Lelaki Ini Travel Dan Menari Di Seluruh Dunia

Jomlah Follow Kami Di Instagram

:

Lelaki yang menari di seluruh dunia. Mengambil gambar dan video sewaktu mengembara menjadi kemestian kepada semua. Anda akan melakukan pelbagai aksi menarik, manipulasi gambar dan pelbagai kenangan untuk diabadikan. Bagi Matt Harding yang berasal dari Connecticut, USA ini, menari menjadi perkara wajib untuk dilakukan.

Idea ini bermula apabila Matt mengembara bersama rakannya Brad Welch di Hanoi. Brad yang ingin merakam video Matt meminta Matt menari tarian peliknya itu. Matt tanpa berfikir terus menari. Matt merasakan ia sangat menarik dan terus menerus melakukan rakaman tarian peliknya itu di semua negara yang dikunjunginya.

Sertai White Water Rafting Challenge Sungai Kampar!

Berpuluh-puluh negara telah dijejaki Matt. Matt mengumpulkan semua video tariannya itu dalam satu video dan diupload ke blognya. Video Matt menjadi viral di youtube. Sehingga kini, ratusan juta views dari serata dunia melihat tarian peliknya itu. Apa yang dapat dikongsi dari video tersebut ialah perasaan kebersamaan, kemanusiaan dan keseronokan yang tidak mengira status, warna kulit dan bangsa.

Keseronokan menari dapat dikongsi bersama menjadi satu bahasa walaupun berlainan tutur kata. Melalui video Matt ini, kita dapat melihat ribuan manusia senyum, ketawa dan berseronok bersama-sama. Keseronokan menari di sekeliling dunia ini membuatkan Matt tidak ingin berhenti mengembara walaupun dia sudah menjejakkan kaki ke berpuluh-puluh mungkin beratus buah negara di setiap benua di muka bumi ini. Jadi, apa yang perlu kita tunggu lagi? Ayuh mengembara mencari keseronokan dan kepuasan seperti Matt Harding.

Jomlah Follow Kami Di Instagram

Jom Baca Lagi : Perkhemahan Paling Pelik & Menakutkan Di Dunia

Add Comment