Ini 3 Lokasi Di Putrajaya Yang Akan Menggamitkan Gambar Pre Wedding Anda

Wilayah Persekutuan Putrajaya sangat terkenal dengan keindahan Alam.  Mana tidaknya perancangan bandar yang tersusun rapi membuatkan  landskap  yang ada bertambah menarik. Ditambah pula dengan keunikan struktur binaan bangunan, jambatan dan sebagainya menjadi penyeri di Putrajaya. Apa yang saya ingin kongsikan ialah lokasi yang berada di putrajaya yang mungkin boleh anda lawati untuk jadikan sebagai “background pre-wedding”.

  1. Taman Saujana Putrajaya

Ini 3 Lokasi Di Putrajaya Yang Akan Menggamitkan Gambar Pre Wedding Anda-2

Sumber gambar Dari Nurie Nadia

Taman seluas 41 hektar ini pastinya membuatkan anda tetarik denagn keunikannya. Taman ini merangkumi 3 buah bukit di Presint 11, Putrajaya. Penanaman pokok pain dan pokok conifer yang di tanam mengikut sususan yang teratur pastinya membuatkan kita seperti berada di luar negara.  Taman ini dibahagikan kepada 3 zon iaitu Taman Eropah, Garden Oriental dan Taman Inggeris (Bustan Eropah, Bustan Oriental dan Bustan Inggeris). Keindahan taman yang terancang landskapnya dan kemudahan awam yang ada pastinya membantu dalam kreativi seseorang juru gambar. Bukan itu saja, bunga-bunga mekar yang ditanam juga menghiasi taman tersebut

  1. Taman Botani

Sumber gambar

Ini 3 Lokasi Di Putrajaya Yang Akan Menggamitkan Gambar Pre Wedding Anda-4

Sumber Gambar

Taman Botani di Putrajaya pastinya tidak asing lagi oleh masyarakat setempat. Tetapi bagi mereka yang jarang atau pun yang belum pernah menjejakkan kaki di wilayah ini haruslah datang untuk merasai sendiri keunikan flora dan fauna yang berada disini. Tiada bayaran dikenakan untuk memasuki taman ini.

Untuk pengetahuan umum Taman Botani terletak di bahagian Utara Presint 1. Ia telah direka sebagai Arcadia atau tempat perlindungan kebangsaan bagi koleksi hidup tumbuhan taksonomi Malaysia serta pusat pendidikan dan penyelidikan. Gambar yang berpaksikan alam semula jadi sememangnya menghasilkan panorama yang menarik bagi pasangan yang abru membina masjid.

  1. Kawasan Tasik Berdekatan

Ini 3 Lokasi Di Putrajaya Yang Akan Menggamitkan Gambar Pre Wedding Anda-5

Sumber gambar: 

Di Putrajaya terdapat banyak tasik Buatan. Berbanding dengan waktu dahulu tapak putrajaya yang dahulunya hanya bukit-bukau yang dilitupi dengan hutan tebal kini berubah menjadi pusat pentadbiran Negara atas inisiatif Bekas Perdana Menteri Ke-4. Maka tidak hairanlah terdapat bnyak tasik-tasik yang indah di sekitar putrajaya. Sistem perbandaran yang terancang membuatkan tasik-tasik di putrajaya menjadi pilihan sebagai latar belakang gambar perkahwinan sepasang kekasih.

Kalau nak diikutkan terlalu bnyak kawasan yang menarik di Putrajaya. Boleh dikatakan setiap pelusuk di putrajaya boleh di gunakan bukan sahaja sesi “photographi” malah sudah banyak pengambaran drama dan filem dilakukan di Putrajaya. Ini kerana perancangan bandar yang terancang menwujudkan landskap yang menarik dari segi struktur bangunan, struktur jambatan, kawasan riadah, dan pelbagai taman yang menarik.

 

Sumber gamabr:

Sumber gambar: 

 

 Baca Lagi : Panorama Sky Mirror Kini Di Kuala Selangor

Add Comment