10 Perkara Menarik Tentang Bhutan, Negara Naga Yang Bahagia

Bendera Bhutan

Bendera Bhutan yang terpampang gambar seekor naga. Dalam kalangan masyarakat tempatan, Bhutan dikenali sebagai nama Druk Yul yang bermaksud Negara Naga.

Pernahkah anda terfikir untuk mengunjungi Bhutan? Bhutan merupakan salah satu negara yang mendapat tempat 10 negara teratas dalam indeks kepuasan penduduk. Kesemua anak-anak disana mendapat pendidikan dan tiada yang tercicir. Bhutan adalah sebuah negara kecil dan indah yang terletak di Himalaya. Kedudukan Negara Bhutan diapit oleh dua kuasa besar dunia iaitu India dan China. Bhutan dianggap sebagai negara yang terpencil. Sememangnya tidak ramai yang mengetahui secara terperinci tentangnya kecuali mereka yang berminat untuk mencari info tentangnya. Bhutan mempunyai penduduk sekitar 800,000 dan berkeluasan 38, 394 kilometer persegi.

Bhutan merupakan sebuah negara unik yang masih terpelihara keaslian alam dan budayanya. Negara ini seolah-olah seperti terpinggir daripada peta pelancongan dunia namun tahukah anda bahawa negara ini merupakan negara yang dikategorikan sebagai percutian termahal? Selain penginapannya yang mahal, yuran juga akan dikenakan kepada semua pelancong yang memasuki negara ini, setiap hari. Mengapa caj yang tinggi dikenakan kepada pelancong?

Negara ini mengamalkan konsep mengehadkan pelancong kerana benar-benar ingin menjaga keaslian sumber semulajadi Bhutan untuk tatapan generasi akan datang. Mereka lebih mengutamakan impak sosial berbanding ekonomi. Segala keputusan dilakukan dengan penuh berhati-hati untuk faedah rakyatnya dan alam semulajadinya dan bukan kerana wang. Oleh sebab itu, negara Bhutan menjadi agak eksklusif untuk dilawati. Banyak yang menarik berkaitan negara Bhutan. Jom kita lihat satu persatu.

#1- NEGARA PALING BAHAGIA

Kenali Bhutan-01

100% kanak-kanak di Bhutan mendapat pendidikan sewajarnya

Negara Bhutan agak unik kerana ia seolah-olah melawan arus kemodenan masa kini. Di saat negara lain berlumba-lumba untuk memajukan negara dan menjadi negara industri, Bhutan pula meletakkan konsep kebahagiaan dan kesejahteraan rakyat dan alamnya melebihi wang ringgit. Gross National Happiness menjadi keutamaan mereka berbanding Gross Domestic Product.

Menurut statistik yang dijalankan oleh kerajaan Bhutan pada tahun 2005, 95% rakyat Bhutan merasakan diri mereka sangat bahagia. Jadi tidak hairanlah negara ini digelar sebagai Negara Yang Bahagia (Kingdom Of Happiness).

Baca lagi : 5 Haiwan Unik Di Amazon

#2- NEGARA YANG MAHAL DARI SEGI PELANCONGAN

Kenali Bhutan-02

Tiger’s Nest Monastery atau Taktshang Goemba yang terkenal di Bhutan. Credit Image : Alexandra Reynolds via AP

Negara ini seolah-olah kelihatan seperti terpinggir daripada peta pelancongan dunia namun tahukah anda bahawa negara Bhutan merupakan antara negara yang dikategorikan sebagai percutian termahal? Selain visa dan penginapannya yang mahal, yuran/cukai yang tinggi  juga akan dikenakan kepada semua pelancong yang memasuki negara ini, setiap hari.

Caj tinggi dikenakan kepada pelancong antara sebabnya ialah negara ini mengamalkan konsep mengehadkan pelancong kerana benar-benar ingin menjaga keaslian sumber semulajadi Bhutan untuk tatapan generasi akan datang. Mereka lebih mengutamakan impak sosial berbanding ekonomi. Segala keputusan dilakukan dengan penuh berhati-hati untuk faedah rakyatnya dan alam semulajadinya dan bukan kerana wang. Menarik bukan?

#3- SANGAT MEMENTINGKAN ALAM SEMULAJADI

Kenali Bhutan-03

Alam semulajadi di Bhutan dipelihara dengan sebaiknya oleh pemerintah dan rakyat di sana.

Seperti yang dimaklumkan, Bhutan sangat mementingkan keindahan alam semulajadi yang mereka ada. Antara langkah yang diambil selain mengawal kehadiran pelancong mereka mengharamkan penggunaan beg plastik sekitar tahun 1999. Perkara ini dilakukan sebagai alternatif untuk mengelakkan pencemaran alam. 5 tahun selepas itu pula, tembakau pula diharamkan. Penjualan dan penggunaannya diharamkan sehingga hari ni dan ini menjadikan Bhutan sebagai satu-satunya negara di dunia yang mengharamkan terus tembakau. Ini adalah satu langkah terbaik yang diambil kerajaan dalam usaha memastikan alam sekitar terjaga.

#4- PEMANDANGAN SANGAT CANTIK

Kenali Bhutan-04

Bhutan yang terletak di Himalaya yang sememangnya keindahan alamnya sangat memukau pandang.

Bhutan merupakan negara 4 musim dan pemandangan alam di negara Bhutan sangat indah. Hal ini kerana Bhutan terletak di Himalaya dan tidak hairanlah keindahan alamnya begitu memukau. Bhutan juga digelar Shangri-La terakhir. Istilah ini merujuk kepada satu novel fiksyen “Lost Horizon” dari penulis James Hilton pada tahun 1933 yang ada menyebut di dalam tulisannya berkaitan Shangri-La iaitu sebuah tempat syurga dunia yang terletak di Himalaya.

#5- LEWAT MENGENALI TEKNOLOGI

Sebelum tahun 2000 Bhutan merupakan negara yang sangat tertutup dengan teknologi. Dikatakan pada sekitar tahun 1990an penggunaan televisyen masih dilarang. Penggunaan televisyen, telefon dan teknologi lain mula berkembang apabila mula memasuki abad ke 21 iaitu tahun 2000an. Walaubagaimana pun Bhutan tetap dapat lari dari kesan globalisasi dunia luar, terutama apabila televisyen dan internet mula dibenarkan untuk penduduknya.

#6- RAKYAT BHUTAN SANGAT MESRA

Kenali Bhutan-06

Masyarakat Bhutan mesra, ramah dan mudah tersenyum. Sumber gambar : izwie.com

Masyarakat di sana juga sangat mesra, ramah, mudah tersenyum dan mempunyai budi pekerti yang baik. Kerajaan menjaga mereka dengan baik dan sekiranya tanaman atau haiwan mereka terjejas atau mati akibat bencana alam, mereka akan diberikan pampasan oleh kerajaan. Kerajaan Bhutan juga cekap dalam mengagihkan kekayaan.

Kebanyakan rakyatnya juga memperoleh pendapatan bulanan yang tinggi termasuk mereka yang tinggal sekitar kawasan pergunungan. Jadi tidak hairanlah kualiti kehidupan disini menjadikan mereka bahagia dan ini melahirkan masyarakat yang baik dan mesra walaupun mereka agak ketinggalan dari segi teknologi.

#7- ADA RAJA YANG BIJAK

Kenali Bhutan-07

Raja dan Permaisuri Bhutan disamping putera mereka.

Raja Bhutan dikenali sebagai pemerintah yang bijak dan sangat dihormati oleh penduduk disini. Sempena kelahiran putera pertama, Raja Bhutan mengarahkan agar menanam 100,000 pokok di seluruh negara dan melarang rakyatnya melakukan pencemaran alam. Hasil kebijaksanaan pemerintah di sana menjaga alam, Bhutan merupakan satu-satunya negara yang langsung tidak menghasilkan karbon dan kualiti udaranya berada dalam kadar yang baik walaupun kedudukannya diapit oleh negara yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi iaitu China dan India.

#8- KEUNIKAN BUDAYA

Kenali Bhutan-07

Pakaian tradisi dipakai sepanjang masa, bukan sekadar untuk majlis rasmi.

Masyarakat disini menganut agama Buddha dan agama kedua terbesar disana ialah agama Hindu. Mereka sangat berpegang teguh pada ajaran agama mereka. Untuk masyarakat Bhutan, pakaian tradisional mereka merupakan kod pakaian atau pakaian yang perlu dipakai untuk ke tempat-tempat awam.

Malah pakaian tradisional mereka bukan hanya dipakai ke majlis-majlis rasmi namun dipakai juga untuk kegiatan seharian. Ini menunjukkan mereka sangat menghargai pakaian tradisional dan menjadi sebahagian daripada cara hidup mereka.

#9- MAKANAN YANG UNIK

Kenali Bhutan-09

Makanan Bhutan pedas-pedas. Credit Image : A Glimpse Of Bhutan

Kebanyakan masyarakat Bhutan adalah vegetarian dan tidak memakan daging atas sebaba kepercayaan agama yang dianuti mereka. Mereka gemar makanan yang pedas dan bercili, seperti masyarakat kita.

Walaupun kebanyakan daripada mereka adalah vegetarian namun terdapat restoran disana yang ada menyajikan makanan berasaskan daging. Salah satu contoh makanana tradisi mereka ialah Ema Datshi iaitu sejenis makanan yang menggunakan cili dan keju dalam penyediaannya.

#10- TIDAK PERNAH DIJAJAH

Negara Bhutan juga merupakan salah satu negara yang ada dalam dunia ini yang tidak pernah dijajah oleh kuasa asing. Pernah ada cubaan pihak asing untuk menjajah Bhutan namun segalanya berakhir dengan damai melalui rundingan apabila kerajaan Bhutan masih kekal memerintah dan British pula menguasai pembalakan di sana.

Baca lagi : Kenali Grand Canyon

Ternyata Bhutan merupakan sebuah negara yang lain daripada yang lain. Kehidupan mereka yang sederhana, masih terpelihara adat dan cara hidup disamping keprihatinan kerajaan dan pemerintah menjaga kebajikan rakyat dan alam semulajadi, menjadikan negara mereka antara negara yang paling bahagia di dunia. Ini membuktikan bahawa kebahagian bukanlah disebabkan oleh material semata-mata tapi nilai dan cara hidup itu sendiri yang membawa rasa bahagia terhadap manusia.

Walaupun kehidupan mereka agak ketinggalan dari segi teknologi dan juga kelihatan terpinggir dari arus kemodenan namun mereka bahagia dengan cara hidup mereka sendiri tanpa perlu dipengaruhi oleh sesiapa. Benarlah kata-kata, “berbahagialah mengikut cara sendiri kerana bahagia bukanlah apa yang kita ada, namun apa yang kita rasa.”

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE Sekarang. Ingin dapatkan lebih banyak info menarik dan pakej-pakej percutian murah dalam dan luar negara? Daftar secara percuma dibawah. Hanya masukan NAMA & EMEL anda.

 

 

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!