10 Gua Popular Di Malaysia Yang Boleh Anda Terokai-Bahagian I

Jomlah Follow Kami Di Instagram

Penerokaan gua batu kapur jarang diminati oleh penduduk tempatan di negara ini berbanding percutian di tepi pantai dan hutan lipur. Namun masih ada segelintir golongan yang sangat meminati penerokaan rahsia alam semulajadi gunung batu kapur ini. Mungkin ada di antara anda yang masih lagi belum meneroka beberapa gua menarik yang terdapat di Malaysia dan diharapkan dengan maklumat yang diberikan ini akan memenuhkan senarai peneroka anda nanti. Di sini dinyatakan beberapa gua yang wajib anda lawati untuk mencabar diri anda. 

Sertai White Water Rafting Challenge Sungai Kampar Sekarang

#1- Gua Gomantong, Sabah

Gua ini terletak di Sandakan, Sabah. Dianugerahkan oleh Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) sebagai “Pengurusan Gua Sarang Burung Terbaik Dunia”. Rekod sejarah merakamkan gua ini telah menjadi sumber makanan beharga bagi maharaja Cina berabad dulu. Gua ini juga merupakan pengeluar utama bahan sup layang-layang terbesar di Asia. Gua Gamantong adalah simpanan pelbagai specis burung seperti Helang Crested Serpent, Raja Udang, Burung Pari-Pari Biru Asia dan Leafbird. Kawasan hijau flora dan fauna yang terdapat di sini memang sesuai bagi pengunjung yang ingin meneroka dan bersantai.

senarai gua dalam malaysia- gua gomantong sabah

#2-Gua Perak Tong, Perak

Perak Tong adalah gua budha yang terletak di Kuala Kangsar Perak dan berhampiran dengan Bandar Ipoh. Sekiranya pengunjung ingin melihat keindahan Bandar Ipoh, pengunjung perlu memanjat lebih 385 atau kurang 450 anak tangga gua. Menarik tentang gua ini adalah binaan patung-patung buddha yang dibangunkan oleh sami buddha terletak berhampiran dengan gua ini dan dikenali sebagai Perak Tong. Malahan patung-patung buddha juga turut dibina di celah-celah stalagmite dan stalagtit gua yang telah berusia ribuan tahun.

senarai gua dalam malaysia- gua tong perak

#3- Gua Batu Caves, Selangor

Gua ini terletak di Selangor dan terkenal dengan aktiviti penganut agama Hindu yang turut menjadi salah satu tampat pelancongan terkenal di Malaysia. Di samping meneroka keindahan dan keunikan gua yang terletak disini, pengunjung juga dapat melihat tinggalan-tinggalan amalan penganut hindu yang terdapat di dalam gua.

senarai gua dalam malaysia- gua batu caves

#4- Gua Rusa, Sarawak

Gua Rusa merupakan antara gua yang terbesar di dunia. Gua ini dikatakan mendapat namanya  apanila terdapat peneroka/pemburu yang ternampak seekor rusa sedang menjilat garam galian yang terdapat di dalam gua ini. Gua ini menawarkan pemandangan gua yang luas eksotik. terdapat puluhan ribu kelawar yang menghuni gua ini yang termampu mengelapkan kawasan yang di duduki oleh pengunjung.

senarai gua dalam malaysia- gua rusa-1

#5-Gua Nasib Bagus, Sarawak

Gua ini jga dikenali sebagai Gua Lubang Nasib Bagus. Gua ini terletak di Taman Negara Gunung Mulu Sarawak dan juga merupakan gua yang terbesar yang diketahui dunia. Keluasannya dikatakan mampu meletakan 10 jumbo jet ke dalam gua ini. Di dalamnya terdapat pelbagai arca semulajadi yang berbentuk jutaan tahun dahulu. Gua ini juga merupakan tapak warisan UNESCO.

senarai gua dalam malaysia- gua lubang nasib bagus

Baca Lagi 5 Gua Popular Di Malaysia Yang Boleh Anda Terokai

Jomlah Follow Kami Di Instagram

Anda Meminati Aktiviti Outdoor? Apa kata Sertai White Water Rafting Challenge Sungai Kampar Sekarang! <–Klik Disebelah

Sumber Foto : James Chiah (abi)Carmen E. TanDavid FSLoh, robdu91,

Add Comment