Ini 7 Tips Elakkan Sakit Telinga Ketika Menaiki Kapal Terbang

Tips Elakkan Sakit Telinga Ketika Dalam Kapal Terbang

Sumber gambar : Google

Pernah rasa sakit telinga semasa kapal terbang berlepas atau ketika mendarat tak? Tambah-tambah bagi anak kecil, pasti dorang rasa tak selesa kan. Ok untuk artikel kali ni penulis nak berkongsi tips yang diberikan oleh Cik Puan Rahimah yang sangat berguna dan boleh dipraktikkan ketika menaiki kapal terbang.

Sebelum itu kita ketahui dahulu kenapa telinga boleh berasa sakit apabila menaiki kapal terbang. Telinga menjadi sakit apabila menaikipesawat disebabkan berlakunya ketidak seimbangan perubahan tekanan udara menyebabkan gangguan pada telinga. Ini adalah tujuh cara untuk mengatasi sakit telinga dalam kapal terbang. Jom kita lihat satu-satu.

#1- SUSUKAN BAYI

Khas untuk ibu bapa yang membawa bayi. Sekiranya anda membawa bayi bersama dalam percutian, Jangan tidurkan bayi dahulu ketika kapal terbang mahu berlepas, tetapi susukan bayi atau beri mereka minum air terlebih dahulu sehingga kapal terbang berada pada paras yang lebih stabil.

Baca lagi : Tips Travel Bersama Bayi dan Anak Kecil

#2- BERI BAYI PACIFIER

Tips Elakkan Sakit Telinga Ketika Dalam Kapal Terbang-01

Sumber gambar : Google

Sekiranya bayi anda menghisap puting atau pacifier, masukkan ke dalam mulutnya terutama ketika kapal terbang mahu berlepas.

#3- KUNYAH SESUATU

Tips Elakkan Sakit Telinga Ketika Dalam Kapal Terbang-04

Kunyah sesuatu ketika kapal terbang mahu berlepas. Contohnya seperti biskut atau gula-gula.

#4- TELAN AIR LIUR

Sekiranya anda tiada apa-apa untuk di kunyah ketika itu, cuba kumpulkan air liur di dalam mulut dan telan supaya tekak tak menjadi kering dan tekanan menjadi seimbang.

#5- GUNA EARPHONE

Tips Elakkan Sakit Telinga Ketika Dalam Kapal Terbang-03

Sumber gambar : Carousell

Boleh juga cuba untuk menggunakan kaedah menutup telinga dengan menggunakan earphone atau earmuff.

#6- MINTA AIR PANAS

Minta dua gelas air panas dari pramugara atau pramugari yang sedang bertugas. Kemudian masukkan tisu ke dalam gelas tersebut sehingga tisu itu diserap dan kelihatan berwap. Pekap telingan kiri dan kanan dengan gelas untuk memecahkan tekanan udara yang tersumbat tadi. Jik tiada tisu, boleh guna alternatif lain seperti sapu tangan atau lain-lain, asalkan barangan yang menggunakan material mudah serap air.

#7- PICIT HIDUNG DAN MULUT

Sekiranya semua cara di atas tidak dapat dilakukan, picit lubang hidung dan tutup mulut. Bernafas secara perlahan-lahan dengan keadaan lubang hidung tadi masih tertutup untuk menyeimbangkan tekanan udara yang berlaku.

Ini adalah antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan atau mengelakkan rasa sakit telinga. Mungkin sesetengah kaedah di atas tidak sesuai untuk sesetengah orang, dan mungkin ada yang sesuai. Apa-apa pun selamat mencuba dan semoga bermanfaat.

Baca lagi : Tips Keselamatan Ketika Travel.

Ini adalah ringkasan dan olahan daripada artikel asal. Kredit untuk artikel asal. Untuk artikel asal anda boleh klik di sini, 7 Cara Atasi Sakit Telinga Ketika Dalam Kapal Terbang.

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE Sekarang. Ingin dapatkan lebih banyak info menarik dan pakej-pakej percutian murah dalam dan luar negara? Daftar secara percuma dibawah. Hanya masukan NAMA & EMEL anda.

 

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!