Panorama Indah Pulau Rawa Menambat Hati Setiap Pengunjung

Jomlah Follow Kami Di Instagram

Pulau Rawa merupakan sebuah pulau persendirian yang telah dibuka untuk pengunjung yang ingin datang bercuti. Bagi mereka yang mahu mencari ketenangan dari kesibukan kerja rutin harian ia memang sebuah destinasi yang paling tepat untuk anda kunjungi.Penorama indah yang masih terjaga, air laut yang menghijau serta jernih hingga jelas untuk lihat ke dasar, pasir pantai yang halus dan putih sememangnya ia sebuah percutian yang berbaloi.

Pulau Malaysia- Pulau Rawa-6

Pengunjung di Pulau Rawa tidak seramai di Pulau Tioman, Pulau Redang mahupun pulau-pulau malaysia popular yang lain. Ini kerana di Pulau Rawa untuk ketika ini hanya terdapat dua sahaja resort yang ada iaitu

1- Rawa Island Resort (www.rawaislandresort.com)
2- Alang’s Rawa (www.alangrawa.com)

Untuk sampai ke Pulau Rawa ia mengambil masa setengah jam dengan menggunakan speedboat melalui Jeti Mersing. Bagi perkhidmatan boat pula hanya terdapat dua waktu saja yang akan membawa penumpang ke Pulau Rawa. Jadual perlepasan boat ke Pulau Rawa adalah seperti dibawah :

9.00 pagi dan 12.00 tengah hari (Dari Jeti Mersing Ke Pulau Rawa) – Waktu Pergi
10.00 pagi dan 2.00 petang ( Dari Pulau Rawa Ke Jeti Mersing) – Waktu Pulang

Pelbagai pakej percutian menarik yang ditawarkan oleh kedua-dua resort ini mengikut kemampuan seadanya.Pakej yang akan anda tempah selalunya telah termasuk boat pergi balik, penginapan (jenis bilik adalah mengikut pakej yang anda ambil), Makanan seperti sarapan pagi, tengah hari & makan malam.

Selain berehat santai anda juga boleh melakukan pelbagai aktviti disini seperti berkayak, sailing, snorkeling yang mana semua peralatan ini anda boleh sewa pada pihak pengurusan resort. Selain terdapat juga aktiviti Island Walk yang mengambil masa kurang lebih 30 minit untuk anda menggelilingi Pulau dan Junggle Trekking untuk sampai ke Hilltop . Bagi mereka yang telah sampai ke Hilltop pasti ia bukan aktiviti yang sia-sia kerana anda akan di hidangkan sebuah panorama indah Pulau Rawa dari puncak paling strategik disini.

Apa pun pesanan kami untuk penjimatan yang lebih lagi. Bagi mereka yang bawa anak atau anda yang jenis suka mengunyil. Kami sarankan anda untuk beli dulu siap-siap di Jeti atau anda siap-siap beli dari pasaraya kawasan kediaman anda. Kerana dikuatiri anda terkejut harimau bila mendengar harga jajan atau kudap-kudap yang terdapat disini.

Kalau dah sampai Pulau Rawa itu jangan lupa share gambar dengan kami di instagram dengan #jomlahcuti. heheh

Ok Jom layan gambar-gambar menarik di Pulau Rawa..

Pulau Malaysia- Pulau Rawa-3

Pemandangan Resort Yang Terdapat Di Pulau Rawa

Pulau Malaysia- Pulau Rawa-8

Pemandangan Tepi Pantai

Pulau Malaysia- Pulau Rawa-5

Pemandangan Dari Atas Pulau Rawa

Pulau Malaysia- Pulau Rawa-1

Aktiviti Persisiran Pantai Pulau Rawa

Pulau Malaysia- Pulau Rawa-11

Unik Gelongsor Air Yang Terus Menggelongsorkan Anda Ke Laut

Pulau Malaysia- Pulau Rawa-2

Lagi Pemandangan Dari Sudut Berlainan Pulau Rawa

Selamat Sampai Ke Pulau Rawa..

Jomlah Follow Kami Di Instagram

Jomlah baca lagi : Panorama Indah Pulau Sipadan Yang Menerujakan

Jom follow kami Pusing-pusing island mersing.. Klik sini utk maklumat penuh. 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber Foto : guimaoyingMark Stennett

Add Comment