Ketahui Tentang Gunung Unik dan Misteri Ini. Dimanakah Lokasinya?

Gunung Roraima -01

Sumber gambar : Google

Pernah terbayangkan kewujudan sebuah gunung namun bentuknya seperti meja, mendatar di atas dan tidak kelihatan seperti gunung-gunung biasa? Dan ya, gunung tersebut sememangnya wujud. Keunikan fizikalnya ibarat satu dunia yang hilang dan terasing dari dunia sebenar. Gunung yang dimaksudkan ialah Gunung Roraima yang terletak di Venezuela. Fizikal gunung ini tidak seperti gunung yang lain, ia merupakan gunung berbentuk mendatar di atasnya. Gunung ini merupakan jenis gunung Table Mountain yang tertinggi di benua Amerika Selatan.

Perkataan Roraima dikatakan berasal daripada suku kata “roroi” yang bermaksud hijau biru dan “ma” yang bermaksud besar dalam bahasa asli dari Pemon.

Gunung Roraima-02

Dari sudut pandangan lain. Sumber gambar : Wikipedia

Gunungnya berbentuk mendatar dan disifatkan sebagai satu tempat yang misteri dan luar biasa. Gunung ini juga dikatakan merupakan salah satu kawasan purba dengan pemandangan yang mempesonakan.

Puncak tertingginya dinamakan Maverick Rock yang berketinggian 2810 meter dari aras laut. Gunung ini dipercayai telah terpisah dari dunia luar sejak 2 billion yang lalu. Wow 2 billion tahun, memang tersangatlah purba!

Satu lagi perkara menarik tentang gunung ini ialah boleh membuatkan kita berada seolah-olah dalam alam fantasi. Di Gunung Roraima ini terdapat pelbagai kehidupan flora dan fauna, air terjun, kolam semulajadi, lembah kristal dan banyak lagi yang menarik di situ. Flora dan fauna yang wujud di atas gunung ini merupakan antara spesies unik dan yang dilindungi.

Gunung Roraima-03

Sumber gambar : Google

Keunikan bentuk gunung ini mudah saja membuatkan sesiapa yang memandang jatuh hati. Tempat ini juga pernah menjadi inspirasi filem animasi. Sudah tentu, yang unik dan cantik sering menjadi tumpuan, begitu juga Gunung Roraima yang mempunyai kecantikan, keindahan dan misterinya yang tersendiri. Jom lihat video ringkas di bawah untuk melihat gambaran tentang Gunung Roraima.

Sesungguhnya segala keindahan alam yang penuh misteri dan memukau bukti kekuasaan ciptaan Yang Maha Esa.

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE Sekarang. Ingin dapatkan lebih banyak info menarik dan pakej-pakej percutian murah dalam dan luar negara? Daftar secara percuma dibawah. Hanya masukan NAMA & EMEL anda.

 

 

 

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!