Zoo Sriracha Yang Sentiasa Menghiburkan Setiap Pengunjung Yang Hadir

Jomlah Follow Kami Di Instagram

Bagi siapa yang pernah berkunjung ke Sriracha Tiger Zoo yang terletak di pinggir kota Pattaya, Thailand pasti tahu akan tarikan dan persembahan pelik yang terdapat di Zoo ini.

Melihat Pak Belang di dalam kandang secara dekat itu sudah semestinya peluang yang dinanti-nanti. Selain anda juga disajikan persembahan berjadual gelagat Pak Belang bermain, melompat, menari di dalam gelung api. Kami yakin penonton pasti berdebar, kelakar dan mungkin juga simpati melihat Pak Belang beraksi.

Zoo Sriracha, Bangkok-5

Selepas persembahan ini habis anda juga boleh menukar mood kepada melihat gelagat anak-anak lembu kaki pendek berlumba lari. Untuk memeriahkan lagi perlumbaan mereka menawarkan game tikam untuk anda meneka anak lembu pendek yang manakah akan menang. Dalam perlumbaan tersebut.

Selain persembahan lumba lari anak-anak lembu pendek ini, mereka juga ada melakukan persembahan lain seperti permainan tekaan nombor dan bola yang mana persembahan ini semuanya menggunakan  lembu-lembu pendek ini tadi sebagai performer utama.

Zoo Sriracha, Bangkok-4

Disini anda juga berpeluang melihat anak-anak lembu pendek disusukan Harimau dan anak-anak Harimau pula disusukan oleh ibu Lembu pendek. Anda juga berpeluang untuk mengambil gambar sama ada mahu memeluk atau sandar di tepi Pak Belang secara terus dengan pengawasan pekerja zoo yang terlatih.

Zoo Sriracha, Bangkok-3

Sudah puas melihat aksi kedua-dua jenis haiwan ini maka anda boleh pergi bahagian belakang yang mana untuk melihat persembahan tok gajah Pula. Aksi-aksi tok Gajah ini mungkin tidak dapat anda tonton di Malaysia kerana mereka aksi mereka amat menggelikan hati dan mendebarkan. Antara aksi mereka adalah mengayuh basikal, melukis, bermain bola sepak, bermain bola jarring, menarik serta aksi stunt yang mendebarkan.

Zoo Sriracha, Bangkok-2

Pertunjukan lain yang terdapat di zoo ini adalah persembahan Kala Jengking & Buaya.

 

Jomlah Follow Kami Di Instagram

Baca Lagi : Misteri Danau Kaco “Blue Pool” Yang Mempersonakan

Add Comment