Ini 6 Hak Anda Sebagai Penumpang Penerbangan Sekiranya Flight Delay dan Permasalahan Lain Dalam Penerbangan

 

Gambar hiasan. Sumber : Google

Adakalanya sukar untuk menjangkakan apa yang bakal kita tempuhi dalam sesebuah perjalanan menaiki kapal terbang untuk ke suatu destinasi.

Syukur sekiranya segalanya berjalan lancar. Namun adakalanya sebagai penumpang kita juga perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan terutamanya masalah penangguhan penerbangan (flight delay).

Flight delay memang menyusahkan lebih-lebih lagi dalam tempoh yang begitu lama. Baru-baru ini tular tentang flight delay hampir 24 jam oleh sebuah syarikat penerbangan tambang murah. Rujuk di sini.

Sebenarnya sebagai pengguna kita mempunyai beberapa hak yang boleh dimohon sekiranya jadual penerbangan berjalan tidak seperti yang dirancang dalam pelan jadual dan juga hak-hak dalam permasalahan lain dalam penerbangan.

Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) menyenaraikan beberapa perkara yang boleh dituntut oleh pengguna sekiranya anda menghadapi situasi-situasi seperti ini. Jom kita lihat.

Sekiranya penerbangan tertangguh selama dua jam, anda sepatutnya boleh menikmati panggilan telefon, makanan dan internet secara percuma. Sekiranya tertangguh selama 5 jam pula, anda boleh menikmati penginapan dan pengangkutan ke tempat penginapan secara percuma.

Baca lagi : Goncangan Kuat Atas Pesawat? Baca 9 Fakta Tentang Turbulence.

#2- PENERBANGAN DIBATALKAN

Sekiranya penerbangan anda dibatalkan anda boleh memilih sama ada untuk :

i) mendapatkan kembali bayaran penuh tiket penerbangan

ii) penggantian penerbangan secara percuma

iii) mengubah haluan penerbangan tanpa sebarang caj

#3- JIKA TIDAK DIBENARKAN MENAIKI FLIGHT

Sekiranya anda dilarang menaiki pesawat dalam situasi syarikat penerbangan menerima tempahan lebih dari sepatutnya, syarikat penerbangan perlu menggantikan kembali tiket penerbangan pada hari yang sama atau pampasan. Namun sekiranya anda sendiri yang lambat sebelum boarding time tu anda tak berhak tuntut apa-apa.

#4- TUNTUTAN DAN PAMPASAN

Sekiranya beg anda hilang atau rosak atau tidak sampai dalam penerbangan yang sama, anda boleh memohon pampasan pada syarikat penerbangan berkenaan. Jangan tangguh dan terus buat laporan segera.

#5- CAJ TAMBAHAN

Semak dahulu pilihan perkhidmatan sebelum anda membuat bayaran. Harga tiket tidak boleh dinaikkan selepas penumpang telah membuat bayaran dan syarikat penerbangan tidak boleh menambahkan sebarang caj secara automatik tanpa pengetahuan pelanggan.

#6- HAK PENUMPANG KELAINAN UPAYA (OKU)

Penumpang OKU sebenarnya mempunyai hak untuk ditemani sewaktu ke kaunter kemasukan, berlepas dan mendarat. Penumpang OKU juga boleh mendapatkan bantuan daripada staff penerbangan untuk mendaftar bagasi, menyimpan dan mendapatkan semula bagasi. Maklumkan terlebih dahulu keperluan anda kepada syarikat penerbangan berkenaan sekurang-kurangnya 48 jam sebelum berlepas.

Baca lagi : Ini 7 Tips Elakkan Sakit Telinga Ketika Menaiki Kapal Terbang

Ini adalah antara hak penumpang dalam sesebuah penerbangan menurut Suruhanjaya Penerbangan Malaysia.

Sumber Rujukan : Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM)

                           : Hak Anda Sebelum PenerbanganHak Sebelum Menaiki Kapal Terbang

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE Sekarang. Ingin dapatkan lebih banyak info  dan pakej-pakej menarik tentang percutian? Daftar secara percuma dibawah. Hanya masukan NAMA & EMEL anda.

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!