10 Kolam Renang Termahal Di Dunia- II

Dalam artikel lepas kami telah kongsikan 5 kolam renang termahal di dunia dengan rekaan yang sangat unik dan penuh berteknologi. Untuk artikel kali ini kami krew jomlahcuti akan sambung lima lagi kolam renang yang mendapat pengiktirafan kolam renang termahal di dunia.

Baca Dari Awal : 10 Kolam Renang Termahal Di Dunia Bahagian I

#6- Nemo 33, Brussel, Belgium

Kolam renang ini bukan seahaja dibuka untuk aktiviti berenang, tetapi juga untuk aktiviti menyelam. Dengan kedalaman 34.5 meter (113 ft) bersamaan 2,500,000 liter air yang digunakan. (Wikipedia. Menarik tentang kolam ini adalah di bawahnya terdapat bilik dan terowang yang boleh diterokai.

www.nemo33.com

Kolam Renang Renang Termahal Di Dunia-6

#7-Kitchukov Family Pool, Gilbert Arizona

Kalam renang ini merupakan kolam peribadi yang terletak di Amerika. Kola mini memiliki air terjun, air pancur dan gelunsuran selain memiliki sistem control automatic, kawalan suhu dan jakuzi. Kola mini menelan belanja sebanyak 1 juta dollar untuk disiapkan.

Kolam Renang Renang Termahal Di Dunia-7

#8- Sorajin Resort, Phuket, Thailand

Merupakan antara resort paling mewah di dunia pada tahun 2004. Memiliki kolam renang berukuran 269 meter persegi dan menjadi kunjungan penghuni resort itu sendiri. Kolam ini juga membelanjakan sebanyak 1 juta dollar untuk disiapkan.

Kolam Renang Renang Termahal Di Dunia-08

 

#9- Umaid Bhawan Palace,Jodhpur, Rajasthan

Kola mini siap dibina pada tahun 1943 dan pada waktu tersebut ia hanya digunakan oleh golongan bangsawan India. Ia dibina berdasarkan seni deco klasik dan bermotifkan jubin yang berasaskan lambing-lambang zodiac. Lelangit ruangan kolam renang ini pula dilitupi dengan jubin emas setebal satu inci. Kos pembuatan kola mini pada waktu tersebut adalah sekitar $225,000.

Kolam Renang Renang Termahal Di Dunia-09

 

#10-Gallert Thermal Baths, Budapest

Kolam renang air panas ini merupakan kolam renang termahal yang tertua dan masih lagi beroperasi sehingga kini. Ia telah dibangunkan sekitar tahun 1912 dan 1918. Burukuran 7,500 meter persegi dan kos perbelanjaan untuk menyiapkan tidak dapat di nilai dengan kos masa kini.

Kolam Renang Renang Termahal Di Dunia-10

Begitulah 10 top senarai kolam paling mewah di dunia. Sekiranya anda berkunjung ke salah sebuah negara yang memiliki kolam-kolam renang mewah ini kenapa tidak anda singgah dan cuba untuk melihatnya sendiri. Malah sekiranya anda mampu bersantailah di kolam renang yang menjadi impian setiap orang ini. Jika tak mampu pun jangan resah ada banyak lagi sungai-sungai semulajadi yang boleh anda berendam yang mana harganya tidak ternilai. He he

Baca Dari Awal : 10 Kolam Renang Termahal Di Dunia Bahagian I

 

 

 

Sumber imej : www.brussels-blog.co.uk , www.ukpoolstore.co.ukks woo,

Add Comment