10 Kolam Renang Termahal Di Dunia- 1

Kolam renang merupakan suatu pembuatan yang direka untuk diisi dengan air yang digunakan untuk berenang, menyelam, atau aktiviti air yang lain. Kolam renang peribadi merupakan status bagi pemiliknya, kerana memerlukan tempat dan kos penyelengaraan yang besar. Kolam renang umum pula biasanya sebahagian daripada pusat kecergasan jasmani dan aktiviti rekreasi. Terdapat beberapa kolam renang termahal di dunia yang mungkin ingin anda ketahui kenapa ia mendapat pengiktirafan sedemikian, jom sama-sama kita tinjau!

#1- City Stars, Sharm El Sheikh, Mesir

Kolam renang ini mempunyai luas mencapai 82,000 kaki persegi. Dibina dengan menggunakan teknologi penapisan air garam untuk menapis air dari laut. Kolam renang ini memerlukan kos pembinaan sebanyak $55 billion untuk menyiapkannya.

Kolam Renang Renang Termahal Di Dunia-1

#2 – San Alfonso Del Mar, Algarrobo, Chile

Kolam renang ini mempunyai ukuran sepanjang 1.3 kilometer. Menggunakan teknologi inovatif untuk memurnikan air laut dan mengisi sendiri ke dalam kolam. Kolam ini pernah tercatat di dalam Guiness Book Of Records pada tahun 2008. Memerlukan perbelanjaan sebanyak $2 Billion dan mengambil masa selama 5 tahun untuk menyiapkannya.

Kolam Renang Renang Termahal Di Dunia-2

#3 – Seagaia Ocean Dome, Miyazaki, Jepun

Kolam renang ini dibuka untuk kunjungan orang ramai pada tahun 1993. Kolam ini membolehkan pengunjung berenang pada musim sejuk. Panjang kolam ini adalah 30,48 meter panjang dan 99,97 meter panjang. Ia dibina bagaikan sebuah lautan kecil dengan bumbung yang direka untuk memerangkap sinaran matahari. Kos pembinaan kolam ini adalah sebanyak $2 billion.

Kolam Renang Renang Termahal Di Dunia-3

#4 – Lev Leviev Residence, London, UK

Kolam renang ini terletak di kediaman peribadi Lev Leviev iaitu seorang jutawan israel. Rumah ini merupakan rumah termahal di inggeris dan dirasmikan pada tahun 2008. Kolam renang di kediaman ini mendapat pengiktirafan kolam termahal di dunia kerana jubin kolam ini dibuat menggunakan emas. Kos pembuatan kolam ini adalah sebanyak $68 juta.

Kolam Renang Renang Termahal Di Dunia-4

#5- Hearst Castle, California, US

Hearst Castle ini mempunyai 2 kolam renang yang dibina masing-masing pada tahun 1924 dan 1936 yang dikenali sebagai kolam renang Neptum dan Rom. Seluruh kawasan kolam renang ini memerlukan kos lebih $10 juta bagi setiap satunya. Kolam renang ini direka berasaskan tempat permandian Rom di zaman kuno dengan penggunaan marmar dan jubin mozek. Kolam ini kini tidak lagi digunakan untuk mandi tetapi lebih kepada tempat bersejarah.

Kolam Renang Renang Termahal Di Dunia-5

Maish terdapat lagi 5 kolam renang termahal di dunia yang akan JomlahCuti.com kongsikan bersama anda nanti. Nantikan sambungannya dalam artikel yang akan datang.

 

 

Sumber gambar : arabianindustry.com , San , fcamusdchirkup.me , Ged Slaughter

Add Comment