Rasai Percutian Bulan Madu Mendamaikan Di Melaka

Orchad Wellness & Health Resort-36

Melihat alam, hati rasa tenang.

Percutian di resort merupakan salah satu gaya percutian yang terkenal dalam masyarakat negara kita. Bagi anda yang sedang mencari tempat percutian singkat, tidak jauh dari ibu kota atau mungkin sedang mencari lokasi bulan madu sebagai hadiah kepada pasangan sempena ulang tahun pernikahan, penulis ada satu tempat menarik untuk dikongsikan dengan anda.

Suasananya tenang, aman dan sangat selesa membuatkan hati berasa damai dan lapang. Di kelilingi kawasan yang menghijau, pasti membuatkan sesiapa sahaja yang datang sini jatuh hati dengan kedamaiannya.

Baca lagi : 7 Tempat Menarik Di Negeri Perak

Orchad Wellness & Health Resort-36

Kawasan resort cantik dan bersih

Sangat sesuai untuk mereka yang ingin berbulan madu, atau untuk mereka yang ingin melepaskan tekanan dan kepenatan dalam kerja harian. Tempat yang dimaksudkan ialah The Orchard Wellness & Health Resort. Lokasi resort menarik ini terletak di Negeri Melaka.

Resort yang cantik dan terdapat pelbagai kemudahan ini telah memenangi anugerah Malaysia’s Best Wellness Spa pada tahun 2015,2016 dan 2017 oleh World Spa. Ternyata bukan calang-calang resort.

Resort ini yang mengetengahkan konsep alam, kesihatan, kedamaian kepada pengunjungnya pasti memberikan keseronokan yang sukar untuk dilupakan. Terdapat pelbagai jenis kemudahan yang ada dapat memberikan pengalaman unik buat mereka yang menginap di resort disini. Ada spa, wayang, gimnasium, dan juga candle ligth dinner sebagai pilihan sekiranya anda dan pasangan anda inginkan suasana malam yang romantik. Ibaratnya semua keseronokan terangkum dalam satu tempat. Sangat mudah dan menyenangkan untuk pelanggan yang menginap disini.

Ada 5 jenis penginapan Orchad Luxurious Wellness Resort iaitu Luxury Standard Room, Luxury Suite Room, Villa In The Green, Luxury Villa With Private Pool dan Honeymoon Island. Semua jenis penginapan adalah termasuk dengan pakej sarapan. Yang paling best lagi, anda boleh dapat pelbagai kemudahan disini secara percuma. Boleh rujuk gambar di bawah.

Orchad Wellness & Health Resort-38

Semua aktiviti yang dinyatakan ini anda boleh nikmati secara percuma kecuali sesi karaoke.

Jom kita tengok gambar penginapan, gambar ladang buah dan binatang serta gambar kemudahan yang ada di sekitar sini. Cantik-cantik semuanya. Memang sesuai sangat sebagai lokasi bulan madu. Kena tengok sampai habis tau. Kat hujung-hujung artikel nanti ada gambar sepasang suami isteri yang sedang candle light dinner. Nak ajak semua pembaca tengok suasananya sebab bila tengok gambar kita lebih tahu dan feel suasananya tu. Ok jom kita mula.

 

Orchad Wellness & Health Resort-01

Luxury Standard Room

 

Orchad Wellness & Health Resort-02

Luxury Suite Room

 

Orchad Wellness & Health Resort-03

Luxury Villa With Private Pool

 

Orchad Wellness & Health Resort-04

Gambar di luar penginapan jenis Luxury Villa With Private Pool. Ada kolam private jadi seronok sangat dapat berendam tak perlu kongsi dengan sesiapa. Cuma anda dan suami/isteri. Best kan.

 

Orchad Wellness & Health Resort-05

Honeymoon Island

Ini cuma sebahagian gambar. Kalau nak tengok gambar lebih banyak termasuklah maklumat detail berkaitan penginapan tersebut, boleh klik di sini ye, jenis penginapan di Orchad Wellness & Health Resort.

Ada sesiapa penggemar buah-buahan? Berita baik untuk anda, kat sini juga terdapat kebun buah-buahan sebesar 100 ekar. Besar sangat kebunnya. Macam-macam jenis buah ada disini. Ada yang bermusim ada yang tidak bermusim. Untuk semua yang menginap disini, anda boleh petik dan makan buah-buahan disini tau. Semuanya dah termasuk pakej. Best kan. Dapat menikmati buah yang segar terus dari ladang.

Seperti yang disebutkan tadi resort ini mengetengahkan konsep kedamaian yang dikelilingi alam. Jadi selain kebun buah-buahan, disini juga terdapat farm juga. Ada beberapa binatang kat sini. Jom tengok gambar. Semuanya cantik dan menenangkan.

Orchad Wellness & Health Resort-06

Buah-buahan segar. Sedapnyaa.

 

Orchad Wellness & Health Resort-07

Nyummmss

 

Orchad Wellness & Health Resort-08

Ok, kita close up sikit. 

 

Orchad Wellness & Health Resort-09

Oh teratai bunga indah….

 

Orchad Wellness & Health Resort-10

Pemandangan sekitar resort. Bayangkan berjalan berpegangan tangan dengan suami atau isteri kat sini, sambil bercerita tentang impian dan harapan dalam kehidupan…romantiknyaaa..

 

Orchad Wellness & Health Resort-11

Tengok tu, burung comel pun ada.

Ok, itu gambar sekitar resort. Jom kita tengok pula kemudahan yang disediakan di Orchad Wellnes & Health Resort ni.

 

Orchad Wellness & Health Resort-13

 

Orchad Wellness & Health Resort-14

 

Orchad Wellness & Health Resort-15

 

Orchad Wellness & Health Resort-16

 

 

Orchad Wellness & Health Resort-17

Gimnasium pun ada. 

 

Orchad Wellness & Health Resort-18

Eh, kejap. Jangan berhenti scroll lagi, ada lagi gambar menarik. Mari kita saksikan pula gambar pengalaman sepasang suami isteri yang pernah menginap disini. Cuba fokus pada gambar candle ligth dinner tu. Romantiknya suasana dia. Kalau anda bercadang nak buat kejutan untuk suami atau isteri, dicadangkan untuk ambil candle ligth dinner ni. Cuma ini adalah pilihan, tak termasuk dengan pakej. Tapi sesekali untuk gembirakan pasangan apa salahnya kan. Mesti dia terharu dengan usaha anda. Ok jom kita layan gambar lagi.

Orchad Wellness & Health Resort- 39

Di sambut dengan dekorasi yang menarik

 

Orchad Wellness & Health Resort- 40

Cantiknya bunga. Berwarna-warni.

 

Candle ligth dinner. Penulis suka gambar ni. Seorang isteri tersenyum manis pada suaminya. Suasananya juga romantik. So sweet. 

Orchad Wellness & Healthy Resort-41

 

Orchad Wellness & Healthy Resort-42

 

Orchad Wellness & Healthy Resort-43

Jakuzi yang sangat selesa

 

Orchad Wellness & Health Resort-34

 

Orchad Wellness & Health Resort-35

Cantik kan resort ni. Tenang je. Pemandangannya cantik, penginapannya kelihatan mewah dan selesa. Memang sangat berbaloi untuk menginap disini menghabiskan masa bersama pasangan sah anda. Untuk yang ingin berbulan madu, ini adalah salah satu lokasi yang sangat sesuai untuk penulis cadangkan. Kalau nak merehatkan diri pun sesuai sangat-sangat.

Baca lagi : Kenali Jurang Mariana, Titik Paling Dalam

Ketenangan dan kedamaian di sini, ditambah dengan pelbagai kemudahan yang serba lengkap pasti memberikan pengalaman dan kenangan yang  sukar dilupakan. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang resort ini, boleh klik di sini, The Orchad Wellness & Health Resort.

Selamat bercuti dan selamat berbulan madu.

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE Sekarang. Ingin dapatkan lebih banyak info menarik dan pakej-pakej percutian murah dalam dan luar negara? Daftar secara percuma dibawah. Hanya masukan NAMA & EMEL anda.

 

 

 

 

 

 

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!