Ini 5 Fakta Menarik Tentang Terumbu Karang dan Etika Terhadap Terumbu Karang.

terumbu karang-01

Terumbu karang memang cantik. Sumber gambar : Thinstock/VitalyEdush

Terumbu karang memang cantik. Seperti batu berbentuk unik dan berwarna warni. Namun tahukah anda bahawa terumbu karang merupakan sejenis binatang dan mereka sebenarnya adalah hidup? Ya betul, ia merupakan benda hidup. Bukan semata-mata batu atau tumbuhan yang statik di lautan.

Ini adalah fakta menarik tentang terumbu karang dan etika terhadap terumbu karang. Jom kita baca.

Baca lagi : Keindahan Dasar Laut Pulau Sipadan

#1- TERUMBU KARANG SEJENIS BENDA HIDUP

Rupanya kelihatan seperti batu dan tumbuhan tapi terumbu karang sebenarnya merupakan satu benda hidup. Mereka membentuk membran hidup yang unik yang menutup batuan.

#2- TERUMBU KARANG PEKA TERHADAP PERSEKITARAN

Terumbu karang juga sangat peka dan sensitif terhadap persekitaran di sekelilingnya. Ia boleh mati akibat pertukaran suhu, kemasinan air dan juga bahan pencemar.

#3- MEMBEKALKAN LEBIH 50% MAKANAN LAUT

Terumbu karang dan sekitarnya membekalkan lebih 50% makanan laut kita. Hal ini demikian kerana lebih 3000 spesies hidupan marin yang tinggal dalam terumbu karang dan separuh daripadanya merupakan bekalan makanan laut untuk manusia.

#4- BANYAK PENEMUAN RAWATAN DAN UBAT DARI TERUMBU KARANG

Ubat untuk rawatan kanser dan juga penyakit jantung telah ditemui dalam sebatian bioaktif yang dikeluarkan dalam terumbu karang. Selain itu, terumbu karang juga digunakan sebagai ganti untuk tulang manusia dalam pembedahan ortopedik. Menarik kan.

#5- BANYAK TERUMBU YANG MUSNAH

Sesuatu yang menyedihkan apabila terumbu karang di seluruh dunia ada yang menderita akibat kerosakan. Namun di Malaysia, kita masih bernasib baik kerana terumbu kita masih kekal dan tidak rosak secara keseluruhannya. Penting untuk kita memelihara terumbu karang ini daripada musnah. Jom kita lihat pula etika terhadap terumbu karang yang perlu kita ambil tahu.

ETIKA TERHADAP TERUMBU KARANG

terumbu karang-02

Sumber gambar: Vietnam-Travel

Terumbu karang merupakan koloni haiwan kecil yang mengambil masa beratus-ratus tahun untuk membentuk struktur seperti yang kita dapat lihat seperti hari ini.

Jadi sekiranya kita melakukan selam skuba, snorkeling, berenang tolong jangan menyentuh terumbu karang. Terumbu karang sangat sensitif.

Dalam kulit kita terdapat minyak yang boleh menganggu membran halus yang berlendir yang bertanggungjawab melindung binatang ini daripada penyakit. Menyentuhnya boleh menyebabkan kematian koloni terumbu karang secara menyeluruh. Jadi jangan sentuh terumbu tu ye.

terumbu karang-03

Sumber gambar/kredit : Jeff Chanin

Kedua, Jangan sesekali berdiri atau berjalan atas terumbu karang. Berdiri atau berjalan atasnya boleh membunuh polip karang yang hidup. Polip merupakan pembina struktur terumbu karang. Oleh itu, berenang dengan berhati-hati , jangan sampai terpijak terumbu karang yang ada di sekitar anda.

Ketiga, melabuhkan sauh di tempat yang ada terumbu karang adalah dilarang. Sekiranya tidak terdapat boya penambat, gunakan sauh pasir untuk berlabuh dan diletakkan jauh daripada kawasan terumbu karang dan dari tempat anda mahu menyelam.

Keempat, jangan menyentuh hidupan karang. Menyentuh terumbu karang merupakan satu kecuaian yang boleh memusnahkan keseluruhan komuniti terumbu karang.

terumbu karang-04

Sumber gambar/kredit : Wolfgang Poelzer/WaterFrame/Getty Image

Kelima, elakkan dari menganggu terumbu karang. Haiwan karang ni merupakan hidupan yang mudah tertekan. Menganggu mereka boleh menyebabkan proses pemakanan dan proses pengawanan mereka jadi terganggu.

Yang keenam, jangan membuang sampah di laut. Membuang sampah sangat membahayakan hidupan marin termasuklah terumbu karang. Jadi tolong buang sampah di tempat yang sepatutnya.

Baca lagi : Kenali Pulau Mataking

Sebagai rakyat yang prihatin, diharapkan kita peka terhadap etika terhadap terumbu karang ini. Menjaga keindahan terumbu karang adalah tanggungjawab kita bersama.

Olahan daripada sumber rujukan : Jabatan Taman Laut Malaysia

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE Sekarang. Ingin dapatkan lebih banyak info menarik dan pakej-pakej percutian murah dalam dan luar negara? Daftar secara percuma dibawah. Hanya masukan NAMA & EMEL anda.

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!