Kenali Grand Canyon, Antara Tempat Tertua Di Muka Bumi

grand canyon-01

Credit Image : pixabay

Apakah itu Grand Canyon? Grand Canyon merupakan satu lembah atau gaung yang curam yang terletak di Arizona, Amerika Syarikat dan merupakan salah satu keajaiban alam yang menakjubkan. Sebahagian besarnya berada dalam Taman Negara Grand Canyon, iaitu satu Taman Negara yang paling awal wujud di Amerika Syarikat dan dilindungi oleh kerajaan di sana.

Panjang Grand Canyon ini menjangkau 446 kilometer, lebarnya 29 kilometer dan kedalamannya pula mencecah sehingga 1600 meter. Lembah ini merupakan satu proses alam luar biasa yang terjadi sejak jutaan tahun lalu dan proses semulajadi alam ini telah membentuk Grand Canyon sebagai sebuah panorama yang menakjubkan di Arizona ini.

Baca lagi : 10 Tempat Menarik di Uzbekistan

grand canyon-03

Ada teori yang mengatakan Grand Canyon terjadi akibat daripada Sungai Colorado yang memotong sebatang saluran kira-kira enam juta tahun lampau. Disebalik hujah tersebut mungkin sebenarnya ada faktor lain yang menyumbang kepada pembentukan misteri alam ini.

Namun ada juga yang mengatakan Grand Canyon ini sebenarnya dah wujud sejak 2 billion tahun yang lampau. Wow, 2 billion yang lampau, lama tu. Walaupun ada percanggahan, namun yang pasti Grand Canyon ini telah begitu lama wujud dan merupakan antara tempat tertua di muka bumi ini.

Grand Canyon dijumpai oleh seorang yang berbangsa Eropah iaitu Garcia Lopez de Cardenas dari Sepanyol pada tahun 1540. Yang menariknya, Grand Canyon bukanlah semata-mata lembah berbatuan yang kosong tetapi banyak hidupan yang wujud di sekitarnya, seperti rusa dan burung hantu. Terdapat juga sekitar 650 jenis spesies bunga liar yang memberikan pemandangan berwarna warni yang sangat indah pada musim panas. Ada juga sungai disitu. Pemandangan matahari terbenam juga dapat dilihat jelas disini. Sangat cantik sekali.

grand canyon-02

Credit Image : pixabay

Grand Canyon dibuka untuk pelancong, dan tempat ini merupakan antara kawasan yang sering menjadi tumpuan ramai pengunjung. Ada skywalk atau jambatan disini, bentuknya melengkung seperti ladam kuda (horseshoe), kalau nak naik kena beli tiket dulu. Yang bestnya naik skywalk ni, pengunjung boleh lihat sekitar pemandangan Grand Canyon disini pada ketinggian 4000 kaki.

Baca lagi : 5 Pulau Misteri dan Menyeramkan

Sesungguhnya keindahan alam yang sungguh menakjubkan ini merupakan bukti kekuasaan dan kebesaran ALLAH dalam menjadikan sesuatu perkara.

Jom kita saksikan video tentang Grand Canyon di bawah ;

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE Sekarang. Ingin dapatkan lebih banyak info menarik dan pakej-pakej percutian murah dalam dan luar negara? Daftar secara percuma dibawah. Hanya masukan NAMA & EMEL anda.

 

 

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!