Ketahui Tentang Devil’s Pool di Zambia. Antara Kolam Renang Semulajadi Paling Berbahaya Di Dunia

Devil's Pool-01

Credit Image : Colin Michaelis, Photography Life. Air Terjun Victoria. Di atasnya ialah Devil’s Pool.

Pernah dengar tentang Devil’s Pool? Devil’s Pool merupakan kolam renang semula jadi yang berada di atas Air Terjun Victoria yang merupakan salah satu air terjun yang mengagumkan dan antara yang terlebar di dunia. Air Terjun Victoria ini terletak di Sungai Zambezi iaitu antara sempadan Zambia dan Zimbabwe. Namun difahamkan, kawasan di sebelah Devil’s Pool adalah termasuk dalam wilayah Zambia.

Baca lagi ; Tempat Paling Sejuk di Dunia, Oymyakon.

Devil's Pool-02

Sumber gambar : TripAdvisor. Ini ialah Devil’s Pool iaitu antara kawasan sebelum air ‘turun’ menjadi air terjun.

 

Jangan keliru, kerana apabila menyebut Devil’s Pool, ia merujuk pada kawasan di atas Air Terjun Victoria berkenaan. Ibarat kolam semulajadi yang terletak betul-betul di kaki air terjun berkenaan sebelum air itu jatuh ke bawah yang seterusnya membentuk Air Terjun Victoria.

Devil's Pool-03

Ada yang berani nak mandi kat sini macam mereka ni? Credit image : Meraj Chhaya/Flickr.

Ia kelihatan agak menakutkan, lebih-lebih lagi sekiranya anda berenang hampir dengan hujung batuan di mana airnya “terjatuh” ke bawah. Agak mencabar lebih-lebih lagi bagi mereka yang mudah gayat. Disebabkan keadaannya yang berbahaya, Devil’s Pool hanya dibuka untuk orang ramai mandi di situ pada bulan tertentu, atas sebab faktor keselamatan.

Jom kita lihat video ringkas tapi padat daripada National Geographic ini untuk lebih jelas. Video ini adalah jenis video 360 darjah, jadi anda perlu scroll secara memusing untuk melihat dengan lebih jelas keadaan Devil’s Pool diatasnya dan air terjun Victoria yang mengalir di bawah. Pusingkan/scroll ye, kalau tidak video ni akan nampak statik je. Bila scroll secara pusingan baru nampak jelas. Selamat menonton.

Sangat mengagumkan pemandangan sekitarnya. Subhanallah. Tempat ini dibuka untuk orang awam sekitar bulan tertentu. Tak buka selalu atas faktor keselamatan pengunjung seperti  yang telah disebutkan sebelum ini. Ok sekarang penulis nak tanya, lepas tengok video ni ada yang bercadang nak datang mandi-manda di sini tak?

Baca lagi ; Menyelusuri Sejarah Kegemilangan Islam di Kota Samarkand, Uzbekistan.

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE Sekarang. Ingin dapatkan lebih banyak info menarik dan pakej-pakej percutian murah dalam dan luar negara? Daftar secara percuma dibawah. Hanya masukan NAMA & EMEL anda.

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!