Di Sebalik Cantiknya Bunga Raya, Sejarah Tercipta

bunga raya-01

Bunga Kebangsaan Malaysia, bunga raya jenis berwarna merah yang mempunyai 5 kelopak.

Bunga cantik ini merupakan tumbuhan tropika yang telah dinobatkan sebagai Bunga Kebangsaan pada tarikh 28 Julai 1960 oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Untuk artikel kali ini, mari kita mengenali dengan lebih mendalam lagi tentangbunga raya, Bunga Kebangsaan dan bunga kebanggaan kita warganegara Malaysia.

Baca lagi : Leftenan Adnan, Kisah Keberanian Wira Negara

Sejarah pemilihan bunga raya bermula apabila ketika itu Bunga Kebangsaan perlu dipilih selepas negara mendapat kemerdekaan. Pada waktu itu sebanyak 7 jenis disenaraikan oleh Kementerian Pertanian untuk pemilihan. 7 bunga itu ialah bunga raya, bunga melur, bunga kenanga, bunga cempaka, bunga teratai, bunga mawar dan bunga tanjung.

Selepas perbincangan maka bunga raya telah dipilih pada tahun 1960. Bunga raya diistiharkan sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu dan kemudian terus dikekalkan selepas Malaysia terbentuk. Bunga raya dipilih kerana keunikan bunga merahnya yang melambangkan keteguhan politik, ekonomi dan sifat berani menempuh pelbagai cabaran.

bunga raya-02Jumlah kelopak bunga raya ialah 5 kelopak. 5 kelopaknya lambang kepada Rukun Islam dan juga Rukun Negara. Terdapat pelbagai jenis dan warna bunga raya. Ini juga merupakan simbol kepelbagaian kaum, agama dan budaya namun dapat hidup dalam suasana harmoni di negara ini.

bunga raya-03

Terdapat hampir 300 jenis bunga raya di Malaysia dengan pelbagai warna dan rupa. Pembiakan bunga raya adalah hasil daripada keratan dahan, cantuman atau tut. Fizikal pokok bunga raya adalah berbentuk renek, ketinggiannya sekitar 2 hingga 3 meter kebiasaannya. Bunganya pula terdapat dalam pelbagai warna iaitu warna merah, putih, kuning merah jambu dan jingga. Pokok bunga raya sering dijadikan hiasan atau landskap taman. Penjagaannya mudah kerana ia sejenis pokok yang tahan lasak.

bunga raya-04

Sumber gambar : Kembara Alam AADK

Terdapat pelbagai kegunaan bunga raya. Antaranya bunga raya boleh digunakan sebagai penawar demam, racun dan sakit kepala. Ada juga jenis bunga bunga raya yang boleh dimakan, iaitu jenis Roselle yang boleh dijadikan jem, sirap dan halwa. Dari segi petua juga ada yang menggunakna bunga raya sebagai cara untuk melembapkan kulit dan menyuburkan rambut. Menarik kan.

bunga raya-05

Kredit gambar : crazyes243 via Deviant Art

Taman Bunga Raya Kuala Lumpur telah dibina pada tahun 1989 sebagai pengiktirafan kepada bunga raya sebagai Bunga Kebangsaan. Lokasinya di Taman Tasik Perdana. Terdapat sebanyak 5000 batang pokok bunga raya yang terdiri daripada pelbagai jenis dan warna terdapat di situ. Luas taman sebanyak 0.9 hektar.

Selain itu, terdapat juga taman bunga raya di Shah Alam yang diberi nama Dataran Bunga Raya di Seksyen 14. Terdapat pelbagai jenis bunga raya disini yang terdiri daripada pelbagai warna. Untuk maklumat lebih lanjut, boleh klik di sini, Dataran Bunga Raya, Shah Alam.

Baca lagi : Jurang Mariana,Titik Paling Dalam

Sebagai warganegara Malaysia, kita perlu ambil tahu banyak perkara tentang negara kita termasuklah tentang bunga kebangsaan. Ketahuilah bahawa bunga raya bukan sekadar bunga bagi kita rakyat Malaysia, namun juga sebagai lambang dan simbol terhadap sebuah negara yang kita cintai.

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE Sekarang. Ingin dapatkan lebih banyak info menarik dan pakej-pakej percutian murah dalam dan luar negara? Daftar secara percuma dibawah. Hanya masukan NAMA & EMEL anda.

 

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!