6 Tips Asas Untuk Mereka Yang Ingin Memulakan Aktiviti Pancing

Jomlah Follow Kami Di Instagram

Memancing boleh dikategorikan sebagai hobi yang berkaitan dengan aktiviti menangkap  ikan di sungai, tasik, parit, lubuk,  parit, paya atau laut menggunakan batang pancing atau joran. Memancing pada dasarnya adalah satu cara atau teknik menangkap ikan samada ikan air masin atau ikan tawar. Aktiviti ini boleh dilakukan secara bersendirian mahupun secara berkumpulan. Crew Jomlahcuti akan berkongsikan bersama anda beberapa tips memancing yang boleh dijadikan rujukan buat kaki-kaki pancing yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti ini.

#1-Kaji Pasang Surut Air

Sebelum anda membuat perancangan untuk keluar memancing dan bercadang untuk membawa pulang hasil pancingan, pastikan anda tahu bulan-bulan tertentu pasang surut air sekiranya anda bercadang untuk memancing di laut. Antara bulan yang dielakan untuk memancing di laut adalah pada bulan Jun, Julai dan Ogos bergantung kepada cuaca sesebuah negara atau tempat.

#2-Bawa Joran Yang Sesuai

Terdapat beratus jenis joran di pasaran, ada pendek,panjang, keras dan mudah lentur mengikut pelbagai kesesuaian tempat memancing. Supaya lebih mudah, pilih joran yang boleh digunakan untuk pelbagai jenis pancingan. Setiap joran mempunyai lenturnya yang tersendiri, pilih yang paling flesibel supaya boleh digunakan di lokasi air tawar dan juga air laut selain lebih menjimatkan.

#3- Pilih Lokasi Terbaik

Untuk membawa pulang hasil pancingan, pastikan lokasi yang dijadikan pilihan memancing adalah lokasi yang berpotensi untuk anda mendapat hasil ikan. Elakan memilih lokasi yang terlalu dalam di pedalaman atau yang terlalu mahal bayaran masuk untuk memancingseperti kolam berbayar. Bagi anda yang baru mencuba dengan aktiviti ini, cukuplah sekadar meimilih lokasi terbuka seperti sungai, tasik atau lombong tinggal.

#4-Bawa Bekas Ikan Yang Sesuai

Sekiranya anda keluar jauh untuk pergi memancing, pastikan anda membawa bekas simpanan hasil pancingan yang boleh disimpan lama dan tidak berbau. Lebih mudah jika anda membawa bekas yang kedap udara dan tidak mencairkan air batu, supaya ikan yang diperolehi kekal segar sehingga anda pulang ke rumah.

#5- Gunakan Umpan Yang Sesuai

Bagi anda yang baru memasuki dunia memancing ini, pastikan anda kaji terlebih dahulu jenis umpan yang sesuai untuk digunakan di lokasi memancing yang akan anda pergi kelak. Ini kerana jenis umpan adalah berbeza-beza bagi sesuatu tempat dan juga jenis air.

#6- Pastikan Ahli Keluarga Tahu

Apabila anda bertujuan untuk keluar memancing, pastikan isteri atau ahli keluarga tentang lokasi dan kumpulan yang akan menyertai aktiviti ini bersama anda. Ini dikhuatiri sekiranya perkara yang tidak baik berlaku, mudah untuk ahli keluarga mengetahui lokasi terakhir anda selain dapat menyiapkan perkara-perkara lain yang lebih mustahak terlebih dahulu.

Memancing sering dikaitkan dengan aktiviti yang membuang masa kerana tempoh untuk mendapatkan seekor ikan kadang kala memakan masa yang terlalu lama. Malahan ada juga pemancing yang langsung tidak membawa pulang hasil pancingan. Namun begitu aktiviti ini boleh menjadi lebih menyeronokan jika disertai oleh ahli keluarga dan secara santai-santai. Lokasi memancing yang menenangkan juga dapat anda jadikan tempat untuk bertenang dan membaca buku-buku terbaik sebagai menaikan kembali motivasi diri anda yang semakin menurun.

 

Masih Stress? Jom Sertai Trip Adventure Kami Water Rafting & Caving Di Perak

Jomlah Follow Kami Di Instagram

Jom Baca Lagi : 6 Tasik Ini Menjanjikan Panorama Alam Yang Terbaik Di Malaysia

Sumber Foto :Paul Aningat

Add Comment