Akuarium, Taman Laut Yang Mempersonakan Di Dunia

Perkataan akuarium berasal dari perkataan latin iaitu akua bermaksud air dan kawasan yang beerti ruang. Akuarium digunakan sebagai tempat penyimpanan hidupan air tawar dan jugak laut masin dalam proses pembiakan benih hidupan-hidupan tersebut. Akuarium kebiasaanya dibuat daripada kaca yang boleh diawasi dan dinikmati pandangan.

Jomlahcuti akan membawa anda meninjau beberapa lokasi akuarium paling hebat di dunia.

#1-Dubai Akuarium, Dubai Mall

Dubai The Impossible city ini mempunyai sebuah akuarium terbesar di dunia yang terletak di dalam sebuah pusat membeli-belah juga yang terbesar di dunia. Dubai akuarium menyimpan lebih 33,000 hidupan laut dengan 85 specis berbeza, termasuk kombinasi 400 jenis jerung dan ikan pari.

Akuarium, Taman Dalam Laut Yang Mempersonakan-1

#2-Georgia Akuarium, Atlanta

Akuarium ini terletak di Atlanta, Amerika Syarikat. Merupakan akurium gergasi menyimpan lebiih 120,000 hidupan laut dengan 500 specis berbeza. Akuarium Georgia mempunyai lima galeri berasingan iaitu Georgia Explorer, Diver Tropika, Ocean Vohager, Cold-Water Quest dan River Scout.

Akuarium, Taman Dalam Laut Yang Mempersonakan-2

#3-Churaumi Akuarium, Okinawa

Akuarium ini terletak di Okinawa Jepun dan terkenal dengan ikan pausnya yang sangat besar. “Chura” bermaksud cantik dan “umi” bermaksud laut. Akuarium ini mempunyai 77 buah tangki air dan menyimpan 26,000 hidupan laut dengan 740 spesis.

Akuarium, Taman Dalam Laut Yang Mempersonakan-3

#4-Western Australia Akuarium (AQWA)

Akuarium ini terletak di pinggir pantai Perth dan merupakan akuarium terbesar di Australia. Di sini pengunjung boleh menyelem dan bersnorkeling untuk mendekati haiwan-haiwan laut di dalam akuarium ini dengan bantuan professional. Menyimpan lebih 4,000 hidupan laut dengan 400 specis berbeza.

Akuarium, Taman Dalam Laut Yang Mempersonakan-4

#5-Ushaka Marine World

Akuarium ini terletak di Durban, Afrika Selatan. Merupakan akuarium terbesar di Afrika dan mempunyai 32 tangki air. Akuarium ini di bina dengan bermotifkan sebuah kapal yang tenggelam dan menyediakan pelbagai restoran serta café. Akuarium ini menyimpan lebih 1,500 hidupan laut termasuklah kuda laut dan ikan lumba-lumba.

Akuarium, Taman Dalam Laut Yang Mempersonakan-5

#6-AquaDom, Berlin

Akuarium ini dibina menggunakan kaca akrilik silinder yang terbesar di dunia umpama sebuah lif gergasi dan dibangunkan di dalam sebuah hotel terkemuka di Berlin, Jerman. Mempunyai lebih 1,500 hidupan laut dengan 50 spesis berbeza.

Akuarium, Taman Dalam Laut Yang Mempersonakan-6

#7- Virtual Akuarium, Beijing Mall

Akuarium ini terletak di Beijing, China dan dibina seakan-akan sebuah bumbung sebuah pusat membeli-belah terkemuka di Beijing. Akuarium ini dibina berasaskan pusat membeli-belah dalam laut. Akuarium ini juga dikenali dengan nama Virtual Akuarium 32 Juta Dollar.

Akuarium, Taman Dalam Laut Yang Mempersonakan-7

Akuarium sememangnya disinonimkan dengan sebuah tempat yang indah dan menenangkan fikiran dan pandangan. Deruan air membiru dan lenggokan hidupan laut yang berenang-renang pastinya menghilangkan tekanan dan stress yang dialami.

:

Sumber Imej : ADW44Matthew Paulsontakafumi hino, KyleeNirun Dowlath ShahLebovox

Add Comment