KTMB Tawar Diskaun Tambang ETS Sehingga 50 Peratus Sehingga Disember Ini

ets

Mengikut laporan dari BERNAMA, Keretapi Tanah Melayu menawarkan diskaun tambang murah sebanyak 50 peratus dan 25 peratus untuk Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) bermula 1 Nov sehingga 31 Disember ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Rani Hisham Samsudin berkata bagi promosi diskaun tambang murah, 50 peratus diberikan kepada laluan KL Sentral-Gemas- KL Sentral dan juga Sungai Petani-Padang Besar-Sungai Petani untuk perjalanan pada hari Isnin sehingga Khamis.

Baca lagi : 19 Tempat Menarik Di Kuala Lumpur

Menurut beliau lagi pembelian tiket hanya boleh dibeli di kaunter KTMB sahaja dan tertakluk pada terma dan syarat. Untuk promosi sebanyak 25 peratus pula, promosi ini tertakluk untuk ke mana -mana saja laluan atau destinasi yang sedia ada. Untuk perjalanan hari Selasa dan Rabu sahaja.

Promosi ini diadakan sebagai penghargaan kepada penumpang setia ETS disamping memberi peluang kepada lebih ramai lagi kepada bakal penumpang baru untuk merasai pengalaman menaiki ETS. Sekiranya promosi ini mendapat sambutan yang begitu menggalakkan pihak KTMB akan melanjutkan lagi tarikh promosi sehingga pada tarikh tertentu.

Baca lagi : 9 Lokasi Menarik Di Hatyai dan Songkhla

Sumber dari BERNAMA. Untuk laporan penuh boleh klik di sini KTMB Tawar Diskaun 50 Peratus.

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE Sekarang. Ingin dapatkan lebih banyak info menarik dan pakej-pakej percutian murah dalam dan luar negara? Daftar secara percuma dibawah. Hanya masukan NAMA & EMEL anda.

 

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!