7 Filem Travel Yang Sangat Menginspirasikan

Jomlah Follow Kami Di Instagram

Sudah menjadi kebiasaan kepada ‘pelancong’ atau ‘backpacker’ untuk mengkaji atau membuat persiapan sebelum berangkat ke destinasi yang hendak di tuju. Adakalanya sebuah filem atau drama juga cukup memberi inspirasi atau sedikit info tentang perjalanan, keunikan, kreativiti, idea untuk sudut bergambar dan pelabgai lagi idea-idea lain bila mana anda sampai ke destinasi tersebut. Berikut kami kongsikan 7 Filem Travel Yang Menginspirasikan untuk anda terus travel ke merata dunia.

Jom kita tonton 7 filem yang menjadi inspirasi sebagai seorang ‘Traveller’ :

#1- Pray Love

Mengisahkan tentang seorang wanita Liz Gilbert (Julia Roberts) yang ingin mencari erti kehidupannya. Dengan itu dia bertekad untuk menjelajah ke Itali, India dan Indonesia. Latar belakang sepanjang penggambaran ini sangat unik dan membuatkan kita ingin ke sana. Cerita ini berjaya menonjolkan tempat-tempat yang menarik serta budaya setempat di setiap negara.

 

 #2-The Motorcycles Diaries

Filem ini tentang dua orang sahabat dan sebuah perjalanan menyusuri Amerika Selatan. Sekaligus mengubah pandangan mereka terhadap kemanusiaan dan situasi ekonomi dunia. Perjalanan mereka hanya berbekalkan sebuah motosikal. Permulaan perjalanan pada 1952 melintasi pergunungan Andes menuju Chili. Dilanjtkan menuju Peru dan Venuzuela dengan jarak 8000km. Pelbagai rintangan dan cabaran sepanjang perjalanan. Cerita ini sangat memberi inspirasi bagi mereka yang sukakan backpackers secara solo atau berpartner.

#3-Before Sunrise

Jika anda bertemu dengan orang (lelaki atau perempuan) dalam perjalanan yang membosankan di atas kereta, dan anda sangat suka untuk berbincang antara satu sama lain tentang sesutau topic, tentunya akan membuat anda senang. Namun, jika kemudian kesenangan ini anda di beri pilihan sama ada untuk tamatkan di situ saja atau berjumpa semula pada waktu malam, apa akan anda lakukan? Filem ini, menceritakan tentang keadaan di atas. Di mana tentang pertemuan secara tidak sengaja di dalam kereta sewaktu perjalanan di Jerman.

#4-Into the Wild

Tentang seorang pemuda berumur 24 tahun yang berkelulusan, pandai serta dari keluarga yang sangat kaya. Tetapi pemuda ini mengambil keputusan untuk menjauhkan diri dari kehidupan moden dan melakukan perjalanan  backpackers secara solo ke barat Atlanta. Beliau ingin menetap di luar lingkungan masyarakat , mencari pengalaman yang murni. Dalam filem ini banyak mengisarkan kekuatan diri, motovasi dan selain tempat-tempat alam semulajadi yang cantik di sepajang perjalanan cerita tersebut.

#5-Euro trip

Megisahkan tentang beberapa sahabat yang ingin mencari kekasih hati dan secara tidak langsung telah mengelilingi 8 buah negara Eropah dan mengunjungi tempat –tempat menarik sepanjang perjalanan mereka yang mencari kekasih cybernya. Berkonsepkan cerita santai dan jenaka bersama rakan serta adik beradik kembar yang sentiasa mencuit hati.

#6-Lost in Translation

Mengisahkan tentang 2 orang Amerika yang datang ke Tokyo dengan alasan yang berbeza. Seorang mengikuti penggambaran filem dan seorang mengikut kekasihnya kerja sebagai phootographer. Mereka datang tetapi tidak tahu apa yang sedang mereka alamainya. Adanya ‘culture shock’ menguji kekuatan hubungan masing-masing. Banyak tempat yang menarik serta perkara-perkara yang boleh dipelajari terutamanya mengenai budaya orang Jepun di dalam filem ini.

#7-127 hours

Sebuah filem tentang semangat untuk bertahan hidup dalam mengalami saat getir. Bercerita tentang seorang pencipta alam yang perginya seorang diri untuk menikmati keindahan tebing, tetapi berlaku insiden menyebabkan beliau tersekat di tebing tersebut yang mana beliau tergelincir dan sebuah batu menghempat tangan beliau dan tiada siapa yang mendengar jeritan pertolongan beliau di tempat kejadian.. Saat getir itu berterusan selama 127 jam dan beliau mengambil keputusan nekad untuk memotong tangannya sendiri agar dapat melepaskan diri. Keindahan tebing tersebut terletak di daerah grand Canyon, USA. Sepanjang kepayahan untuk bertahan, beliau telah mengingati dan mengimbas kenangan manis dalam kehidupannya. Dijadikan filem melalui kisah benar.

 

Jomlah Follow Kami Di Instagram

Jom Baca Lagi : Lelaki Ini Travel & menari Di Seluruh Dunia

 

Add Comment