM100.

Dengan pengurangan bayaran untuk tempoh sah 5 tahun, Pasport Malaysia Antarabangsa untuk 2 tahun telah dimansuhkan. Maksudnya hanya tempoh sah 5 tahun sahaja yang ada sekarang. Tempoh sah 2 tahun dah tak ada lagi.

KADAR BAYARAN MENGIKUT KATEGORI

Walaubagaimana pun, ada kadar bayaran tertentu untuk setiap kategori. Di sini ialah jumlah bayaran pasport untuk setiap kategori:

Pemohon biasa : RM200

Kanak-kanak (12 tahun dan ke bawah) : RM100

Pelajar yang mengikuti program ijazah di luar negara (21 tahun dan ke bawah) : RM100

Jemaah Haji (surat pengesahan dari Tabung Haji atau agensi yang di lantik : RM 100

Orang Kelainan Upaya (OKU): Gratis ( Percuma )

UNTUK PERMOHONAN KALI PERTAMA

Untuk permohonan pasport kali pertama pula, pemohon perlulah mematuhi prosedur berikut iaitu;

1) Pemohon hadir sendiri di Pejabat Imigresen atau Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara.

2) Permohonan di kaunter bagi Pejabat Imigresen di Malaysia atau di Pejabat Atase di Singapura, New York, London, Hong Kong, Melbourne dan Jakarta tidak perlu membawa gambar kecuali permohonan yang dikemukakan melalui Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara.

3) Kanak-kanak di bawah 4 tahun digalakkan membawa bersama gambar mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

Untuk rujukan yang lebih terperinci tentang Pasport Malaysia Antarabangsa ni boleh klik di sini, Maklumat Tentang Pasport Malaysia Antarabangsa.

Baca lagi : Jenis-jenis Passport Yang Terdapat Di Malaysia.

Semoga artikel ini dapat membantu anda yang sedang mencari maklumat tentang Pasport Malaysia Antarabangsa terutama dari segi bayaran dan untuk yang kali pertama ingin memohon pasport. Semoga bermanfaat.

Rujukan : Portal Rasmi Jabatan Imigresen Malaysia.

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE Sekarang. Ingin dapatkan lebih banyak info menarik dan pakej-pakej percutian murah dalam dan luar negara? Daftar secara percuma dibawah. Hanya masukan NAMA & EMEL anda.

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!