Pasport Malaysia Naik Kedudukan Tangga Ke-5 Dunia & Ke-3 Di Asia Sebagai Pasport Yang Berpengaruh

Pasport Malaysia Naik Kedudukan Tangga Ke-5 Dunia & Ke-3 Di Asia Sebagai Pasport yang berpengaruh-1

Kisahnya beberapa tahun lepas ketika saya menginap di sebuah hostel di Cappadocia Turki. Ketika itu seorang pelancong dari eropah secara berseloroh menawarkan pasport miliknya kepada saya. Katanya dengan pasoport ini saya boleh pergi ke searata dunia tanpa perlu permohonan visa yang menyusahkan.

Ketika itu juga dengan lagak sendiri saya menolak tawaran tersebut.. Saya beritahu yang pasport Malaysia juga boleh pergi ke serata dunia tanpa perlu permohonan visa. (Pada ketika itu passport Malaysia beada pada kedudukan ke-7 dunia).

Pelancong Eropah tadi terkejut dan menyoal saya “Are You Serious? Slumber saya menjawab Yes, My pasoport can travel to more than 150 countries without a visa.

Terkejut Mamat eropah tadi, Baru dia tahu pasport Malaysia ini power. Barangkali dia fikir negara Malaysia ini terlalu mundur di mata beliau.

Untuk pengetahuan anda. Tiga Kedudukaan Tertinggi di Asia :

1. Singapore (157)
2. Jepun (155)
3. Malaysia (154)

Jadi sebagai peringatan setiap kali anda ke luar negara, jagalah pasoprt anda sebaiknya. Jangan sampai terlepas ke tangan orang luar, Kerana nilainya sangat tinggi.

*No. Dalam kurungan adalah jumlah negara yang boleh dimasuki tanpa visa atau istilah lainnya Visa Ketika Ketibaan (VOA)
**Sumber dari passport index boleh semak disini –> KLIK SINI
*** Boleh semak senarai negara yang perlu visa untuk pasport Malaysia di pautan ini –> KLIK SINI

 

 

 

Sumber Artikel : Zaid Traveler

Add Comment