Golden Bridge, Tarikan Baru Di Vietnam

golden bridge-01

Sumber Gambar : Global Construction Review

Sekali pandang, seperti seolah-olah sepasang tangan gergasi sedang memegang jambatan berwarna keemasan ini. Tangan batu gergasi yang seolah-olah kelihatan memegang jambatan ini terletak di Ba Na Hills, Da Nang, Vietnam. Diberi nama Golden Bridge atau Cau Vang, jambatan ini merupakansatu tarikan pelancongan terbaru di Da Nang. Panjang jambatan ini ialah 150 meter dan terletak pada ketinggian 1400 meter dari aras laut.

Baca lagi : Tips Berbaloi, Lipat Baju Cara Jimat Ruang Beg

Golden Bridge ini dibina oleh kerajaan di sana sebagai salah satu tarikan pelancong dan juga sebagai mempromosikan kawasan pergunungan Annamese. Baru dibuka pada Jun lepas dan pastinya ini akan memberi nilai tambah terhadap pelancongan Vietnam yang selama ini terkenal dengan kisah sejarah peperangannya, tempat mencari kain oleh pengusaha pakaian dan juga kopinya yang terkenal.

Di panggil sebagai jambatan emas kerana jambatan tersebut berwarna keemasan. Jambatan ini dihiasi dengan bunga Lobelia Chrysanthemum di atasnya. Cantik. Bunganya berwarna ungu. Sekali pandang macam lavender pulak.

golden bridge 02

Sumber gambar : twistedsifter / bunga Lobelia Chrysanthemum di atas jambatan. Macam lavender kan sekali imbas.

Reka bentuk jambatan ini adalah ilham daripada sebuah syarikat iaiatu TA Landscape Architecture. Tempoh pembinaannya hanyalah satu tahun dan apa yang menariknya tangan batu gergasi tu bukanlah batu sebenarnya. Menurut wakil syarikat pembinaan berkenaan, mereka menggunakan jerat besi (steel mesh) sebagai rangka tangan berkenaan kemudian menutupnya dengan kemasan gentian kaca (fiberglass). So, nampak je macam batu, tapi bukan batu sebenarnya.

golden bridge 03

Credit Image : Xinhua/VNA/ Cuba tengok. Macam ala-ala cerita fairy tale kan.

Sekali pandang jambatan ni macam ala-ala cerita fairy tale pulak kan. Macam jambatan yang putera raja perlu harungi untuk ke istana untuk menyelamatkan seorang puteri yang ada naga di dalamnya. Amboi jauh pulak imaginasi penulis…hehe.

Baca lagi : 11 Lokasi Mudah Pergi Menarik di Shah Alam

Apa-apa pun, kalau korang nak pergi Vietnam, jangan lepaskan peluang untuk datang ke sini ok. Jom tengok video dulu.

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE Sekarang. Ingin dapatkan lebih banyak info menarik dan pakej-pakej percutian murah dalam dan luar negara? Daftar secara percuma dibawah. Hanya masukan NAMA & EMEL anda.

 

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!