5 Idea Destinasi Bulan Madu Di Semananjung Malaysia

#1-Pulau Tioman

5 Idea destinasi bulan madu di semenanjung malaysia-Pulau Tioman

Sejak dari dulu pulau tioman tidak pernah menghampakan. Baik dari keindahan alam mahupun keindahan hidupan laut yang terdapat disana. Yang membezakan kini Tioman tidak seperti 10 tahun dulu. Tioman kini lebih lengkap dengan pelbagai facilitis. Resort,chalet, hotel yang terdapat di Pulau sentiasa meningkatkan mutu perkhidmatan mereka dari pelbagai sudut.

(Klik Sini Untuk Bulan Madu Tioman)

#2-Pulau Perhentian

 

5 idea destinasi percutian bulan madu di semenanjung malaysia- Pulau Perhentian

Sebut saja Pulau Perhentian mesti semua sudah boleh bayangkan air lautnya yang jernih hingga ke dasar. Pasir putih keemasan yang sangat lembut. Namun berita yang tidak berapa enak untuk disampaikan adalah pakej bulan madu di pulau perhentian tidak banyak dan kalau ada pun harga sumua level premium. Namun jangan kuatir kami ada satu pakej menarik jika anda inginkan percutian bulan madu ke Perhentian.

(KLIK Sini Bulan Madu Tioman)

#3- Port Dickson

5 idea destinasi percutian bulan madu di semenanjung malaysia- Port Dickson

Jika anda warga kota Kuala Lumpur, Lembah Klang atau sekitar Kota  Johor Bharu berkemungkinan tidak dapat cuti kerja yang lama namun masih mahukan sebuah percutian bulan madu bersama pasangan anda. Maka Port Dickson adalah destinasi yang terbaik untuk anda pilih. Berkonsepkan percutian pantai. Port Dickson mampu memenuhi percutian bulan madu singkat anda.

(KLIK Sini Untuk Bulan Madu Port Dickson)

#4-Pulau Langkawi

5 idea destinasi percutian bulan madu di semenanjung malaysia- Pulau Langkawi

Kalau nak dikatakan destinasi paling happening untuk apa jua jenis percutian itu adalah terletak di Langkawi termasuk lah percutian bulan madu. Disini anda boleh jalankan pelbagai jenis aktiviti serentak. Nak Hoping Island, Shoping, Paragliding, Hiking Ke Air Terjun, Naik Cable Car, Makan-makan sedap, Nak tengok ikan di akuarium terbesar semuanya ada di Langkawi. Pakej percutian disini pun boleh tahan pelbagai pilihan dan budget. Ada dua cara untuk anda ke Langkawi. Sama ada memandu dan menaiki ferry ke Langkawi atau terus terbang ke airport berdekatan anda ke sini.

(KLIK Sini Untuk Bulan Madu Langkawi)

#5- Cameron Highland

5 Idea destinasi bulan madu di semenanjung malaysia-Cameron Highland

Destinasi tanah tinggi di Malaysia tak banyak. Cameron adalah salah satu destinasi tersebut. Jadi bagi siapa yang tidak sukakan percutian ke laut maka ini adalah destinasi yang terbaik untuk anda. Percutian bulan madu destinasi ini cukup santai, lebih relax tanpa anda perlu meredah lautan untuk sampai ke destinasi. Aktiviti yang boleh anda lakukan disini adalah seperti melawat ladang teh, melawat taman bunga, beli-belah serta menikmati pasar malam yang unik sekiranya anda pergi di hujung minggu. Cuaca yang dingin di sebalah siang dan akan lebih dingin disebelah malam cukup mengasyikan percutian bulan madu anda. (KLIK Sini Untuk Bulan Madu Cameron)

 

Sumber Gambar : Juska Wendland , PokpihFredrick Limo2life

Add Comment