9 Perkara Tentang Everest Yang Menarik Untuk Kita Tahu

menarik tentang Everest-01

Everest sangat terkenal sebagai gunung tertinggi di dunia dari aras laut. Gunung Everest juga menjadi kegemaran para pendaki dari seluruh dunia. Puncak tertinggi di dunia ini terletak di pergunungan Himalaya, di perbatasan Nepal dan Tibet.

Nama Everest diberi pada tahun 1865 oleh Sir Andrew Waugh, Jeneral British di India, sebagai tanda penghormatan kepada Sir George Everest iaitu yang merupakan seorang Welsh Surveyor dan Ahli Geografi dari British. Gunung Everest menyimpan pelbagai cerita disebalik keindahan fizikalnya. Jom kita ketahui beberapa perkara menarik tentang puncak tertinggi di dunia ini.

#1- TERTINGGI DI DUNIA DARI ARAS LAUT

menarik tentang Everest-01

Gunung Everest merupakan gunung yang tertinggi di dunia, di ukur bermula dari paras laut. Ketinggian gunung ini ialah 8,848 meter bersamaan dengan 29,029 kaki dari aras laut. Suhu sejuk di atasnya juga boleh menyebabkan pendaki mendapat hipotermia iaitu mekanisme tubuh untuk mengatasi suhu sejuk keterlaluan, namun sekiranya tidak dirawat segera boleh menyebabkan kematian.

#2- MAKIN TINGGI OKSIGEN MAKIN RENDAH

Semakin tinggi di puncak gunung Everest semakin rendah oksigennya. Hal ini disebabkan semakin tinggi daripada permukaan laut, tekanan udara menjadi semakin rendah. Keadaan tekanan udara yang rendah tersebut menyebabkan oksigen makin sedikit di atas puncak sana. Ini adalah tentang sains dan sesuatu yang perlu kita tahu sebelum mendaki mana-mana gunung.

#3- KAUM SHERPA

menarik tentang Everest-03

Kaum Sherpa mempunyai kekuatan yang luar biasa

Kaum Sherpa merupakan golongan yang sudah imun atau biasa dengan ketinggian dan suhu sejuk ekstrem di sana. Orang-orang Sherpa tinggal di bahagian Nepal Barat dan khidmat mereka sering diperlukan dalam proses mendaki gunung Everest. Mereka biasanya akan membantu untuk membawa peralatan untuk memasak di kem dan juga peralatan pendakian yang penting.

#4- PUNCAK BERTAMBAH TINGGI SABAN TAHUN

menarik tentang Everest-04

 

Ada beberapa perdebatan tentang Gunung Everest ini sebenarnya. Pada tahun 2010, tingginya 8848 meter dari aras laut, kemudian didapati oleh pengkaji selepas beberapa tahun kemudian gunung ini menunjukkan pula ketinggian sebanyak 8,850 meter dari aras laut. Menurut pengkaji tentang gunung ini, Everest dikatakan tumbuh setiap 4 milimiter setiap tahun namun ketinggian secara rasminya masih 8848 meter dari aras laut kerana ketinggian 8850 meter dari aras laut berkenaan belum disahkan secara rasmi oleh pemerintah Nepal. Kalau katakan setiap tahun tingginya naik, agak-agak 100 tahun nanti tinggi mana ye?

#5- SERING DIDEBATKAN DENGAN KETINGGIAN MAUNA KEA

menarik tentang Everest-05

Gunung Berapi Mauna Kea, Di Hawaii. Credit Image : WallpapersB

Sebenarnya ada juga perdebatan lain bahawa Gunung Everest bukan gunung yang tertinggi di dunia sekiranya diukur dari bawah laut, bukan dari paras laut. Mauna Kea, iaitu gunung berapi dari Hawaii dikatakan mengatasi gunung Everest sekiranya dikira dari bawah laut iaitu 10,200 meter.

Namun, sekiranya dikira dari aras laut, Gunung Everest adalah yang tertinggi di dunia. Mauna Kea hanyalah berketinggian 4,170 sekiranya diurukur dari aras laut. Sebab itulah pengukurannya mesti diakhiri dengan perkataan dari aras laut. Kerana itu menunjukkan permulaan kiraan dari paras situ.

#6- NAMA LAIN EVEREST

Gunung ini dikenali dunia dengan nama Gunung Everest tapi sebenarnya ada nama lain untuk Everest ni mengikut dari bahasa masyarakat setempat dan berdekatan dengannya. Contohnya, orang-orang Tibet memanggil gunung ini dengan nama Chomolungma yang bermaksud Dewi Gunung. Orang-orang Nepal pula memanggil Everest dengan Sagarmatha yang bermaksud Dahi Langit.

#7- PENDAKI PERTAMA MALAYSIA

menarik tentang Everest-05

Pendaki pertama Malaysia, Datuk M.Magendran dan Datuk N.Mohandas berjaya tiba di puncak Everest pada tahun 1997. Sumber gambar: thestaronline.

Sejarah tercipta apabila Malaysia berjaya menakluk puncak Everest pada tahun 1997 iaitu 21 tahun yang lalu. Pendaki pertama dari Malaysia yang berjaya sampai ke puncak Everest ialah Datuk M. Magendran dan Datuk N.Mohandas. Selain menjadi pendaki pertama Malaysia yang berjaya sampai ke puncak Everest, mereka juga menempa nama sebagai pendaki Asia Tenggara pertama menakluk puncak berkenaan.

Perintis Projek Malaysia-Everest 97 ialah Perdana Menteri Malaysia ketika itu dan juga sekarang iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad. Slogan Malaysia Boleh yang di perkenalkan beliau juga menjadi pemangkin kepada rakyat Malaysia untuk menempa nama dipersada dunia ketika itu. Kejayaan ini juga membanggakan negara.

#8- LABAH_LABAH HIMALAYA YANG MENAKUTKAN

Labah-labah Himalaya yang berbisa mudah dijumpai di Gunung Everest

Labah-labah Himalaya merupakan kategori binatang berbisa dan boleh dijumpai di sekitar Gunung Everest. Ia gemar melompat dan bersembunyi di celah lereng gunung.

Pasti para pendaki kalau boleh tidak mahu langsung berjumpa dengan penghuni kecil di Everest ni, namun dikatakan sukar untuk pendaki bersembunyi dari serangan “makhluk halus” ni. Labah-labah ini banyak ditemui di Nepal dan gemar memakan serangga. Ada para pendaki mengakui pernah terjumpa labah-labah ini di atas ketinggian 6700 meter atau sekitar 22 ribu kaki. Tinggi habitatnya.

#9- ORANG PERTAMA TAWAN EVEREST

menarik tentang Everest-09

Pendaki pertama tawan puncak Everest, Tenzing Norgay dan Edmund Hillary pada tahun 1953

Orang pertama yang menawan puncak Everest ialah Tenzing Norgay dan Edmund Hillary iaitu pada tahun 1953. Mereka berdua dicatatkan dalam sejarah sebagai pendaki pertama yang berjaya menawan puncak gunung tertinggi di dunia berkenaan. Hasil daripada pencapaian berkenaan, Majalah TIME mengiktiraf mereka sebagai antara 100 individu yang paling berpengaruh pada abad ke 20. Sudah tentu pencapaian yang mengagumkan pada sekitar tahun berkenaan.

Baca lagi : Kenali Tempat Paling Sejuk di Dunia, Oymyakon.

Ternyata Gunung Everest merupakan antara gunung yang menyimpan pelbagai perkara misteri dan sejarah di dalamnya. Namun, di sebalik keindahannya, Gunung Everest juga menjadi saksi banyak pendaki yang menenmui ajal di sini. Realiti yang sangat menyedihkan.

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE Sekarang. Ingin dapatkan lebih banyak info menarik dan pakej-pakej percutian murah dalam dan luar negara? Daftar secara percuma dibawah. Hanya masukan NAMA & EMEL anda.

 

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!